#16

3.4K 205 10
                                    

"Tuk, niat kami ikhlas. Satu je kami mintak," kata kapten lanun itu, Kapten Evans yang berwajah seperti Shah Rukh Khan itu.

"Aku takkan dengar cakap kau! Ini kampung kami, buat apa aku nak dengar cakap kau ha? Raksasa Varga tu mitos! Dia tak wujud!" ujar ketua kampung.

"Tuk, Varga tu bukan mitos seperti yang tuk fikirkan. Varga ni dah bunuh ramai orang, jadi bertolak ansurlah sikit," kata Kapten Evans yang berambut panjang itu. Wajahnya berparut dan juga tubuhnya tinggi.

"Aku takkan arahkan apa-apa pada penduduk kampung ni! Aku takkan percaya cakap kau, Evans," ujar ketua kampung dengan nada tegas sekali.

"Tuk, saya guna cara elok ni, jangan sampai saya suruh anak kapal saya buat ikut cara kasar. Lanun Jin Temasik (nama lanun) dah banyak kali membunuh," kata Kapten Evans lagi.

Ketua kampung berfikir sejenak. Dia mendiamkan diri, kehilangan kata-kata untuk membalas percakapan Kapten Evans.

"Kau yakin ke Varga tu akan serang kampung ni?" tanya ketua kampung sambil mengerutkan dahinya.

"Ya. Pasti. Kami ada alat luar biasa yang tak boleh dibeli atau dijual yang hanya dimiliki oleh Lanun Jin Temasik," ujar Kapten Evans lagi.

"Alat apa tu?"

"Tunjukkan pada si tua ni, Jaz!" jerit Kapten Evans kepada Jaz, anak kapal.

Dia membawa tin aluminium buruk dan menghulurkannya kepada kapten kapal itu.

"Ni alat dia. Alat terunggul, boleh mengesan kehadiran makhluk itu," kata Kapten Evans.

"Maksud kau, tin buruk ni? Kau nak buat lawak ke apa?" tanya ketua kampung. Beberapa orang penduduk kampung di belakangnya ketawa.

"Ketawakanlah alat ni. Tuk tahu apa-apa tentang alat ni. Alat ni yang akan tentukan sama ada kampung ni akan selamat atau musnah," kata Kapten Evans, wajahnya berubah serius.

"Macam mana alat ni berfungsi?" tanya ketua kampung.

Kapten Evans memandangnya. Dia menggoncang tin itu dan bunyi yang dihasilkan amat kuat.

"Ah! Sakit telinga aku! Apa benda tu?" soal ketua kampung sambil menutup kedua-dua telinganya.

"Dalam tin ada mutiara daripada spesies tiram yang telahpun pupus lebih 20 tahun yang lalu. Mutiara dia kecil tapi berkuasa. Mutiara jenis ni boleh mengesan makhluk yang ada berdekatan. Kalau ia berbunyi kuat, maka makhluk yang besar ada berdekatan. Kalau ia berbunyi perlahan, mungkin makhluk kecil atau kenit ataupun tiada makhluk langsung berdekatan. Bunyi yang korang dengarkan tadi tu terlalu kuat sehingga menyakitkan gegedang telinga. Maka, ada makhluk yang bersaiz lebih besar dari bahtera tentera laut kerajaan berdekatan kampung ni," ujar Kapten Evans dengan panjang lebar.

"Macam mana awak begitu pasti? Macam mana awak dapat mutiara ni sedangkan spesies tiramnya dah pupus 20 tahun yang lalu?" soal ketua kampung.

"Anggaplah saya dapatkannya dari orang yang mengumpul barang-barang mistik seperti ini," ujar Kapten Evans.

"Siapa dia?" tanya ketua kampung lagi.

"Pernah tak dengar nama... Ursula?" tanya pula Kapten Evans. Semua terkejut.

"Ursula? Ahli sihir bertubuh ikan duyung itu? Bukankah dia tu berbahaya?" tanya ketua kampung.

"Dia sememangnya berbahaya dan licik dan ketahuilah, bukan mudah bagi lanun hebat seperti kami untuk dapatkannya," kata Kapten Evans.

"Aku dengar kalau nak mintak barang dari dia, kena gadaikan sesuatu. Apa yang kau gadaikan?" soal ketua kampung.

"Aku tak gadaikan terus, aku berhutang sebentar. Selepas aku kalahkan Varga tu, aku akan pulangkan balik barang ni padanya," ujar Kapten Evans.

"Apa yang kau hutang dengan dia?" soalnya lagi.

"Dia mintak aku gadaikan, tiga buah bahtera, 400 nyawa anak dara dan juga aku kena dapatkan cecair pada kaki Varga sebagai pertukaran," kata Kapten Evans.

"Ya Tuhanku. Mampukah kau gadaikan semua itu?" tanya ketua kampung, terkejut.

"Tiga buah bahtera boleh dicuri, empat ratus nyawa anak dara boleh dijalankan tapi malangnya cecair pada kaki Varga, harus menunggu sehingga 100 hari sampai dia muncul. Dan esok raksasa itu akan muncul di sini, di kampung tuk ini," ujar Kapten Evans.

"Itulah sebabnya kau ingin memburu raksasa tersebut," kata ketua kampung.

"Ya. Jadi, saya mintak jasa baik tuk dan penduduk kampung ni untuk berpindah sebelum menjelang subuh hari esok," kata Kapten Evans.

Ketua kampung senyap sebentar.

"Tolonglah tuk, ini untuk keselamatan penduduk ni jugak. Saya tahu kalian tak sanggup tinggalkan kampung ni tapi untuk keselamatan kalian, saya harap tuk pertimbangkanlah permintaan saya ini," kata Kapten Evans lagi.

"Adakah kalian setuju?" tanya ketua kampung kepada penduduk kampung yang ada di belakangnya.

Mereka mendiamkan diri.

"Tuk, kalau ini sajalah cara yang ada supaya kami tak dimakan oleh Varga dan keselamatan kami terjamin, saya sanggup tinggalkan kampung ini, tempat saya dilahirkan, dibesarkan dan menetap," kata salah seorang penduduk.

"Betul tu tuk. Saya masih ada anak dan bini. Kalau ikutkan hati, saya tak nak tinggalkan kampung ini tapi kita kena fikir pasal keselamatan keluarga," kata penduduk lain.

"Cukuplah saya dah kehilangan dua insan tersayang. Sekarang tiada siapa akan mati di sini," kata Nek Som.

"Som.." bisik Timah.

"Cukuplah kejadian ribut dah pisahkan kita semua dari keluarga kita. Jangan biarkan sejarah lepas berulang semula! Saya tak sanggup tengok sesiapa antara kita kehilangan insan tersayang dan meratapi kematian mereka," kata Nek Som.

"Betul tu Nek Som!" semua penduduk menyokong kata-kata wanita tua itu.

Ketua kampung tersenyum.

"Baiklah Evans. Aku harap kau berjaya tewaskan Varga dan selamatkan kampung ni daripada kemusnahan. Kau adalah lanun yang mulia," ujar ketua kampung. Kapten Evans hanya mengangguk.

"Petang ni, pukul lima petang, kita akan berarak ke kampung lain, dan meminta untuk tumpang sehari sebelum pulang semula ke kampung ini. Jadi, saya mintak semua penduduk untuk kemas semua barang-barang yang penting sebelum kita keluar dari kampung ini dan pastikan tiada barang berharga yang tertinggal," kata ketua kampung. Semua penduduk kampung mengangguk.

"Baik Tuk!"

Mereka pun pulang ke kediaman masing-masing.

DuyongWhere stories live. Discover now