BAB 39

33.1K 767 11
                                    


Melissa tersengih melihat adegan Azwina dan Airul yang saling berpandangan mata. Terasa sedikit sakit hatinya melihat mata Airul yang penuh rasa cinta buat Azwina. Dulu memang salah dia meninggalkan Airul. Tapi sekarang, dia kembali untuk mengambil haknya kembali.

Melissa yang sudah tidak tahan untuk melenyapkan Azwina dari muka bumi terus mengeluarkan pistol. Di suakan pistol itu tepat dikepala Azwina. Terbelalak mata Airul.

Dia cuba mendekati Melissa dan Azwina tapi Melissa dengan pantasnya mahu menekan picu pistol itu.

"Kalau you mendekat, I tak teragak-agak tembak betina ni sampai mampus!" Ugutnya. Airul mengecilkan matanya bila melihat Rizki yang berada dibelakang mereka berdua. Rizki memberi syarat diam.

Airul yang hampir tersenyum cuba untuk menarik perhatian Melissa supaya tidak menoleh kebelakang.

"Melissa, please. Aku tahu kau tak berani nak lepaskan tembakan tu. Jangan rosakkan hidup kau dengan cara membunuh orang!" Tegas suaranya. Melissa yang mula gentar cuba menenangkan diri. Dia makin menarik tubuh Azwina.

"I berani Airul! I tak takut untuk bunuh dia!" Beritahunya. Keberadaan Rizki dibelakangnya masih belum di sedari. Rizki terus menangkap tangan Melissa dan menekup wajahnya menggunakan kain. Terjerit dibuatnya Melissa.

Azwina yang terlepas dari pelukan Melissa terus memeluk kuat Airul. Dihamburnya tangisan di situ. Airul juga sama. Dia mengucup ubun-ubun Azwina penuh sayang.

Rizki yang masih bergelut dengan Melissa tersenyum pahit melihat kemesraan itu. Tanpa dia sedari, Melissa mengeluarkan pisau lipat dari poket bajunya lalu mahu menikam Rizki yang menekup wajahnya. Tapi nasib Rizki baik. Dia sempat mengelak.

Dia cuba merampas pisau itu dari genggaman Melissa. Airul yang melihat pergelutan itu terpaku bila terlihat seorang lelaki bertopeng hitam menyuakan pistol di belakang Rizki. Dia melepaskan pelukan Azwina.

Bum! Bum!

"Abang!" Jerit Azwina. Rizki menoleh ke belakang. Dia menolak jatuh tubuh Melissa yang sudah lemah akibat pergelutan tadi. Airul yang terbaring dilantai gudang itu di dekatinya.

"Rul! Rul kau buka mata kau! Jangan pejam!" Arahnya. Airul berkerut dahi menahan kesakitan di perutnya. Darah yang mengalir keluar di tekan kuat. Matanya sempat menangkap Azwina yang berlari mendekatinya. Dia cuba mengukirkan senyuman walaupun perit.

"Abang!" Panggil Azwina dalam esakan. Tangan Azwina yang menyentuh perutnya diambil.

"Sayang.. Ab.. Abang minta maaf. Ab.. Abang.. Argh! Abang sayangkan sayang." Luahnya. Azwina menggeleng laju. Azwina memangku kepala Airul. Dia mengucup lama dahi Airul.

"Abang jangan tinggalkan sayang.." Rayunya. Terhinjut bahunya menahan esakan. Airul membuka matanya yang hampir terpejam. Dia mengangkat kepala. Perut Azwina yang masih rata dikucup.

"Sa..sayang. Jaga.. Jaga anak kita baik-baik. Biar dia.. dia jadi anak ya..yang soleh." Tersekat-sekat dia menuturkan ayat. Sesekali dia mengadu sakit yang menjalar di tubuhnya.

"Tak abang! Abang janagn tinggalkan sayang. Abang kena kuat. Kena kuat untuk kami." Dahinya dikucup lagi.

"Abang.. abang sayangkan sayang." Katanya lagi sebelum pandangannya menjadi gelap gelita.

"Abang!"

Rizki turut mengalirkan air mata melihat keadaan kawan baiknya. Kalaulah. Kalaulah dia tidak membuat rancangan sebegitu dengan Melissa. Mesti sekarang Airul tidak jadi seperti ini. Hatinya bagai digilis bila mendengar Azwina yang meraung.




******




Datin Aida dan Dato Mizan yang baru saja sampai dihospital terus mendekati Azwina. Azwina memeluk Datin Aida dan melepaskan tangisannya di bahu wanita tua itu.

"Ma.. Azwina minta maaf. Azwina tak jaga abang baik-baik." Raungnya. Datin Aida turut menangis. Terkejut dibuatnya selepas menerima panggilan daripada Rizki tentang keadaan Airul. Dia membalas pelukan Azwina dan menenangkan gadis itu.

"Bukan salah Wina, sayang. Mungkin dah tertulis takdir Airul begitu. Jangan salahkan diri kamu." Pesannya. Dato Mizan yang tidak senang duduk dikerling. Nampak kerisauan di wajah tua lelaki itu. Apakan tidak. Hanya Airul satu-satunya anak lelaki mereka.

Rizki hanya mampu melihat mereka dari jauh. Cukuplah dapat membantu Airul. Sudah cukup buat dia rasa tenang dan gembira. Tenang selepas dapat menebus kesilapan lama. Gembira selepas melihat Azwina selamat. Dia berpaling lalu meninggalkan hospital itu dengan senyuman.







Hai guys. Maaf sebab lambat sangat update bab baru. Dan sekarang ni saya tengah bersedih sebab Encik Boss dah hampir tamat. Tinggal ada satu dua bab saja lagi. So saya minta maaf sebab tak dapat puaskan hati pembaca. Mungkin cerita ni mengarut. Bosan. Dan harap pembaca semua sudilah baca sampai ke bab akhir.

Saya memang tak pandai nak buat ending ni. So kalau hambar, ai minta maaf 😢 huhuhu.

Dan satu lagi. Cerita Caterina Qarl terpaksa saya unpublish. Selepas habis SPM baru saya akan publish cerita tu dan akan ada lagi cerita baru menyusul.

So stay tune you alls 😗

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now