BAB 31

34.9K 844 7
                                    

Airul mengeliat kecil bila tersedar dari tidur lenanya. Matanya ditoleh ke sebelah kanannya. Senyuman terukir di bibir bila melihat isteri tercintanya masih lena dibuai mimpi.

"Sayang." Panggil Airul perlahan sambil jari telunjuknya mengelus lembut pipi Azwina. Kedengaran rengekan dari Azwina. Airul ketawa kecil. Suka sangat agaknya mengganggu Azwina tidur.

"Sayang..." Hidung isterinya pula dicuit. Jarinya ditepis lembut oleh Azwina.

"Apa ni? Orang nak tidurlah abang." Adu Azwina. Matanya masih terpejam lagi.

"Alololo, sayang. Sayang, bangunlah. Nanti terlepas subuh ni."

"Dah pukul berapa ni, abang?" Tanya Azwina dengan mata terpejam.

"5.20." Azwina bingkas bangun dari baringannya. Selimut di buang ke sisi.

"Kenapa tak bangunkan orang dari tadi lagi? Subuh dah nak habis ni awak. Dah bangun bangun!" Arahnya. Langkahnya laju masuk ke bilik mandi untuk mengambil air wudhu.

**********

"You masih sayangkan Azwina?" Rizki angguk. Tangannya mencapai gelas berisi arak lalu diteguknya rakus. Perangainya yang dulu kembali lagi.

"I pun masih nakkan Airul. Eventhough, Airul just my ex. So, I have a plan." Rizki menumpukan sepenuh perhatian kepada Melissa.

"What the plan? I kalau boleh nak cepat cepat Azwina jadi milik I. I tetap nak dia. Bukan perempuan lain!" Luah Rizki kuat. Suara terpaksa dikuatkan kerana muzik di club itu terlalu bingit. Melissa tersenyum sinis.

"Come here, baby." Rizki datang mendekati Melissa. Melissa membisikkan sesuatu sambil tangannya mengelus lembut leher Rizki. Rizki mengangguk setuju dan bibirnya terukir senyuman sinis.


Airul Pov

Entah kenapa hari ni aku rasa ada benda yang tak kena. Rasa berat hati pula nak tinggalkan Azwina sendiri di rumah.

"Sayang.." panggil aku. Azwina berlari anak mendapatkan aku yang berada di luar rumah.

"Kenapa?" Tanyanya dengan dahi yang berkerut.

"Sayang bersiap siap eh. Sayang ikut abang pergi Melaka." Makin berkerut dahi Azwina.

"Ada apa ni? Kenapa risau semacam ni abang? Abang ada masalah ke?" Aku gelengkan kepala. Tangannya aku capai.

"Please, ikut abang. Abang rasa tak sedap hati nak tinggalkan sayang sendiri kat rumah ni. Abang rasa ada benda jadi nanti. Sayang bersiap eh?" Azwina mengangguk perlahan. Seraya itu terus berlalu pergi.




"Sh*t!"

"Kenapa Zal?" Tanya si lelaki bertopeng itu.

"Call boss. Bagitau kat dia, perempuan tu ikut laki dia. So rancangan cancel!" Arah lelaki bernama Zal itu. Topeng yang menutupi mukanya di buka. Rimas!

***********

"Sayang okay tak ni?" Aku memandang terus ke matanya.

"Kenapa abang ajak sayang pergi Melaka? Kan abang pernah cakap yang abang tu tak suka bawa sayang kalau atas urusan kerja." Airul memandang aku sekilas sebelum kembali fokus dengan pemanduannya.

"Abang cuma tak sedap hati tinggalkan sayang sensorang. Abang rasa macam ada yang memerhatikan gerak geri kita." Dahi aku berkerut. Siapa pula yang perhatikan kami? Aku mengeluh perlahan. Kenapa semakin kami ingin bahagia, semakin banyak pula masalah? Dugaan.

"Sayang, tak payah fikir banyak sangat. Sekarang ni sayang dah selamat pun abang bawa pergi Melaka tu. Dapatlah juga kita dating berdua. Kan? Kot kot ada rezeki dapat kembar." Terbuntang mata aku mendengar ayat miang Airul. Gatalnya lahai! Lengannya aku cubit kuat.

"Gatalkan abang ni!" Airul? Hanya mampu gelakkan aku yang sudah mula membahang. Malu!

"Alolo tomeynya! Muka sayang abang ni dah meyahlah!" Usik Airul. Aku mengetap bibir kuat. Ish! Airul ni pun satulah.

"Abang! Fokuslah bawa kereta ni. Karang tak pasal pasal accident dah tak boleh dapat baby!" Ops! Kenaa mulut aku ni? Alamak! Malunya! Airul sudah sedia dengan ayat usikannya. Bibirnya tersenyum sinis sambil matanya dikerling ke arah aku. Salah aku jugalah ni. Huhu.

"Okay, abang bawa slow slow eh sayang? Tak sabar sangat sayang abang ni nak dapat baby. Tak apa sayang. Malam ni ehhh." Usik Airul lagi.

"ABANG!"










So how about this chapter? Bad or no? If you like it please vote and comment 😘 Sorry for the latest update guys 😌

Nak promote cerita kawan kita nii. Sementara menunggu bab seterusnya tu, you guys bolehlah baca penulisan dari cik adik manis ni eh?

Hanya kau by nur_izzatie

Sesiapa nak minta promote tu, message je saya kay 😘


Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now