BAB 22

39.1K 1K 22
                                    


Sedang aku melajukan langkahku, terasa lengan aku ditarik kuat. Airul! Aku memandangnya lama tanpa niat untuk melawan. Aku penat melayan sakit hati. Apa yang aku dengar tadi cukup buat hati aku makin terluka.

"Wina, biar aku hantar kau balik." Aku merengus kasar sebelum menepis tangannya yang menahan lengan aku.

"Tak perlulah encik. Saya boleh balik sendiri." Balasku lalu ingin berlalu pergi darinya. Belum sempat aku melangkah, terasa badan aku dipeluk dari belakang. Aku ingin melawan, tapi tidak termampu. Air mata aku bergenang di tubir mata. Tinggal tunggu masa untuk jatuh.

"Biar aku hantar kau balik. Aku tak nak kau penat. Please?" Rayunya. Aku hanya membiarkan diperlakukan begitu. Hati aku sakit mengingatkan apa yang dikatakan tadi. Melissa? Ya, aku dengar semuanya. Bila aku mula bahagia dengan layanan baiknya, sekarang aku kembali terluka dengan permainannya.

Tangannya aku tepis kuat. Laju saja aku berpaling memandangnya. Riak wajahnya menunjukkan dia terkejut dengan perbuatan aku. Perlahan-lahan air mata aku mula mengalir laju di pipi aku.

"Jangan pernah berniat nak mainkan perasaan saya, Encik Airul Syafiq! Saya ada hati dan perasaan. Kalau encik memang dah ada orang lain selain saya, tolong .. Tolong lepaskan saya!" Marahku. Suara aku perlahankan kerana kami masih ditempat umum. Dia terkaku dengan permintaan aku. Ya! Aku ingin di lepaskan. Penat!

"Kau jangan mimpilah nak aku lepaskan kau! Dalam perut kau tu ada anak aku. Kau ingat aku boleh lepaskan kau ke kalau anak tu belum lahir?!" Marahnya lagi. Aku terdiam seketika. Betul juga apa yang dikatakan. Aku mengandung dan dia tidak boleh lepaskan aku. Aku tersedar dari lamunan aku bila terasa tangan aku digenggam erat.

"Jangan nak melawan. Biar aku hantar kau balik rumah." Aku mengangguk lemah. Aku hanya mengikuti langkahnya dengan perasaan marah dan sedih.

*******


Airul Pov

Aku menjeling Azwina disebelahku sekilas. Perasaan aku mula bercampur baur. Antara sedih, marah, dan takut. Takut kehilangan Azwina. Memang betul aku sudah mula menyimpan perasaan sayang dan cinta buat dia tapi .. Entah kenapa susah untuk aku luahkan. Belum pernah lagi Azwina meminta untuk dilepaskan. Tapi hari ini terluah juga. Mungkin pembawaan anak. Aku memandang Azwina lagi. Matanya sedikiy terpejam. Mungkin kepenatan asyik berjalan. Suami jenis apa aku ni? Membiarkan isteri yang sedang mengandung berjalan bersendirian? Aku melepaskan keluhan kasar.

"Aku minta maaf, Azwina. Aku sayang kau tapi aku tak tahu macam mana nak bagitau kau." Gumamku perlahan.




Aku mengangkat barangan dapur yang dibeli oleh Azwina tadi. Azwina? Masih terlelap di kereta. Selesai saja aku menghantar barangan ke dalam rumah, aku kembali ke kereta. Tubuh kecilnya aku angkat perlahan. Kelihatan dia mula mengeliat kecil. Comel! Pipinya aku kucup sekilas sebelum membawanya masuk ke dalam rumah.

Azwina Pov

Badan aku seperti terapung. Eh? Aku terbang ke? Manusia mana boleh terbang! Oh, mungkin mimpi. Aku mencelikkan mata aku.

"Arggghh!! Turunkan saya! Turunkan sayaaa!" Marahku. Airul hanya menunjukkan senyum sinisnya. Argh! Sakitnya hati. Aku mencebik tanpa memandangnya.

Perlahan-lahan aku di turunkan dan dibaringkan di atas katil kami. Pandangan aku alihkan ke tempat lain. Aku tersedar selepas dia mengelus pipiku lembut sebelum mengucupnya.

"Kau rehatlah. Aku taknak kau rasa penat." Katanya lalu melangkah pergi ingin keluar dari bilik. Aku masih tidak memandangnya. Masih lagi sakit hati dengan kejadian tadi.

"Awak?" Panggil aku lembut. Langkahnya terhenti lalu memandang aku dengan wajah yang dingin. Hm! Begitulah dia. Lelaki dingin!

"Lepaskan saya. Dan kahwin dengan Melissa." Selesai saja aku berkata begitu, dia menjeling aku kasar. Pandangan di alihkan dari aku. Wajahnya yang sedikit tegang membuatkan aku rasa takut.

"Jangan bermimpi untuk aku lepaskan kau, Azwina Sofea binti Dahli!" Katanya tegas tanpa menoleh memandang aku. Aku melepaskan keluhan kasar sebelum berura-ura untuk memejamkan mata.





Sorry for the latest update! 😌 Hakak ada exam semalam. Tu yang tak dapat nak tepati janji 😬 Huhu apa apa pun, vote dan komen tau 😉 Love yah! MUAHHH 😘

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now