BAB 33

31.2K 718 6
                                    


Melissa tersenyum sinis memandang Rizki yang masih dalam amarahnya. Baru sahaja tadi dia datang menemui Melissa dan menceritakan apa yang dilihatnya tadi.

'Lelaki bodoh! Kau ingat aku akan biarkan Azwina hidup ke?' Bisiknya dalam hati.

"Melissa, I nak you suruh orang orang you buat kerja sekarang juga. I taknak tahan sakit mata ni tengok dorang mesra macam tu!" Arahnya. Nafasnya dihembus kasar sebelum menghentak tangannya di meja.

"Cuba bawa bertenang dulu. Yang you emosi sangat ni dah kenapa? Kita akan buat plan kita tu, but not now.. Sabar boleh tak? Ingat senang ke nak terus buat plan tu?" Berkerut dahi Melissa bila Rizki kelam kabut untuk melaksanakan rancangan jahat yang dibuatnya. Rizki menjeling tajam Melissa sebelum datang mendekatinya.

Dagu Melissa dicengkam kuat sehingga Melissa merengek kesakitan. Tangannya cuba menepis tangan Rizki yang makin kuat mencengkam dagunya.

"Kalau you susah sangat nak buat, biar I sorang yang buat! Aku ingat kau ni membantu sangat, tapi sebaliknya.. Menyusahkan!" Cengkamannya dilepaskan dan kepala Melissa ditolak kuat. Nasib Melissa baik. Tangannya sempat dipautkan pada lengan Rizki sebelum kepalanya hampir mendarat di dinding.

"You jangan pandai pandai nak ubah plan kita! Kalau I sampai tahu you ubah plan kita, you tunggulah apa yang I akan buat kat you dan Azwina!" Ugutnya lalu pergi meninggalkan Rizki yang terkebil kebil sendiri. Rambutnya diraup kasar. Kalau orang lain tengok, mesti dah anggap Rizki ni orang gila.

**********

Azwina mendekati suaminya yang sibuk menekan keyboard laptop. Bahu Airul dielus lembut sebelum duduk disebelah Airul.

"Abang, busy sangat eh?" Soalnya berhati hati. Airul menoleh sekilas memandang Azwina yang berada disebelahnya.

"Busy sikit je ni sayang. Sekejap lagi siaplah. Kenapa?" Azwina menggeleng kepala. Dia sepertinya mahu menyampaikan sesuatu tapi takut mengganggu kerja Airul. Perlahan lahan dia meninggalkan Airul yang masih tekun membuat kerja. Badannya di labuhkan di atas katil. Selimut ditarik menutupi separuh badannya.

Airul menoleh kebelakang memerhati Azwina. Airul tersengih kecil bila melihat Azwina sudah terlelap memeluk bantal tidurnya.

"Alahai, kenapalah kau comel sangat Wina?" Gumamnya sendiri. Laptopnya ditutup lalu pergi melabuhkan badannya disebelah Azwina. Pinggang Azwina dipeluk kejap. Hidungnya melekap pada rambut Azwina.

"Hm, wanginya sayang." Gumamnya lagi.

Dahi azwina dikucup. Dahinya berkerut seribu (?) Belakang tangannya dilekapkan pada dahi isterinya. Panas!

"Sayang... bangun kejap.." Azwina merengek kecil bila tidurnya terganggu.

"Sayanggg.. bangunlah dulu sekejap.." Azwina mencelikkan matanya berkali kali sebelum betul betul terbuka.

"Ada apa abang? Sayang mengantuklah.. Pening lagi.." Rungutnya lalu memejamkan matanya kembali.

"Sayang demam ni.. Ni mesti kes terkena hujan semalam kan?.." Azwina mengeluh kecil. Tangan suaminya yang masih melekap di dahinya ditepis lembut.

"Abang, Im okaylah.. Panas sikit ja. Esok mesti sembuh.." Pujuknya dengan wajahnya yang memang menunjukkan dia mengantuk yang amat. Airul mengeluh pasrah.

"Sayang ni, dari dulu sampai sekarang degil.." Bebelnya. Pipi tembam Azwina dicubit lembut.

"Abang!! Sakitlah.. Suka sangat kacau sayang tidur.. Dahlah, abang tidurlah eh.. Esok kena teman sayang jenjalan." Airul mengangguk perlahan sebelum mendaratkan ciuman di pipi isterinya.







Sampul surat berwarna coklat itu diserahkan kepada lelaki yang memakai jaket hitam. Mukanya penuh dengan jambang. Lebih menakutkan lagi, ada parut bekas jahitan di bawah mata kiri lelaki itu. Korang bayangkanlah macam mana 😂

"Aku nak kau hapuskan perempuan yang dalam gambar tu. Kalau kau dapat hapuskan dia, aku bagi kau bayaran dua kali ganda daripada bayaran pendahuluan ni.." Arah Melissa. Gambar itu bertukar tangan.

Lelaki itu tersenyum sinis sambil tangannya menepuk nepuk sampul berwarna coklat itu. Duit senang ja boleh dapat!

"Aku akan pastikan dia akan mati.. Boss jangan risau.. Boss sendiri dah tahu hasil kerja aku sebelum ni kan?" Melissa mengangguk yakin.

"Sebab tu aku pilih kau.. Aku harap kau tak hampakan aku.. Faham? Buat secepat mungkin. And make sure, nobody knows about this plan..."

"Baik boss.."




Hey, sorry sebab lambat update 😌 Chapter kali ni agak membosankan 😑 Sebab idea dah hilang entah kemana huhuhu 😭 Maafkan ai ya 😘

Vote dan comment uolls 💕

Sementara menunggu bab seterusnya, korang singgahlah baca cerita ni 👇

Badboys vs Badgirls by anatashaaalfiera

Caterina Qarl by me 🙆

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now