BAB 10

42.4K 1.2K 3
                                    

Azwina menahan esakkannya. Takut didengari oleh Datin Aida dan Dato' Mizan. Sakit hatinya masih belum redah lagi. Sebaik saja kejadian yang berlaku tadi, pantas dia menahan teksi untuk balik ke rumah. Bila ditanya oleh ibu mentuanya, dia hanya boleh cakap yang dia penat satu hari berjalan dengan suami. Bila ditanya kemana pula Airul, katanya melepak dengan kawan.

Air mata yang mengalir laju diseka laju sebaik saja mendengar ketukan dipintu. Mesti Datin Aida. Kalau tak pun Airul Syafiq. Ditariknya selimut lalu menyelimuti tubuhnya. Pura-pura tidur.

Kedengaran pintu dikuak dari luar bilik. Terasa ruang disebelahnya bagai diduduk orang. Hmm, siapa lagi kalau bukan Airul Syafiq.

"Wina, i am so sorry. Aku tak sengaja marah kau tadi." Rayunya. Bahu kiri Azwina dipegang sebelum mengucup lembut dahi Azwina.

"Azwina, please wake up. I know that you are not really sleeping." Bahu Azwina digoncang perlahan. Azwina menepis tangan Airul yang memegang bahunya itu. Badan yang terbaring tadi terus diubah posisi menjadi duduk. Matanya yang sembab akibat banyak menangis memandang tajam wajah tampan Airul. Sakit hati.

"Azwina. I am sorry! Please don't like this. Please.." Pujuknya lagi. Namun kali ini dengan suara yang menunjukkan dia bersalah. Tangannya mencapai tangan Azwina lalu dikucupnya.

Dup Dap Dup Dap

Azwina berdegup kencang. Laju. Dia terkaku melihat perbuatan Airul yang tidak diduganya.

"Azwina. Aku minta maaf sebab buat kau macam tadi. Sumpah, aku tiada niat pun nak tengking kau depan orang ramai tadi." Pujuk Airul lagi bila tiada sahutan daripada Azwina. Dilihatnya Azwina yang tiba-tiba terkaku.

"Azwina, are you okay?" Azwina tersentak. Pantas dikawalnya raut wajahnya.

"Tak apalah. Saya minta maaf masuk campur hal awak macam tadi. Saya tiada hak pun nak masuk campur. Lagipun, tu dah kira saya langgar perjanjian kita, kan?" Katanya panjang lebar. Dilihatnya Airul yang berwajah seperti rasa bersalah.

"Lagipun, saya kan cuma isteri sementara awak je. Tak lama lagi kita cerai juga. So, salah saya lah tadi. Maaf ye. Saya janji tak buat lagi." Sambung Azwina. Tangan kanan diangkat seperti berikrar. Senyuman dibibir diukir sehabis boleh walaupun rasanya terlalu berat.

"By the way, that girl is your girlfriend? Beautiful. Mesti bakal pengganti saya lepas awak ceraikan saya, kan?" Azwina berkata lagi namun agak perlahan. Hatinya terasa sakit sebaik saja perkataan cerai disebut. Namun senyuman dibibir tetap kekal. Biar Airul yakin yang dia okay. Haha.

Airul memandang sayu Azwina. Terasa kesian pun ada. Azwina isteti yang baik. Mustahillah nak diceraikkannya. Namun perjanjian yang sudah dibuatnya membuatkan dia terpaksa lakukan. Tetapi bukan sekarang. Beberapa bulan saja lagi.

- FLASHBACK -

"Surat apa ni?"

"Kau bukalah. Kau baca sampai habis. Lepas tu, tandatangan." Airul meletakkan pen berwarna hitam dihadapan Azwina. Diliriknya Azwina yang tekun membaca surat itu.

"What the ??" Melopong mulut Azwina membaca setiap apa yang tertulis di surat itu. Airul merampas surat itu dari tangannya.

"What the big problem uh?" Tanya Airul dengan senyiman sinisnya.

"You asking me what the big problem? Are you crazy? I am so sorry kalau saya bersikap macam ni. Tapi perlukah encik Airul buat perjanjian macam tu?!" Marah benar Azwina sampai mukanya kelihatan memerah menahan geram dan sakit hati.

"Perlulah. Aku kahwin dengan kau sebab mama aku paksa. Jadi aku rasa aku memang patut pun buat surat perjanjian ni. Senang je semua yang aku nak kau buat."

"Yang pertama, lepas kahwin Airul nak Azwina untuk tidak masuk campur hal masing-masing. Yang kedua, tidak boleh ada rasa suka, sayang dan cinta. Yang ketiga, Azwina tidak boleh menghalang Airul untuk bergaul dengan sesiapa pun termasuk perempuan." Sengaja ditekannya perkataan perempuan itu. Azwina menjeling.

"Lastly, Azwina dan Airul akan jadi pasangan suami isteri selama 6 bulan sahaja. Lepas itu, Airul akan menceraikan Azwina. The end. So, aku nak kau tandatangan dekat sebelah tandatangan aku." Kembali diberikannya surat itu kepada Azwina. Masam mencuka sahaja wajah Azwina ketika itu. Azwina akur. Nafas dihembus sebelum menyetujui setiap perjanjian dalam surat itu.

- END FLASHBACK -

Azwina mengeluh perlahan. Sudah genap sebulan dia bergelar isteri Airul Syafiq. Namun, hubungan mereka tetap sama. Tinggal lima bulan saja lagi dia akan bergelar isteri. Selepas lima bulan nanti, macam manalah kehidupannya? Bila teringatkan Diana, dia sudah selamat bergelar isteri Farizul seminggu yang lepas. Kawan waktu sekolah menengah dulu. Dimana lagi dia akan bergantung hidup.

Azwina sudah malas mahu memikirkannya. Matanya yang terbuka tadi dipejamnya. Dia berharap esok pagi akan ada sinar baru bagi rumah tangga mereka berdua.

*******

"Wina, miss you so much!" Diana pantas menarik Azwina kedalam pelukannya. Rindu. Terlalu rindu. Azwina membalas pelukan Diana erat. Sudah lama rasanya merek tidak berjumpa. Terakhir kali bersua muka ketika Azwina menghadiri perkahwinan Diana dengan Farizul.

"So how about you and Airul? Okay?" Azwina mengeluh. Sekarang ni Azwina lebih banyak mengeluh. Entahlah kenapa. Diana menatap kasihan melihat keadaan Azwina.

"Like what you see last week. Tiada perubahan. Aku sendiri pun tak tahulah nak buat apa. Malas nak fikir." Jelasnya. Diana memegang tangannya.

"Biasalah tu Wina. Dugaan dalam rumah tangga. In shaa Allah nanti pasti kau bahagia dengan dia." Diana memberikan kata-kata semangat buat Azwina. Azwina senyum. Kalau tiada Diana entahlah macam mana dia nak minta tolong. Entah dimana dia nak meluah perasaan.

"Aamiin. In shaa Allah. Kau doa-doakan je ye. Aku pun turut doakan kebahagiaan kau dengan Farizul. Tapi kan, aku tak sangka pula Farizul lelaki yang kau puja puja tu." Diana geram lalu mencubit kuat lengan Azwina yang masih dengan ketawanya.

"Kau ni. Aku saja je nak buat surprise kat kau. Aku lagilah tak sangka kau boleh terkahwin dengan boss kau sendiri. Tapi kan aku tak faham lah macam mana kau boleh terkahwin dengan dia pula. Bukan selama ni kau dengan dia memang no relationship eh? Explain please, Azwina." Azwina terasa berat untuk berkongsi tapi dipaksanya juga untuk bercerita. Di ceritakannya dari A hingga Z kepada Diana.

"Oh, macam tu." Diana angguk faham.

"Tapi aku redha lah. Kalau dia betul nak ceraikan aku nanti, tak apa. Aku cuba untuk kuat. Aku cuba untuk terima kenyataan tu. Lagipun dia dah ada bakal pengganti aku. Cantik pula tu. Seksi. Tak macam aku ni. Dahlah tutup sana sini. Manalah dia nak pandang aku ni, Diana. Hmm." Diana mengelus bahu Azwina. Terasa kesian akan nasib Azwina. Geram mula menguasai hati Diana. Dia rasa apa yang dibuat Airul itu satu perkara yang melampau.

"Kau sayang dia ke Wina?" Azwina angguk. Air mata bergenang di tubir matanya. Sakit bila cinta tak berbalas. Apatah lagi dapat tahu suami ada bakal penggantinya. Diana pandang Azwina simpati. Bukan ini yang dia mahu Azwina ras

'Hm, aku kena juga jumpa laki Azwina. Memang nak kena budak ni!' Gumam Diana dalam hati. Cukuplah dia melihat Azwina bersedih atas kehilangan kedua dua ibu bapanya. Kali ini dia tidak mahu melihat Azwina diselubungi kesedihan lagi.

Hye guys! How? Boring ke apa ke? Kalau best tekan bintang bawah tu dan komen kalau nak. Hahaha. Aku mengalu-alukan kehadiran komen readers. Hehe. Btw, aku akan slow update untuk novel ni. Tapi dont worry sebab aku tetap akan update. Cuma lambat ja. Kalau akau ada masa, aku update. Kalau tiada, aku minta maaf 😢😢 Thanks untuk yang support aku 😍 Support novel yang tak seberapa ni 😘 Thanks tau. Kalau ada bahasa yang korang ada tak faham, jangan segan silu nak tanya eh 😉😉 Okaylah, tu je lah aku nak bagitau. I love you all 😙😙😙

Encik Boss #Wattys2016 ✔Where stories live. Discover now