BAB 20 | Dating

Začít od začátku
                                    

Ain turun dan ingin melangkah namun jari-jemarinya ditaut rapat oleh tangan seseorang. Menoleh sejenak kepada Fedzriq, Ain menjegil matanya dan cuba merungkaikan genggaman Fedzriq tetapi Fedzriq buat tak endah. Ain terus membatu tidak ingin bergerak tanda protes tangannya dipegang.

"Okey, tak nak jalan? Aku dukung kau ek."

"Tak, tak! Saya jalan." Laju Ain menjawab sambil merapat pada Fedzriq. Mereka berjalan beriringan menuju ke restaurant Manhattan Fish Market.

Ain memandang Fedzdriq yang sedang mengelap bibirnya menggunakan tisu. Tengah makan pun handsome. Raut muka Fedzriq kalau tak marah memang tenang saja. Cara suap makanan pun penuh tertib. Tak terburu-buru malah mengunyah perlahan. Keningnya yang panjang terlukis cantik. Jambang nipis yang menghiasi bawah pipinya menambahkan lagi kekacakkannya.

"Kenapa?" Tanya Fedzriq kerana sebaik sahaja dia mengangkat muka, Ain tengah memandangnya. "Tak sedap?" Tanya Fedzriq lagi.

"Bukan— Sedap. Tapi pedas sikit." Ain kalut mencipta alasan kerana sudah terkantoi merenung Fedzriq sambil berkhayal.

"Tak boleh makan, janganlah paksa. Aku order yang lain untuk kau." Fedzriq sudah berkira-kira mahu memanggil pelayan.

Pantas Ain menghalang. Dia tak mahu membazir. "Tak payah la. Saya boleh habiskan yang ni. Betul..." Ain cuba meyakinkan Fedzriq lalu menyuapkan makanan tersebut dengan pantas ke mulutnya.

"Kenapa kau biar Nazmi suapkan kau?" Tanya Fedzriq tiba-tiba. Dia meletakkan sudu dan garfu di sebelah pinggan. Kening berkerut dan mata bulat memberi fokus pada Ain.

"Hah? Macam mana awak tahu?"

"Jangan tanya soalan macam tu boleh tak? Tu office, bukan gua." Fedzriq menyinis.

"Saya tak sampai hati nak tolak sebab dia dah hulurkan sudu ke arah saya. Lagi pun staff lain ramai kat situ. Saya tak nak jatuhkan air muka dia." Satu yang Fedzriq perasan tentang Ain, jika dia rasa bersalah atau takut dia akan tundukkan wajahnya.

"Huh! Alasan. Boleh je tolak elok-elok. Lepas ni aku tak nak kau berurusan lagi dengan dia."

"Saya memang dah tamat praktikal pun." Sangkal Ain.

"Tapi kau akan masuk bekerja tak lama lagi."

"Siapa kata saya akan kerja di Grandeza? Saya tak hantar pun borang untuk pergi kursus tu."

"Kau tetap kena kerja kat sana." Fedzriq menghabiskan sisa suapannya lalu menyisip minumannya. Dia memandang Ain yang kelihatan seperti naga yang sudah mengeluarkan asap melalui telinga. "Arwah Pak Long dah wasiatkan nama kau. Grandeza tu arwah Pak Long yang punya. Papa dan aku hanya tolong uruskan saja. Aku tak layak pertikaikan hal tu." Fedzriq melepaskan keluhan berat.

"Jadi, sebab tu— ke awak bencikan saya?" Mata Ain sedikit berkaca. Fedzriq kelihatan menghela nafas berat. Matanya masih tidak lepas dari merenung Ain.

"Ain..." Fedzriq menelan liurnya. Berusaha untuk menenangkan dirinya dan juga untuk menenangkan Ain. "Bukan macam tu..."

"Habis macam mana?" Tanya Ain masih memandang lurus pada Fedzriq.

"Nanti kita bincang hal ni. Sekarang aku tak nak kau berfikiran yang bukan-bukan. Okey?" Ain menundukkan wajahnya ke bawah. Menutup hati yang sedang rawan. Resahnya nian sukar diceritakan. Akhirnya dia meneruskan suapa makanan di pinggannya.

"Jom.." Ain berwajah mendung saat melangkah keluar dari restaurant tersebut.

"Ada nak beli barang tak?" Tanya Fedzriq yang menunduk mencari wajah Ain.

"Saya nak ke watsons sekejap. Awak tak payah ikut la." Kata Ain terus meninggalkan Fedzriq.

"Kenapa pulak? Suka hati aku lah nak ikut ke apa." Fedzriq bertanya hairan. Tetapi langkah kakinya tetap mengikuti Ain dari belakang.

My Parfait Love ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat