BAB 20 | Dating

28.1K 721 78
                                    

P/S: Assalamualaikum and hi everyones.. ini adalah bab yang terakhir di wattpad. Pembaca sudah boleh dapatkan Novel My Parfait Love versi ebook. Boleh whatsapp number yang telah diberikan. Thanks a million, billion, trillion and zillion to all readers yang dah support saya semua karya selama ni. Doakan saya terus bersemangat untuk keluarkan novel Sayang You're Mine dan Rasmi Milikku tak lama lagi.

💞 Yang belum beli My Parfait Love, cepat-cepat beli guys.. 💞

____________________________________

Ain menarik beg bajunya ke dalam bilik yang dihuninya sebelum ini. Barang-barang lain diangkat oleh Fedzriq. Dia hanya memerhati Fedzriq yang keluar masuk biliknya meletakkan barang-barangnya.

'Aih.. Entah kenapa hati rasa tak tenang. Satu bumbung dengan suami sendiri pun boleh buat jantung resah dan gelisah. Encik suami di hadapan ku ini bukan macam encik suami yang di luar sana, ni encik suami sombong!'

"Kau tengah mengata aku ke?"

"Mana ada!" Ain sedikit tersentak.

"Ye la tu. Macam la aku tak tau. Sampai berkerut kening tu. Ada la benda kau mengata aku." Fedzriq merebahkan badannya di atas katil empuk milik Ain apabila semua barang sudah siap di angkat.

"Nak fresh orange. Penat." Ain terbeliak matanya. Bukan sebab permintaan fresh orange tu, tapi sebab makhluk tuhan paling seksi ini selamba buka baju dan landing atas katil dia.

"Eh, kenapa awak buka baju dan baring atas katil saya?! Bangun!"

"Kenapa? Tak boleh?" Tanya Fedzriq yang hanya menolehkan mukanya menghadap Ain.

"Awak tu berpeluh. Habis la kotor tilam saya." Bebel Ain geram. Fedzriq hanya ketawa meleret tanpa mempedulikan larangan Ain. Ain mengecilkan mata lalu menghampiri Fedzriq yang sedang memejamkan matanya.

Tangannya ligat melibas Fedzriq menggunakan sling begnya. Memang sakit kalau kena sebab sling beg tu original leather.

"Bangun!!!!"

"Aduh! Awww! Ain.. Aduhhh.." Fedzriq mengaduh sakit sambil melekapkan tangannya di dahi. Ain terkedu akibat terkejut melihat Fedzriq yang sedang kesakitan dan dia segera menunduk untuk mengintai dahi Fedzriq.

Entah bagaimana, dalam sekelip mata, lengan Ain disambar pantas oleh Fedzriq menyebabkan tubub Ain tersentak ke hadapan. Ain jatuh di atas tilam dengan tangannya dikunci oleh Fedzriq.

Seketika, mereka hanya diam menikmati suasana yang membuaikan itu. Mulut Ain sedikit terbuka kerana kejutan yang tiba-tiba itu. Mata mereka saling menatap lama sehingga mata Fedzriq beralih ke arah bibir merah Ain yang kelihatan gebu dan lembut itu.

Fedzriq menelan liur dengan susah payahnya sambil dada seperti di pukul kuat betalu-talu menyentak tangkai jantung hingga terasa seperti ingin meletup. Deru nafas mereka seperti tersekat. Mata Ain yang cantik itu memukau dan mengkhayalkan Fedzriq.

Ain cemas apabila Fedzriq semakin mendekatkan jarak antara mereka. Otaknya ligat berfikir untuk melepaskan diri dari seksaan perasaan yang menggila ini.

"Awak busuk!" Ucap Ain perlahan. Pernyataan dari Ain itu membuatkan Fedzriq sedikit tercengang dengan kening sedikit terjongket tapi akhirnya lelaki itu melorekkan senyum nipis dibibirnya.

"Betul busuk?" Tanya Fedzriq dengan nada suara yang hampir tak terkeluar. Ain menganggukkan kepala.

"Tangan kau menggeletar kenapa? Kau takut?" Tanya Fedzriq. Ain menganggukkan kepalanya lagi. Memang dia tengah panik dan ketakutan dengan tindak tanduk Fedzriq yang tiba-tiba ini.

"Nanti aku ajar kau, cara untuk berani dengan aku." Lantas kucupan lembut dan hangat Fedzriq mendarat di pipi Ain. Fedzriq bangun sambil menarik tubuh Ain agar duduk kembali.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now