BAB 6 | Kepulangan

20.2K 722 22
                                    

Sebulan berlalu..

Hari ini, nenek, ibu saudara dan bapa saudaranya pulang dari tanah suci. Hanya Fedzriq yang pergi menjemput mereka. Dia dan Reen hanya menunggu di rumah.

Sejak peristiwa pahit itu, Fedzriq langsung tidak menjejak kaki ke rumah agam milik keluarganya. Ain bersyukur kerana dia tidak bersua dengan lelaki itu lagi.

Ketahuilah di dalam setiap kesabaran pada hal yang kau benci, terdapat banyak kebaikan.

Diam, tenang, dan dewasa.

Hanya sebahagian dari kita sahaja yang boleh melakukam hal ini. Menjadi dewasa tidaklah mudah, namun siapa sangka ketika keadaan membawa paksa kita untuk menjadi dewasa.

Diam dan tenang ketika masalah menimpa juga tidaklah mudah, tapi hanya orang yang bersabar yang boleh melakukan hal yang sebaik-baiknya.

"Nenek!!!" Ain terpekik gembira apabila melihat neneknya berada di muka pintu. Ain terus meluru laju memeluk neneknya dengan erat. "Rindu nenek! Nenek sihat?" Air mata tanpa segan silu mengalir di pipi mulus Ain.

"Hesy.. apa menangis pulak ni? Nenek sihat.. Jangan risau." Nenek cuba untuk menenangkan cucu kesayangannya yang manja. Ain tersenyum kemudian memeluk lagi tanpa rasa ingin melepaskan.

Seketika kemudian barulah Ain menyedari kehadiran ibu bapa saudaranya yang telah melabuhkan punggung di ruang tamu. Rupanya lama jugak dia berpelukkan dengan neneknya.

"Mak Ngah dan Pak Ngah sihat? Ain tunduk tertib bersalaman dengan kedua ibu bapa saudaranya itu.

"Sihat, Alhamdulillah. Ain dan Reen okey tak selama kami tak ada ni?" Dato' Faizuddin bertanya pada Ain.

"Okey je Pak Ngah. Seronok tinggal dengan Reen. Kami ada kesempatan untuk study sama-sama." Ain menjawab lembut.

"Baguslah macam tu. Lega Mak Ngah dengar." Mak Ngahnya turut tersenyum pada Ain. "Hah Along! Dah letak beg nenek?" Tegur Datin Harlina apabila ternampak Fedzriq menuruni anak tangga.

Kelihatan Fedzriq hanya mengganggukkan kepalanya. Ain serta merta dilanda debaran kuat di hatinya. Tadi semasa mereka sampai, Ain memang tak sempat melihat kelibat Fedzriq kerana terlalu asyik dan gembira berpelukkan dengan neneknya.

"Duduklah minum air dulu Fedzriq." Datin Sri Sofea pula bersuara memanggil Fedzriq untuk turut serta dengan mereka.

Mereka semua rancak berbual. Hari ini Fedzriq tidak banyak bicaranya. Lebih banyak mendiamkan diri. Kelihatan sesekali menganggukkan kepala dan tersenyum kepada kedua orang tuanya dan neneknya. Dia langsung tidak memandang Ain.

"Makan malam kat sini aje lah Lina, Din." Datin Sri Sofea mempelawa.

"Tak boleh, ibu. Kena balik ni. Reen kat rumah tu dah merengek-rengel tanya bila nak sampai rumah." Jawab Datin Harlina sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Laa... Kenapa kamu tak bawak dia sekali tadi Fedzriq?" Datin Sri Sofea bertanya kehairanan.

"Along dari Seremban tadi ada meeting. Terus shoot ke KLIA. Malas nak patah balik ambik dia."

"Hujung minggu ni la kami datang lagi Ibu. Boleh bawak Angah sekali."

***

8 bulan berlalu..

Peristiwa hitam itu kelal rahsia tanpa ada yang dapat menghidunya. Ain telah pun menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada hujung november dan kini keputusan sudah pun keluar. Melihat slip keputusannya, dia sangat bersyukur dan terharu. Sungguh bukti kekuasaan Allah itu sangat jelas. Allah maha kaya. Allah maha sayang. Allah maha memberi. Allah maha mengasihani.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now