BAB 16 | Sukarela

25.9K 740 27
                                    

Tamat cuti sakit, Ain kembali meneruskan sisa latihan praktikalnya yang berbaki lagi dua minggu

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Tamat cuti sakit, Ain kembali meneruskan sisa latihan praktikalnya yang berbaki lagi dua minggu.

Petang kelmarin dia berkeras mahu Fedzriq menghantarnya ke rumah sewa selepas menghantar Reen. Fedzriq pula memberi pelbagai alasan untuk tidak menghantar Ain. Puas bergaduh, akhirnya Fedzriq mengalah.

Pagi ini, Ain sampai terlebih awal dari kebiasaanya. Dia menumpang Farah pada hari ini.

Ain melangkah masuk melalui pintu utama. Kereta Fedzriq sudah terparkir di ruang parkir. Maknanya Fedzriq datang lebih awal darinya.

Selendang indah terbelit di atas kepalanya dibetulkan sedikit. Mukanya disolek nipis sahaja kerana Ain tidak gemar menconteng mukanya terlalu tebal. Hari ini dia mengenakan skirt labuh hingga ke bawah buku lali dengan potongan fit mengikut bentuk badan dan blouse beropol longgar berwarna krim yang di tuck-in.

Sewaktu pintu lift terbuka, mata Ain bertemu dengan mata Fedzriq yang berada di dalam lift untuk keluar. Di sebelahnya adalah Faridz. Faridz tersenyum pada Ain sambil melangkah keluar dari lift. Ain menundukkan kepala lalu kaki melangkah ingin masuk ke perut lift.

Tapi tangganya di pegang oleh Fedzriq. Faridz juga terhenti langkah.

"Kau tunggu Along dalam kereta." Fedzriq memberi arahan pada Faridz. Faridz hanya menganggukkan kepala dan terus berlalu.

Fedzriq mengheret Ain menuju ke pantri lobby. Ain kelihatan sangat terkejut dengan tindakan Fedzriq yang tiba-tiba itu.

Ain hanya menghulurkan senyum kepada beberapa staf yang menyaksikan adegan pantas itu. Jelas, dia tersangat malu. Serius lepas ini, dirinya akan menjadi bahan gossip.

"Kenapa awak ni?!!" Ain menolak dada Fedzriq apabila mereka sudah berada di dalam pantri.

"Tak ada skirt yang ketat lagi ke yang kau boleh pakai? Seronok tayang bontot bulat macam tu? Siapa ajar kau dress up macam ni?!"Fedzriq terus menyembur Ain. Ain tunduk membelek skirtnya.

'Tak ada lah ketat sangat, cuma fit jer. Fit tu ketat ke? Hehehe.'

Ain menggaru pipinya kerana dia tak tahu nak menjawab apa. Dia tunduk sambil menggigit bibir.

"Kalau cantik tak apa jugak! Bangga ke boleh tayang aset?" Marah Fedzriq lagi.

"Ish! Menyibuk jer. Saya rasa pakaian saya ni okey je." Ain sebenarnya rasa terhina dengan komen Fedzriq. Selebihnya dia rasa malu dan takut untuk bersuara.

"Nanti aku suruh orang hantarkan seluar slack. Jangan mengada nak pakai lagi skirt ni! Dan jangan senyum hari ni!"

'Eh? Melampau. Senyum pun tak boleh. Ikut suka aku la. Ni bibir aku. Sejak bila pula dia buat peraturan di office tak dibenarkan senyum? Gila!'

My Parfait Love ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora