BAB 18 | Pegang

26.9K 709 25
                                    

"Nak tambah apa-apa tak?" Tanya Fedzriq sebaik memesan makanan. Ain hanya menggeleng.

"Makan pun sikit, macam mana nak besar." Gumam Fedzriq perlahan.

"Awak, saya nak cakap sikit. Awak tak payah la datang jumpa saya selalu, ambil hantar saya. Nenek dah hairan kenapa awak macam rapat dengan saya. Saya tak nak nenek syak yang bukan-bukan." Ain cuba untuk berbicara elok dengan Fedzriq.

"Aku tahu apa yang aku buat." Fedzriq merenung Ain.

"Kenapa awak nak seksa saya? Kenapa awak benci dengan saya? Dah berapa kali saya cakap bukan saya yang perangkap awak. Saya tak salah." Ain dah meninggikan suaranya.

"Syhh.. Kau ni.. perlahan sikit. Kita di restaurant ni." Fedzriq berjeda seketika sebelum mengambung ayatnya. "Aku tak suka kau banyak benda. Lagi pun kau tak ada bukti yang kau tak salah. Elok kau sampai je, pegawai Jabatan Agama pun sampai. Dah la.. Aku tak nak cakap tentang tu lagi." Ain menunduk hiba. Sedih dengan nasib sendiri.

"Dah.. Makan. Jangan nak berlakon sedih pula kat sini."

"Tak ingin nak belakon sedih depan awak. Tak mendatangkan faedah."

"Ternyata tempoh empat tahun ni banyak buatkan kau dah berubah, banyak melawan aku sekarang ni."

"Pasir pun boleh berubah, ini kan pula manusia." Tenang dan datar ucapan yang keluar dari mulut Ain. Fedzriq yang sedang menyuap makanan, terhenti kunyahannya. Dia terpaku melihat Ain yang mempamerkan reaksi biasa dan bersahaja.

"Makan tu elok-elok sikit. Comot sana sini." Fedzriq cuba mengubah topik perbualan. Ain hanya mendiamkan diri. Tidak memberi respon terhadap teguran Fedzriq. Dia masih mengelamun sambil menyuapkan makanan.

"Siapa Danish?" Tanya Fedzriq tiba-tiba.

"Saya tak akan cerita apa-apa pun pada awak."

"Kau bercinta dengan dia?" Tanya Fedzriq lagi. Namun Ain hanya diam tidak mahu menjawab soalan Fedzriq.

"Kau nak tahu satu benda tak? Aku tak ada masalah pun nak pukul orang kalau aku tahu orang tu kacau hak aku."

"Hak apa yang awak cakap ni Fedzriq?" Ain memandang tajam ke arah Fedzriq. Keningnya sedikit berkerut. "Awak tak pernah dapat hak apa-apa pun sejak kita kahwin dulu. Awak buang saya dengan cara yang paling hina sebagai seorang isteri. Dan awak sendiri tak iktiraf saya sebagai isteri awak. Jadi jangan sebut soal hak lagi jika awak sendiri yang menafikan hak itu. Cara terbaik, kita berpisah saja." Bergenang air mata Ain di kolam matanya. Ain membuang muka. Meredam segala kemarahan dan kekecewaan yang tersisa sejak bertahun lamanya. Ada rasa sakit yang menyerang. Berhadapan dengan Fedzriq yang mempunyai karekter dingin dan pendendam membuatkan Ain perlu lebih kuat.

"Aku tak buang kau. Aku cuma beri jarak supaya aku dan kau sama-sama dapat berfikir hala tuju perkahwinan kita. Memang masa tu aku tengah marah, tapi langsung tak pernah terdetik di hati aku nak lepaskan kau apatah lagi nak leraikan perlahwinan ini."

"Jarak yang awak cipta itu memang merenggangkan kita yang sememangnya sudah renggang. Jujur, tak ada apa lagi yang saya harapkan dari perkahwinan ini. Dari awal lagi, kita berdua sememangnya tak inginkan perkahwinan ini. Dan saya juga tak nampak perkahwinan ini akan berjaya.

"Kau tak boleh menilai kejayaan sesuatu perkara jika belum sampai ke penghujungnya, Ain. Kita sebenarnya masih berada di garis permulaan. Masih jauh lagi untuk kau membuat kesimpulan."

"Saya tak berhasrat untuk tunggu hingga ke penghujungnya dan saya ingin menamatkannya di ketika ini."

"Malangnya, kuasa menamatkan itu bukan pada kau, tapi hanya ada pada aku. Dan aku tak akan benarkan kau tamatkan apa yang kita dah mulakan melainkan kita sama-sama sampai ke penghujungnya."

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now