BAB 9 | Maid

21.5K 696 23
                                    

Ada sesuatu di fikiran Fedzriq. Puas dia menumpukan perhatian terhadap fail tender yang baru diberikan oleh setiausahanya. Namun fikirannya jauh melayang.

"Apasal dua tiga hari ni aku asyik fikir pasal dia je? Hish! Pelik dah aku ni." Fedzriq bermonolog seorang diri sambil memusingkan kerusinya ke kiri dan ke kanan.

'Kenapa wajah dia pula yang menghiasi hari-hari ku?'

Fedzriq mengaku sejak kecil dia tak pernah melayan Ain dengan baik. Jika mereka satu keluarga berkumpul di rumah neneknya, dia melayan sepupu-sepupu lain dengan baik. Berbual, bergurau, bermain tetapi dengan Ain dia tak mampu.

Pada awalnya, memang alasan yang diberikan hatinya adalah dia membenci sepupunya itu kerana mendapat sepenuh perhatian dari neneknya. Tetapi sebetulnya dia langsung tak boleh berdepan dan bersemuka dengan Ain.

Jantungnya berdegup pantas. Dadanya berdebar. Dia pelik kenapa dia seakan tewas bila merenung mata itu. Mata pemilik sebenar yang lebih awal mendebarkan hatinya.

Selepas Qaisara meninggal, mata itu telah diganti dengan kau. Aku tak boleh menerimanya.

Semua kebencian itu bermula dari sungai. Ya, sungai itu. Dia masih ingat setiap babak yang berlaku di sungai itu. Memang gambar yang dilihat oleh Ain di penthousenya sebelum mereka ditangkap khalwat dulu adalah gambar Ain ketika kecil.

'Tapi, Aku tak sangka kau boleh rancang sejauh itu. Empat tahun kau tiada di bumi Malaysia, buat aku aman dari rasa yang menyesakkan ini.'

"Tuan Fedzriq, tetamu dah sampai. Dia tunggu di bilik meeting". Setiausahanya, Wani masuk memaklumkan kehadiran tetamu yang dinantikan. Terus hilang segala yang difikirkannya sebentar tadi.

"Ok. Terima kasih" Fedzriq bangun dan menuju ke bilik meeting.

"Hai, Sorry. Dah lama tunggu?" Fedzriq menegur.

"Eh. Hai Encik Fedzriq. Saya baru saja sampai." Cik Ivy bangun melirik ke arah Fedzriq sambil tersenyum manis. Ini adalah pertemuan ketiga mereka setelah perbincangan di Johor Baharu berberapa bulan lepas.

"So, boleh kita mulakan?"

"Ya. Ini contoh rekaan bangunan yang kami ada. Setiap satu diperincikan dengan lebih spesifik supaya mudah Encik Fedzriq membandingkannya." Senyuman itu tak lekang dari mulut wanita itu. Mata yang menggoda itu melirik ke arah Fedzriq yang beriak selamba.

Selesai perbincangan, Ivy mempelawa Fedzriq untuk lunch bersama. Namun ditolak dengan baik oleh Fedzriq kerana dia perlu hadir ke Seminar di Putrajaya. Fedzriq tahu dan faham benar dengan lirikan mata yang diberikan itu.

***

Kereta dipandu laju membelah lebuhraya. Hari ini jumaat, jadi selepas solat jumaat dia agak terlewat untuk masuk ke office. Fedzriq berjalan pantas menuju ke ruangan yang menempatkan Ain. Fedzriq berdiri tegak di hadapan meja Ain.

Perlahan-lahan Ain mengangkat mukanya memandang tepat ke arah Fedzriq. Pandangan Ain seolah mengantar isyarat bertanya 'kenapa?' tapi Fedzriq pula yang tiba-tiba lemas dalam pandangan itu.

Ain kelihatan terlebih anggun dari kebiasaannya apabila mengenakan kemeja berwarna merah dipadankan dengan skirt labuh berwarna putih. Kulit Ain yang putih bak susu itu telah menyemarakkan warna merah baju yang dipakainya.

Mata yang redup itu terus memaku dengan mimik muka kebingungan.

"Eh, Tuan.. ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?" Miss Carol menegur pantas apabila terlihatkan susuk lelaki itu berdiri di situ.

"No, it's nothing. I just want to check pelatih praktikal ni. Is she okey here? Any problem or maybe she need something?"

"Dia okey, Tuan. Tugasan yang diberikan juga cemerlang dan siap on time."

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now