"Nanti aku ajar kau, cara untuk berani dengan aku." Lantas kucupan lembut dan hangat Fedzriq mendarat di pipi Ain. Fedzriq bangun sambil menarik tubuh Ain agar duduk kembali.

"Hantar air kat bilik aku okey." Fedzriq berjalan meninggalkan Ain yang kebingungan.

Baru Ain ingin bangun dari katil, Fedzriq berdiri semula di hadapan pintu Ain yang masih terbuka.

"Dia ada contact kau?"

"Siapa?"

"Buah hati kau yang tak sedar diri tu la."

"Dia bukan buah hati saya."

"Jawab soalan aku." Fedzriq sudah bercekak pinggang dengan riak mukanya yang serius.

Dia ni memang ada masalah split emosi ke? Baru sebentar tadi Fedzriq melayannya dengan baik dan lembut. Sekarang sudah bertukar garang dan tegas.

"Ada— tapi dia cuma minta maaf je."

"Malam nanti kita pergi tukar nombor phone kau."

"Kenapa pulak? Saya baru saja tukar number kan?"

"Okey, block number dia." Arahan ringkas dari Fedzriq membuatkan Ain sedikit terkaku.

"Awak ni jealous ke? Peliklah!"

"Siapa jealous? Tolong sikit. Aku nak lindungi kau."

"Lindungi? Dari segi apa?"

"Dari segi perangai kau yang boleh membawa ke kancah kemaksiatan."

"Bila masa saya buat maksiat?!" Ain pula yang bercekak pinggang.

"Dah.. Cepat siapkan air aku." Fedzriq berlalu pergi tanpa menjawab soalan Ain. Ain menghentak kakinya lalu turun menuju ke dapur.

***

Fedzriq menyanyi perlahan mengikut lagu yang berkumandang di corong radio. Happy pulak lelaki ini.

"Awak.. Saya nak balik rumah nenek hujung minggu ni. Saya rindu nenek." Ain bersuara perlahan. Takut permintaannya ditolak oleh Fedzriq.

"Aku macam mana?"

"Awak balik la rumah Mak Ngah. Kan selalu hujung minggu awak balik sana?"

"Mama, papa. Biasakan diri sebut panggilan tu depan aku. Dia orang sekarang dah jadi ibu dan bapa mertua kau." Tegur Fedzriq. Ain rasa bersalah pula kerana tidak menghormati panggilan untuk mertuanya.

"Err.. maaf.."

"Kau nak balik berapa hari?"

"Saya balik jumaat petang, ahad petang saya datang la sini semula."

"Kau datang sini semula sabtu petang." Fedzriq membuat keputusan.

"Alaa.. Saya nak tinggal lama sikit dengan nenek. Rindu..." Ain sudah merengek. Biarlah Fedzriq nak kata dia macam budak-budak atau apa. Rindunya pada nenek sentiasa menggebu.

"Kau buat lagi sekali suara macam tu, tahu la nasib kau." Fedzriq menjeling Ain sekilas. Fokus pemanduannya terganggu.

"Ish awak ni. Saya cakap benda betul.. Saya nak stay lama sikit dengan nenek."

"Tak boleh. Aku tak nak kau jauh lama-lama dari aku." Dia menggenggam streng dengan kuat. Postur badannya kelihatan stress.

"Kita nak ke mana ni?"

"Kita pergi makan dulu. Kau nak makan apa?"

"Saya ikut awak je."

"Okey." Fedzriq terus membelok masuk ke Sunway Putra Mall dan mula mencari parkir.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now