Air mata Ain menitik perlahan di pipi. Dia menghela nafas berat. Satu kebenaran yang pasti, dia tidak mampu keluar lagi dari penguasaan Fedzriq. Fedzriq benar-benar telah mengepungnya.

'Tapi aku juga berhak bahagia kan?'

Selesai membuat pembayaran, mereka berjalan menuju ke kereta.

Fedzriq tiba-tiba mengenggam tangan Ain ketika berjalan hingga Ain berhenti melangkah.

"Tak payahlah pegang." Kata Ain serius.

"Kenapa tak boleh?" Tanya Fedzriq.

"Kenapa nak pegang?" Tanya Ain pula.

"Saja."

Fedzriq menarik tangan Ain lagi. Kali ini lebih rapat sehingga badan mereka bersentuhan semasa berjalan. Serta merta degupan jantung Ain berdegup kencang. Mukanya kebas.

Kereta yang dipandu Fedzriq simpang menuju ke rumah sewa Ain. Ain dengan pantas menoleh ke arah Fedzriq.

"Nak ke mana ni?"

"Tengok wayang." Ringkas jawapan Fedzriq.

"Saya tak nak tengok wayang."

"Kau akan tengok wayang dengan aku hari ni." Fedzriq tersenyum senang. Puas boleh memaksa Ain.

"Haa.. Buat lah muka macam tu." Fedzriq memerhati muka cemberut Ain.

Fedzriq memilih untuk menonton cerita bergenre action and thriller,   'Jason Bourne'.

"Nak air apa?" Tanya Fedzriq apabila dia siap memesan set combo popcorn with two drinks.

"Ice lemon tea." Jawab Ain.

Mereka berpusu-pusu untuk masuk ke panggung yang padat memandangkan hari ini adalah hari pertama tayangan.

Beberapa kali tubuh Ain ditolak dari belakang. Entah sengaja atau tidak orang dibelakangnya itu menolak tubuh kecil Ain hingga Ain berdecit. Fedzriq menoleh memandang orang yang berada di belakang Ain. Lelaki itu hanya tersenyum kambing.

Fedzriq menarik Ain supaya berdiri di hadapannya. Jadi tak ada sesi tolak menolak lagi. Tangan Fedzriq memegang kejap tepi pinggang Ain hingga Ain terasa nafasnya seakan tersekat. Tetapi, memikirkan keadaan yang tak selesa kerana ramai orang, dia hanya membiarkan Fedzriq.

"Kenapa awak beli seat couple? Awak ni memang dah gila kan??? Saya tak nak duduk dekat dengan awak. Sana, jauh sikit." Ain memegang jantungnya yang dari tadi macam nak meletup. Macam baru tamat lari pecut. Penderaan emosi ni.

"Shhh. Kau ni cakap macam kita kat pasar. Sini!" Fedzriq merangkul bahu Ain agar mendekat dengannya. Ain yang terkejut terus berdiri.

"Saya nak balik."

"Ye la. Ye la.. Aku tak pegang kau. Dah la, duduk. Orang nak tengok movie ni. Kau tak pernah masuk panggung wayang ke?"

'Aku tak pernah masuk dengan lelaki! Kau tahu tak?!'

"Duduk la. Nak tengok wayang sambil berdiri ke? Malu orang tengok. Kalau macam tu aku berdiri sekali. Ke kau nak nyanyi lagu negaraku dulu sebelum movie start?" Fedzriq giat memprovok.

Ain duduk sambil merengus geram. Dianjak badannya agar menjauh dari Fedzriq. Hingga ada ruang di antara mereka. Fedzriq hanya menggeleng kepala sambil tergelak.

Sebaik sahaja cerita mula ditayangkan, semua diam memberi perhatian. Ain merapat ke tepi. Lelaki di sebelah kanannya tersenyum sambil mengangguk kepala.

Dia menoleh ke arah Fedzriq. Fedzriq hanya mengangkat keningnya. Mamat sebelah ni pun buat hal. Akhirnya Ain bersandar. Namun masih jauh dari Fedzriq. Tiba-tiba terasa tangan Fedzriq bertaut dengan tangannya. Segera dia menepis.

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now