***

Kakashi memerhati sekeliling. Bangunan-bangunan yang janggal dilihatnya.

"Kuso! Mana mereka hantar kita ni!" rungut Kakashi.

Kakashi membuat signal tangan. "Kichiyose No Jutsu." *Pakkun muncul.

"Yo Kakashi."

"Hmm... Aku masih boleh seru Pakkun. Pelik. Hmm.. Pakkun nah bau ni." Cebisan pakaian yang dijumpai di kampung Kirigakure.

Pakkun menciumnya. Dia cuba untuk mencari arah bau itu. Pakkun berkerut. Namun akhirnya dia menjawab jujur. "Gomen,Kakashi. Tak dapat dijejaki." jawab Pakkun sambil tertunduk.

Kakashi terdiam. "Hmm.. Tak pe Pakkun. Arigatou."

Pakkun tiba-tiba terbau sesuatu. "Kakashi,Naruto!

Kakashi bangun. Dia melepaskan nafas berat. Naruto buat hal lagi lah ni, bisiknya.

***

"Tombak Halilintar! Hiyargh!!! Booommmmm!!"

"Wow. Sugoi." bisik Naruto.

"Budak tu boleh guna api,air,tanah dan angin. Kesemua empat elemen! Menakjubkan!!" bisik Shikamaru.

"Tambah lagi, bunshin dia nampak kuat. Setiap bunshin ada satu elemen." kata Lee pula.

Naruto merenung budak lelaki yang memakai baju oren itu.

"Dia sangat hebat." gumam Naruto.

Naruto memandang Shikamaru. "Apa kata...."

Cakap Naruto dipotong. "Tegur mereka? Lepastu apa? Supaya dia dapat bunuh kita? Naruto, kau tak nampak ke mereka tu hebat macam mana." bidas Shikamaru.

Lee melepas nafas berat. "Tapi.. Aku tak rasa mereka jahat. Kan Naruto? Ehhh? Shikamaru,Naruto..." kata Lee sambil terlopong.

Shikamaru melihat ke kirinya di mana Naruto berada. Dia menepuk dahi. "Aduh! Mana pulak budak ni pergi!!! Jangan-jangan.."

Naruto berjalan melalui semak. Akhirnya dia mendekati kumpulan budak itu. "Baiklah!" Naruto memunculkan diri.

"Itu.. Ituu..." budak lelaki berbadan gempal terketar-ketar mahu menyambung ayatnya.
"Borara!" sambung budak berambut hitam-ungu itu dengan kasar. "Mari!" katanya sambil menoleh ke budak lelaki berbaju oren.

Naruto bingung? Aik! Borara? Siapa tu? Entah lah. Tak pe lah. Aku tegur jelah.

"Ohayo! Kamu semua memang hebat! Apa nama kamu semua!" jerit Naruto.

***

Boboiboy dan rakan-rakan ternganga. Mereka semua acah-acah pengsan. "Kecepukkk!!" semua jatuh.

Gopal bangun sambil mengosok kepalanya. "Haih.. Bila masa pula lah Borara ni belajar bahasa jepun ni. Dah tu ceria semacam pula tu."

Yaya pun bangun. "Haah lah. Tiba-tiba je muncul balik. Bukan ke dia dah kena tangkap hari tu?"
"Ini mesti budak kecik haritu pun geng dia. Eii! Tak guna betul!" sambung Ying.

Boboiboy bangun. Sinaran matahari tidak begitu cerah hari tu. Ditepuknya bajunya yang berhabuk itu. "Heh! Tak kisah lah! Kalau dia nak kalah lagi. Cubalah lawan aku. Hiyarghh! Keris Petir!"

Boboiboy berlari menyerang 'Borara' dengan keris petirnya. Borara terkejut.

"Nah rasakan!!!!"

***

Shikamaru mengeluh. "Alamak-alamak apa aku nak buat ni."

Lee memujuknya. "Sabar dulu. Kita tengok apa jadi."

Naruto VS BoboiboyWhere stories live. Discover now