Bab 34

5.2K 244 27
                                    

Adam Hafeizul menongkat dagu dengan menggunakan kedua -dua tangannya sambil memandang wajah yang berada di hadapannya tanpa berkedip langsung. Gadis itu sudah terasa tidak selesa. Tangan Intan Natasha mula melambai - lambai di hadapan wajah kacak bekas gurunya itu.

" Cikgu... " Panggil Natasha setelah dia tidak berasa selesa apabila ditenung seperti itu oleh lelaki itu. Adam Hafeizul tersentak apabila mendengar Natasha memanggilnya dengan gelaran ' cikgu ' .

" Cikgu? " Soalnya kepada Intan Natasha dengan kerutan di dahi .

" Dulu saya tak pernah hormat cikgu macam cikgu saya. Sekarang bila dah besar, saya dah mula rasa menyesal. " Ujarnya lembut sambil melemparkan senyuman kepada lelaki itu. Rindunya dia pada bekas cikgu praktikalnya ini. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia memeluk lelaki ini sehingga lelaki ini mati di dalam pelukannya. Eh?

" Sekarang dah besar lah ye? " Soal Adam lagi dengan kening yang terangkat. Bibirnya sudah mengukir senyuman nakal. Tak banyak berubah pun budak ni. Tetap comel macam dulu je. Desis hati lelaki Adam Hafeizul.

" Yup. " Natasha hanya mengangguk kecil sambil menyedut air chocolate latte yang dipesan semula oleh Adam setelah yang dipesannya tadi tertumpah di atas lantai. Bila teringatkan kejadian tadi, dia rasa menyesal pulak pakai high heels hari ni. Heh.

" Tapi sekarang saya taknak awak panggil saya cikgu lagi. "

" Ha? " Natasha sudah menganggak muka menghadap wajah lelaki di hadapannya itu. Bila aku dah menyesal, dia tak nak aku panggil dia cikgu pulak? Dulu bukan main lagi. Gerutunya di dalam hati.

" Awak hormat saya sebagai bakal suami awak sudah lah. " Adam Hafeizul mengenyitkan sebelah matanya kepada Intan Natasha. Natasha yang ketika itu sedang menyedut minuman tersebut terasa seperti baru sahaja menelan penyebut minuman. Tekaknya serta merta terasa pahit. Dalam diam dia menyembunyikan senyuman terhadap lelaki itu.

" Dari dulu sampai sekarang, muka tu selalu merah kalau saya usik. " Usik Adam lagi setelah dia menyedari bahawa wajah Natasha sudah merah menahan malu. Ceh! Kalau suka cakap suka. Jangan lah diam nanti awak yang melepas. Ujarnya di dalam hati. Hailah, Tasha.

Spontan dengan itu, Intan Natasha terus memegang wajahnya setelah lelaki itu mengatakan mukanya suka merah sebentar tadi. Adam yang melihat tindakan Natasha terasa kelakar dan terus sahaja ketawanya meletus.

" Tak kelakar lah, cikgu. " Balas Natasha sambil memutarkan bebola matanya ke atas. Bibirnya mencebik . Sengaja perkataan ' cikgu ' itu ditekan olehnya.

" Jangan lah panggil saya cikgu. "

" Habis tu? "

" Sayang. " Ketawanya sudah meletus sekali lagi apabila Natasha sudah memaparkan wajah menyampahnya. Rindunya! Teriak hatinya.

" Jangan nak macam - macam eh Adam. "

" Actually , saya ada banyak benda yang nak tanya ni. "

" Yes, just go with your questions."

" Kenapa awak hilang? " Ucapnya dengan nada yang serius. Matanya kini diberikan sepenuhnya fokus pada wajah cantik di hadapannya itu.

" Saya dah cuba nak bagitahu awak. Tapi phone awak selalu sangat off. " Ujarnya perlahan. Nafasnya dihembus perlahan. Satu keluhan kecil dilepaskan.

" Okay then? "

" Lepastu saya frust gila dengan awak. Sampai lah masa saya nak pergi Cambridge haritu saya patahkan sim kad and tukar dengan yang baru. " Ujarnya separuh ketawa. Bila teringatkan kembali cara dia frust dengan Adam Hafeizul memang kelakar. Cara dia patahkan sim kad tu pun dah macam lagak orang putus cinta je. Kepalanya digelengkan beberapa kali apabila mengenangkan peristiwa tersebut.

" Frust sangat lah ye? " Adam menaikkan sebelah keningnya ketika dia menghirup air vanilla shake yang dipesannya tadi dengan penyedut minuman. Apabila dia terperasankan wajah Natasha sudah bertukar menjadi buah tomato, otaknya makin ligat mengeluarkan idea nakal untuk mengenakan gadis itu.

" Selalunya kalau sampai patahkan sim kad tu macam dah orang putus cinta je? "

" Merapu lah.. " Intan Natasha sudah menjeling bekas gurunya itu. Dari dulu sampai lah sekarang lelaki ini selalu merapu. Agaknya memang dia dilahirkan dengan sifat yang begitu kut? Fikirnya di dalam minda tanpa sedar.

" Ha! Mengelamun. " Krim vanilla yang dijadikan topping untuk minuman sejuk lelaki itu dicalit sedikit ke atas hidung mancung Intan Natasha. Serta - merta gadis itu membuka matanya luas.

" Apa awak buat ni? " Dia mengcapai sehelai kertas tisu dan terus sahaja mengelap krim tersebut dengan wajah cemberut. Adam yang melihat reaksi gadis itu hanya ketawa kecil.

" Siapa suruh mengelamun? Saya dah ada depan mata kan... "

" Ha? " Natasha menayangkan wajah polosnya buat lelaki itu.

" Buat apa awak mengelamun lagi sedangkan orang yang awak mimpikan ada depan mata? " Kata - kata Adam Hafeizul hanya mendapat wajah polos Natasha sebagai balasan. Budak ni memang takde perasaan ke? Soalnya di dalam hati kepada dirinya sendiri.

" Faham ke tak ni ? " Soalnya semula apabila melihatkan reaksi Natasha hanya mempamerkan riak polos di wajahnya sahaja. Aku bagi pickup line ni kut.

" Faham je. "

" Mana respons awak? " Soalnya lagi setelah wajah yang sama ditayangkan oleh Natasha apabila dia menanyakan soalan tadi.

" Perlu ke awak tanya faham ke tidak sedangkan awak tahu saya selalu mimpikan awak? "




Lama tak aku menghilang tanpa khabar berita ?😢 huhuk . Aku sebenarnya rindu gila dekat Adam Hafeizul. Memandangkan diaorang sudah bertemu kembali. Aku akan Pastikan korang semua akan angau balik dekat lelaki pujaan hakak tu. Angau je. Ambik tak boleh. Sebab Adam aku punya 🌚

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now