Bab 31

5.2K 266 48
                                    

Tiga tahun kemudian...

Langit bumi England itu dipandang lama oleh Intan Natasha yang ketika itu sedang duduk sambil memeluk kedua - dua lutut miliknya. Fikirannya ketika itu sedang jauh berterbangan di ruang angkasa yang telah meninggalkan jasadnya di situ. Sejak akhir - akhir ini dia selalu termenung seorang diri sehingga lewat malam. Kalau dekat Malaysia, situasi macam ni orang akan cakap baru lepas putus cinta. Tapi sekarang ni, dia bukannya putus cinta. Nak putus cinta macam mana? Cinta hati pun berada jauh di tanah air sana. Eh?

" Tak elok anak dara macam Tasha ni termenung sorang - sorang dekat sini. " Suatu suara garau telah menyedarkan Intan Natasha daripada lamunannya tersebut. Cepat - cepat Natasha membetulkan kedudukannya di atas kerusi batu itu. Dia telah menurunkan kakinya dan duduk lebih sopan daripada tadi. Kalau tadi dia duduk memeluk lutut, kini dia sudah duduk sambil menyilangkan kedua - dua kakinya.

" Grand Kie tak tidur lagi? " Soal Natasha kepada lelaki tua di sebelahnya itu. Senyuman manis dilemparkan kepada lelaki tersebut.

" Macam mana nak tidur kalau asyik Nampak Tasha termenung je. " Lelaki itu berhenti seketika daripada menyambung kata - katanya untuk menarik sedikit nafas sebelum menyambung semula ayatnya.

" Tasha ada masalah ke? " Tanya Grand Kie sambil merenung ke arah cucu perempuannya itu yang ketika itu sedang merenung langit tanpa menghiraukannya disini.

" Intan Natasha.. Dengar tak ni ? " Soalnya lagi apabila soalannya tadi dibiarkan menyepi oleh Intan Natasha sambil melambaikan tapak tangannya ke arah wajah tersebut.

" Ha? Grand Kie tanya apa tadi? " Natasha baru sahaja tersedar dari lamunannya itu dan telah kembali ke alam nyata. Badannya disandarkan pada bahagian belakang kerusi batu tersebut untuk mencari posisi yang lebih selesa ketika itu.

" Grand Kie tanya, Tasha ada masalah ke? " Soalan yang diajukan oleh lelaki tua itu telah mengundang ketawa kecil daripada Intan Natasha.

" Eh budak bertuah ni. Grand Kie tanya dia boleh pulak ketawa. " Sambung lelaki itu lagi apabila soalannya sekali lagi dibiarkan menyepi tanpa jawapan tetapi riuh dengan ketawa daripada gadis itu.

" Dalam dunia ni kan Grand Kie, orang gila je yang tak ada masalah. " Balas Intan Natasha sambil meneruskan lagi tawanya itu. Entah apa yang lawak pun dia tak tahu. Tiba - tiba sahaja dia rasa benda tu lawak untuk dia ketawa sampai macam ni sekali.

" Tasha ada sembunyikan sesuatu daripada Grand Kie ke? " Soalnya terus kepada isi utama yang hendak ditanya olehnya tadi. Kalau tadi dia cuba untuk berkias - rias dalam bicaranya , tetapi kini dia sudah terus kepada soalan utamanya sejak soalan yang berkias - rias tersebut dijadikan bahan lawak oleh cucunya itu.

" Kenapa Grand Kie tanya macam tu? " Ketawa gadis itu sudah mati apabila mendengar suara garau tersebut bertukar menjadi tegas . Dia tahu kali ni Grand Kie serius dan tidak main - main.

" Grand Kie ni dah tua. Macam - macam dah yang Grand Kie hadap dulu masa seusia dengan Tasha dulu. "

" Grand Kie... " Panggil Intan Natasha setelah mereka berdua hanya diam - membisu buat seketika waktu tadi. Grand Kie memalingkan wajahnya untuk menghadap wajah gadis itu. Dia hanya melemparkan senyuman manis kepada Intan Natasha ketika itu.

" I miss Malaysia. " Natasha berhenti seketika daripada menyambung ayatnya dan melentokkan kepalanya pada bahu datuknya. Kemudian, dia meneruskan lagi kata - katanya.

" Yes, I'm really miss Malaysia. " Sambungnya lagi. Sambungan kepada ayatnya itu mengundang tawa daripada Grand Kie. Natasha sudah mengangkat kepalanya dan memandang ke arah datuknya itu dengan wajah yang berkerut. Apa yang lawak sangat ni?

" Tasha tak buat lawak lah. " Natasha mencebik bibirnya. Apa kena dengan orang tua ni . Aku tak buat lawak pun. Intan Natasha sudah mengata Grand Kienya di dalam hati. Ahaks!

" Are you sure that you miss Malaysia? " Soal Grand Kie dengan senyuman sinis. Sebelah keningnya sudah terangkat - angkat dengan senyuman senget tersebut. Keluarga ini memang handal kalau bab - bab senyum senget ni. Sekali dia buat senget, habis segala jenis anggota dekat muka senget sekali. Ahaks!

" Betul ke rindu Malaysia? Ke rindu orang dekat Malaysia. " Tambahnya lagi dengan wajah yang sinis. Natasha di sebelah sudah mati kata. Rindu Malaysia konon. Grand Kie sudah menjuihkan bibirkan ke depan.

" Apa Grand Kie ni. Tasha betul - betul rindukan Malaysia lah! " Natasha menafikan kenyataan tersebut. Wajahnya sudah dimasamkan tandanya betul - betul dia rindukan Malaysia. Bukan rindukan Adam Hafeizul. Eh?

" I think you should go. Lagipun dah lama Tasha dekat sini. " Ujar lelaki itu sambil merenung ke dalam anak mata cucu perempuannya itu.

" Grand Kie halau Tasha ke? Sampai hati... " Intan Natasha sudah menunduk memandang tanah. Suaranya juga sudah bertukar menjadi sayu. Dia tidak menyangka kehadirannya di sini tidak disukai oleh lelaki itu.

" Bukan lah! " Telinga gadis itu sudahpun dipiat olehnya. Lain kali jangan nak menyampuk kalau orang tua - tua tengah bercakap.

" Tasha dekat sini dah hampir tiga tahun kan? Takkan lah Tasha taknak balik Malaysia langsung. Lagipun tadi Tasha yang cakap Tasha rindukan Malaysia. " Dia memberhentikan seketika kata - katanya dan menarik nafas sebelum menyambung semula kata - kata tersebut.

" Grand Kie tengok Tasha pun dah banyak berubah sejak duduk sini. Sejauh mana pun kita merantau, asal usul jangan kita lupa , Tasha. " Intan Natasha hanya mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh lelaki itu. Ada betul jugak apa yang Grand Kie cakap tu. Walaupun dia bukan sepenuhnya anak Malaysia. Tetapi papanya ialah orang Malaysia dan dia telah pun dibesarkan di Malaysia walaupun dirinya dilahirkan di Turkey. Alasan itu sudah cukup kukuh untuknya kembali semula ke Malaysia.

" Lagipun, tak semua orang akan tunggu kita . "

" Apa maksud Grand Kie? " Sebaris ayat terakhir yang dituturkan oleh lelaki itu telah menyebabkan wajahnya berkerut apabila memandang wajah lelaki di sebelahnya itu.

" Tasha dah cukup dewasa untuk fikir apa yang Grand Kie cuba sampai. " Ketika gadis itu datang ke sini usianya ketika itu ialah 17 tahun. Dia percaya kalau ketika itu dia membicarakan tentang hal sebegini pasti Natasha tidak akan mengerti. Tetapi kalau sekarang, usia gadis itu sudah pun mencapai 20 tahun. Tidak mungkin bagi gadis itu jika dia tidak memahaminya lagi.

" Grand Kie harap, apa yang Grand Kie katakan tadi Tasha boleh fikir betul - betul. " Ujarnya dengan senyuman manis sambil mengusap perlahan rambut cucunya itu. Kemudian dia bangun untuk mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah.

" Tasha jangan masuk lambat sangat. Tak elok duduk sini sorang - sorang. " Pesan Grand Kie semasa dia telah memulakan langkahnya yang pertama . Natasha hanya mengangguk perlahan sambil menghantar langkah datuknya itu dengan ekor mata.

Setelah bayangan datuknya tidak lagi kelihatan, dia melepaskan satu keluhan kecil daripada bibirnya.

" Tak semua orang akan tunggu kita? " Ayat terahkir yang diucapkan oleh Grand Kie disebutnya semula. Adakah Grand Kie tahu tentang Adam Hafeizul? Banyak persoalan yang tidak masuk dek akal berlayar di fikirannya ketika itu.

" Kalau saya balik Malaysia, adakah awak orang pertama yang akan saya jumpa nanti? " Ujarnya perlahan. Anak matanya sudah jauh merenung langit yang berwarna hitam pekat ketika itu. Terdapat banyak bintang yang bertaburan di atas sana. Sama seperti jumlah soalan yang bermain di fikirannya saat ini . Adakah? Akankah? Pastikah? Semua kata soal tersebut sedang bertaburan di dalam fikirannya ketika ini.

" Tak mungkin. Tiga tahun sudah berlalu. " Tidak mungkin untuknya jika lelaki itu masih mengingatinya lagi sehingga sekarang. Atau lebih tepat masih menunggunya lagi.

" Saya rindu awak, cikgu Adam. "











*Ada orang baca lagi tak cerita ni? Dah berzaman aku tak update 😂 jalan cerita dia pun aku dah banyak lupa. Okay tak bab ni? Ka kurangg? Kalau ada yang terkurang ka ada yang terlalu typical malaysian novel ke korang semua boleh lah komen.

Sorry kerana lama menghilang. Hahaks! Btw Intan Natasha nak balik Malaysia dah!

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now