Bab 1

11.4K 358 4
                                    

Langit biru terbentang luas di bibir angkasa . Awan putih penuh menghias langit biru . Sesekali angin pagi melambai halus . Burung - burung bebas terbang ke sana ke mari mencari makanan . Sungguh asyik permandangan dari atas bumbung sekolah . Intan Natasha terpegun dengan ciptaan tuhan yang maha esa .

Intan Natasha terus baring berbantalkan lengan beralaskan lantai bumbung sekolah . Natasha memandang terus ke langit . Tenang . Sungguh tenang .

' Oh ! ' Natasha terus bangun terduduk . ' Aku lupa ! ' Berkali - kali dia tampar dahi . Kalau boleh dikira ada lah dalam tiga kali . ' berkali - kali ' itu hanya metafora sahaja .

Natasha segera berdiri dan terus melangkah ke arah pintu . Tombol pintu dipulasnya . Kain sekolahnya di angkat sehingga paras lutut , takut - takut jatuh tangga dek terpijak kain sekolah . Dengan langkah seribu Natasha turun tangga . Sampai sahaja di anak tangga terakhir , dia terus berlari pergi ke kantin . Sepanjang perjalanannya ke kantin , banyak mata - mata yang tertumpu padanya . Ada juga yanh berbisik - bisik dan tersengih - sengih .

' Dah kenapa ? ' Natasha memusingkan bola matanya . Bukan dia tak tahu . Pelajar - pelajar di sekolah semua pantang jumpa benda yang lawa - lawa . Confirm menjerit melalak macam kena histeria . Natasha , seorang gadis yang tersangat lah selekeh . Siapa tak kenal dengan Natasha ? Intan Natasha anak orang jutawan tapi berperangai pelik tu ? Satu sekolah kenal . Hampir 99.99% warga sekolah menganggapnya gila . Cuma dia tak berada di Hospital Bahagia ja .

' Ergh ! Tengok - tengok aku kenapa ? ' Gerutu hati Natasha . Dah macam katak puru dah hati dia punya dok marah dalam hati . Ha tu diaaa aih . Perak mai dah !

' Awak ! '

' Awak ! Awak ! ' Diulangnya sekali lagi setelah panggilan pertamanya dibiarkan sepi .

Natasha pusing kepalanya ke belakang . ' Kau panggil aku ke ? ' Soal Natasha kepada sesorang dengan muka blur . Rimas dengan jeritan awak awak . Ingat ini lagu awak kat mana ? Awak kat mana ka ? .

' Er . Aw ' Belum sempat lagi si dia menjawab . Pantas sahaja Natasha memotong percakapannya . ' Pejabat dekat hujung sana . Kau nampak signboard kiri . Kau masuk kiri . Kau straight jaa jangan belok - belok . Lepastu kau straight lagi sampai kau jumpak satu bangunan besar . Tu la pejabat . ' Terang Natasha panjang lebar mengenai laluan ke pejabat sekolahnya . Sekali lagi . Natasha hanya menunjukkan riak blur persis orang baru bangun tidur .

' Bukan , bukan . Saya cuma nak cakap yang awak . Err . Kain awak tu . ' Jari telunjuk dihalakan ke arah kaki Natasha .

Mata Natasha tunduk mengikut arah yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut . Pada ketika itu , dunia Natasha berubah serta - merta . Terasa bahang seperti berada di dalam rumah api . Pembetulan . Bukan rumah api di tepi pantai itu , tapi ini rumah yang dipenuhi api , yang diperbuat daripada api . Muka Natasha merah menyala . Malu barangkali . ' patutlah . Dia orang pandang aku lain macam ja . ' Detik hati Natasha .

' Err . ' Natasha terus berlari masuk ke dalam tandas perempuan . Malu , malu , malu . Natasha memang dikenali di sekolahnya dengan gelaran ' minah selebek ' , akan tetapi , perempuan mana yang tak malu kalau pakai kain paras lutut lepastu ditegur oleh seorang lelaki ? Jatuh saham !

Tergelak kecil lelaki tersebut melihat gelagat Natasha yang malu - malu kucing .

' Encik Adam . . . '

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now