BAB 16 | Sukarela

Start from the beginning
                                    

Fedzriq bergegas keluar dari bilik itu dan berjalan pantas menuju ke pintu utama.

Menjengah draft report atas meja yang telah siap diprint, Ain bernafas sedikit lega. Selepas menghantar draft laporan itu pada Encik Nazmi, iaitu pegawai yang menyelianya, laporan itu sudah boleh di emel kepada pensyarahya jika tak ada sebarang pembetulan.

Masalahnya sekarang adalah dia berasa malas mahu berhadapan dengan Encik Nazmi. Ini kerana jika berbual dengan Encik Nazmi, lelaki itu gemar memberikan ayat-ayat puitis dan pick up line yang amat menyeramkan hatinya. Boleh dikatakan Encik Nazmi itu dalam kategori lelaki jiwang.

"Cik Ain?" Seseorang menegurnya.

"Ya, saya." Ain bangun berdiri dan menghulurkan senyuman. Dia kenal wanita itu. Cik Wani, setiausaha Fedzriq.

"Ni.. Tuan minta saya beri pada Cik Ain." Beg kertas bertukar tangan. Ain menjenguk sedikit ke dalam beg kertas tersebut.

Seluar slack.

"Terima kasih, Cik Wani."

"Panggil Wani saja. Sama-sama." Wanita itu senyum mesra sebelum melangkah meninggalkan Ain. Ain mencapai seluar tersebut yang masih mempunyai tanda harga.

'Dia minta siapa belikan ye? Takkan Cik Wani yang keluar belikan?'

Kaki melangkah ke ruang tandas. Seluar itu disarung ke tubuhnya. Muat-muat. Dan kena dengan citarasanya.

Keluar dari tandas, miss Carol tercengang melihat penampilan Ain. "Mana skirt tadi?" Tanya Miss Carol.

"Hah? Err simpan. Sebab ketat sangat." Ain menggaru tengkuknya kerana berasa segan.

"Ain, nak tanya sikit lah. Since berita ni kecoh sejak pagi tadi." Ain sudah berasa tak senang hati.

"Berita apa?"

"You dengan Big Boss ada apa-apa ke? Sebab ramai staff nampak dia tarik tangan you pagi tadi. Bukan hari ni je, sebelum ni pun ada dia tarik tangan you di lobby." Ain terkesiap. Matanya terkebil-kebil melihat Miss Carol.

"Se— Sebenarnya saya sepupu dia. Anak saudara Dato' Dahlan. Maaflah. Fedzriq tak nak staff lain tahu sebab saya masih praktikal." Ain berterus terang dalan keadaan serba salah.

"Laa.. ye ke? Nasib saya tak ada kutuk-kutuk boss tau." Miss Carol cuba berlucu. Ain tergelak kecil.

"Miss Carol jangan beritahu staff lain tau." Ain berpesan lagi.

"No worries la." Miss Carol tersenyum.

Selepas makan tengah hari, Ain berjumpa dengan Encik Nazmi untuk menghantar draft laporan.

Pintu diketuk dua kali, kelihatan lelaki itu sedang menaip sesuatu di komputer.

"Maaf, Encik sibuk ke?"

"Ya, Jodoh masa depan ku, masuklah.." Encik Nazmi tersenyum lebar.

'Kan aku dah kata.. bahasa dia sungguh membuatkan aku tak selesa.'

Ain melangkah malas berdiri di hadapan lelaki itu.

"Duduklah. Naz tak busy pun. Ada apa? Rindu Naz ye?"

My Parfait Love ✔Where stories live. Discover now