PERTANYAAN

14 1 1
                                    

Aku manusia. Ada perasaan. Ada sifat ingin tahu. Pernah jatuh cinta. Tetapi leka dengan aktiviti sosial zaman sekarang. Aku budak 16 tahun. Seorang perempuan. Aku kecewa dengan diriku kerana main-main dengan agama Allah. Aku jarang menunaikan perintahNya. Aku terlalu sibuk fikir pasal sekolah. Dunia. Sampai tak tahu tanggungjawab sebagai umat Islam.

Dan pada satu hari, aku tetiba keluarkan air mata bila hujan, kilat menyambar. Aku takut. "Adakah dunia akan kiamat?" "Adakah sekejap saja aku hidup di dunia ?" Aku menjadi seram sejuk. Aku risau pada ibu bapaku yang belum pulang daripada meniaga. Mereka selalunya pulang lewat malam. Aku pun mula menangis keseorangan. Di dalam bilik aku menangis sambil mengingati kedua ibu bapaku yang sedang mencari duit untukku. Mereka bersusah payah untuk menyekolahkanku, membesarkanku menjadi anak yang berguna. Tiba-tiba aku terbuka hati ingin solat hajat dan solat taubat. Selepas solat, aku pon terfikir "Adakah ibu bapaku ok?" "Adakah mereka sudah makan?" "Adakah Allah akan sentiasa melindungi ibu bapaku?" Dan aku pun teringat kata-kata ustazku "Allah sentiasa ada untuk manusia, Allah sentiasa perhatikan kita cuma kita yang kadang-kadang mengingati Allah." 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 21, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The BeginnerWhere stories live. Discover now