PHL - Bhg x.1

855 52 14
                                    

Lara dikejarkan ke hospital. Ahli keluarga diselubungi debar. Ibu apatah lagi. Penuh pelbagai rasa. Anak yang dikasihi sepenuh hati berulang kali cuba membunuh diri. Lara kemurungan. Permintaan dan kehendak diri ditolak mentah-mentah. Puas memujuk. Puas merayu. Kata mereka Lara salah. Lara Buta. Lara terlalu ikutkan hawa nafsu. Tolonglah, Lara tidak begitu. Lara cuma tahu dan mahu. Mencinta dan dicinta. Kami serasi, kenapa halangi kami?

Sebulan Lara tidak dibenarkan keluar rumah. Sebulan itu juga Lara bermandikan air mata. Mengunci diri merenung kekasih yang dirindui. Menanti dia membawa Lara lari jauh bersama. Lara separa gila. Banyak menangis kadang ketawa. Menangis kerana cinta hilang tanpa berita. Ketawa bila mengenangkan memori mereka berdua. Pabila rindu mengacau jiwa Lara menjerit sepenuh rasa. Biarlah satu taman tahu derita yang dirasa. Fikir Lara apa guna hidup lagi kalau tiada yang memahami. Lebih baik dia pergi memandangkan cinta tak kembali.

Pintu ICU terbuka. Ahli keluarga Lara meluru berjumpa doktor. "Bagaimana keadaan anak saya doktor?"

"Alhamdulillah, anak makcik selamat. Sekarang dia masih belum sedarkan diri. Sejam kemudian makcik dan keluarga boleh masuk ke wad melawat anak makcik ya."

"Terima kasih doktor. Kami juga mohon maaf kerana berulang kali menyusahkan pihak hospital." Sampuk Azim, abang Lara.

"Itu telah menjadi tanggungjawab kami. Kami usahakan apa yang sepatutnya. Selebihnya atas keizinan dan kasih sayang Pencipta. Encik Azim boleh ikut saya sebagai wakil keluarga bagi mengetahui lanjut keputusan hospital?"

"Boleh doktor. Doktor jalan dulu dan saya akan menyusul kemudian." Minta Azim. Doktor setuju dan pergi. "Zam bawa ibu rehat di kantin dulu." Arah Azim kepada Izam, abang ngah Lara. "Ibu ikut Izam ke kantin ya. Nanti selepas selesai perbincangan dengan doktor kita jumpa di wad Lara."

Ibu Lara bersetuju. Lalu Azim melangkah pergi menemui doktor. Manakala Izam memimpin ibunya pergi ke kantin kerana belum masa untuk melawat Lara di wad.

Jade Taj 1605-P2-02

Pelangi Hati LaraWhere stories live. Discover now