Bab 34

8.5K 214 2
                                    

Belon-belon kecil yang baru sahaja ditiup kini boleh dilihat pada pintu hadapan rumah Fakree dan Hafifah. Maklumlah majlis baby-shower untuk anak yang paling sulung. Alhamdullillah, kini kandungan Hafifah sudah menjangkau 8 bulan setengah dan tiba-tiba sahaja dia boleh melahirkan. Tak cepat sangatkah masa berlalu? Baru kelmarin dia rasa dia berkahwin. Tetapi kini sudah ada manusia baru yang bakal hadir dalam hidupnya.

The picture of the balloons

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

The picture of the balloons.

Hafifah tersenyum sambil mengusap-usap perutnya, "Zahirah dengan yang lain-lain bila datang?" Soal Fakree sedikit kalut. Banyak lagi yang dia tak buat untuk baby shower pada petang nanti.

Sekarang ni dia cuma berharap keluarga dia datang awal dan turut membantu. Nak harapkan emak mengandung ni? Jangan haraplah. Tapi ada jugalah Hafifah membantu, jadi tukang taster untuk buffet petang nanti.

"Rasanya dalam perjalanan kut. Diorang kata nak datang awal."

Fakree mengangguk tanda mengerti. Hari minggu begini memang baguslah sahabat-sahabatnya itu datang ke mari. Ada juga faedahnya. Ada juga pahalanya.

"Assalamualaikum..." Jerit Zahirah dari luar rumah lantas menyedarkan suami-isteri itu dari perbualan mereka yang tidak seberapa rancak.

"Waalaikumusalam, masuklah. Pagar tak berkunci." Jerit Fakree. Dengan tidak semena-mena Zahirah terus menyergah masuk. Ala, macam tak biasa. Buat macam rumah sendirilah!

"Korang ni, kalau kena culik macam mana? Pintu pagar tak berkunci, pintu rumah terbuka luas. Ei korang ni, kalau dah kena rompak ke kena culik nanti baru nak menyesal.."

Lantas Hafifah berdiri dan menutup menutup mulut Zahirah dengan kedua-belah tangannya.

"Dah-dah cukup, aku taknak dengar lagi. Pening kepala aku ni, kang terberanak dekat sini sebab terdengar suara kau yang merdu tu. Kitorang ni tengah tunggu kau dengan yang lainlah, lambat sangat. Kitorang tak cukup tangan nak guna. Husband kau mana?" Kata Hafifah sambil memandang sekeliling, takkanlah si pendek ni datang seorang. Kaki dia mana panjang nak capai gear?

"Kaki aku ni boleh capai gearlah!" Rungut Zahirah sambil membuat wajah tidak puas hati.

"Lah, aku cakap kuat-kuat ke tadi?"

Zahirah menjeling. Rasa terguris-guris hati dia ni tahu tak!

"Tak payahlah sensitif sangat." Pujuk Hafifah apabila melihat muka Zahirah yang masam mencuka tetapi Zahirah masih diam.

"Assalamualaikum..." Sapa Azwanul Othman dari luar.

"Waalaikumusalam, bro!" Balas Fakree lalu menjemput Azwanul masuk, mereka sempat bersalaman sesama sendiri.

"Janganlah macam ni, tak pernah-pernah kau sensitif bila aku bahan kau macam ni. Jangan-jangan kau...."

"Jangan-jangan aku apa?" Soal Zahirah cemas.

Sir.... I am in love with YOU!  ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin