Bab 22

8.2K 292 18
                                    

"Hey..... kenapa ni?" Soal Adrian, terkejut.

Batrisya hanya mendiamkan diri. Adrian sekadar mengangguk tanda mengerti yang Batrisya ingin berdiam diri. Tiba sahaja dihadapan rumah sewa Batrisya, gadis itu menyalam tangan Adrian dan terus berlalu pergi. Tanpa sebarang suara.

Adrian mengeluh kecil, apa pula kali ni? Mukanya diraup lembut.

Rumah sewa Batrisya ditinggalkan, Adrian memandu dengan hati yang gelisah. Ah, susahnya nak faham isi hati perempuan. Kejap ok, kejap tak ok. Apalah nasib!

      ******

Claire yang berada di sebuah shopping complex sedang menunggu ketibaan Que, harap lah dia ada!

15 minit kemudian, Claire masih lagi bersabar menanti. Nasiblah Que segera bergerak ke arah Claire, dan menegur.

"Hi, Claire!" Sapa Que dengan ramah.

"Hi, Que. Lambat you datang, penat kaki I tunggu."

"Sorry, jalan jammed tadi."

"Oh macam tu." Claire mengangguk tanda mengerti, tapi matanya melilau ke tempat lain.

"Cari siapa?" Soal Que apabila anak mata Claire bergerak bagaikan sedang tercari-cari.

"You jalan sorang?"

Que mengangguk, habistu? You nampak I jalan berdua ke? Hahahahaha oh! Baru dia teringat pasal 'seseorang'.

"Adrian kata dia tak dapat pergi sebab busy." Dan dialah orang yang menelefon Adrian tadi pada babak bab 21, sewaktu telefon Adrian berbunyi ketika berjumpa dengan Jenna.

Claire membuat muka sedih.

"Oh macam tu."

"Kenapa? You tak suka jalan dengan I?"

"Eh, suka. Siapalah yang tak suka, you ni dah lah handsome, tinggi. Package!" Claire ketawa padahal hatinya sayu.

Que mengangguk tanda setuju, "Ada lah orang yang tak suka, tapi kita tak tahu."

"You tahu tak, kita ni manusia, suka sangat tengok orang yang tak akan tengok kita. Tanpa kita sedari, ada orang lain yang memerhati, cuma kita tak sedar, sebab kita sibuk melihat orang lain." Wajah Claire dipandang oleh Que.

Sentap! Wajah Claire tadi yang senyum kini tersenyum kecil.

Bila difikirkan, kata-kata Que ada baik-buruknya. Dia mengangguk. Petang itu dia dan Que meluangkan masa berdua sahaja. Yalah, takkan tiba-tiba Adrian datang? Tak logik langsung!

     *****

Minggu baharu sudah pun bermula, Batrisya masih berdiam diri. Bukan niatnya untuk berbuat demikian, tetapi dirinya memerlukan sedikit masa. Sedikit? Entahlah.

Adrian? Adrian juga tidak menghubungi Batrisya selama sehari. Dia memberikan waktu kepada Batrisya. Dia cuba.

Kring kring kring, loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Terdapat beberapa orang murid sedang mengangkat kotak-kotak buku daripada bilik setiausaha.

Kemudian diletakkan dibahagian belakang bilik guru. Selepas itu muncul lagi beberapa orang murid lelaki, membawa masuk meja guru yang baharu. Batrisya tersenyum, tiba-tiba teringat kejadian beberapa bulan sebelum SPM.

Flashback

"Murid-murid perempuan tingkatan 5 sila pergi ke bilik guru yang baharu untuk mengemas." Umum guru yang bertugas.

Batrisya dan rakan-rakannya segera berbaris menuju ke bilik guru baharu. Kerusi-kerusi dan meja-meja yang berada didalam di keluarkan, kemudian bilik guru baharu itu dibersihkan.

Sir.... I am in love with YOU!  ✔Where stories live. Discover now