Bab 5

9.6K 287 3
                                    

HARI Merentas Desa. Hari yang dimana pelajar akan berjalan dan bukannya berlari. Pada awalnya Batrisya dan rakan-rakannnya berjanji untuk tidak meninggalkan antara satu sama lain tetapi berlaku pula sebaliknya.

Batrisya meninggalkan rakan-rakannya untuk bersama dengan Haznah, seorang lagi rakan karibnya dikelas. Pengkhianat.

Tetapi kemudian, mereka terjumpa dengan Zahirah, Asyiqah dan Hafifah serta beberapa orang lagi rakan mereka.

Seterusnya, Haznah meninggalkan Batrisya untuk berlari bersama-sama Darina. Dan kemudiannya, Hafifah turut berlari meninggalkan Batrisya, Zahirah, dan Asyiqah untuk bersama-sama dengan Ati. *insert muka pengkhianat*

Maka, tinggallah mereka bertiga bersama-sama untuk sampai ke checkpoint satu dan dua. :-----)

Sewaktu mereka menaiki ke bukit dalam perjalanan ke checkpoint satu, Zahirah mengeluh.
"Ya Allah, lamanya nak sampai."

"Memanglah lama.", jawab Batrisya ringkas.

"Dah 4 tahun kita daki bukit yang sama." Asyiqah ketawa. Mengingatkan tentang kejohanan merentas desa yang lalu.

"Ingat tak apa goals kita waktu merentas desa ni?" Soal Asyiqah.

"Taknak berhenti berehat?" Zahirah menjawab.

"Yup, jangan berhenti biarpun kaki kau cramp nak mampus.", balas Asyiqah lagi.

"Kau tenanglah, ada ambulans kot meronda. Nanti kita panggil suruh angkut." Kata Batrisya sambil tergelak.

Iyalah, buat apa ambulans tu meronda kalau tak digunakan? Lol.

Tiba-tiba bunyi pembesar suara digunakan, "Jangan pergi ke garisan kanan, sila pergi ke garisan kiri. Kereta nak lalu." Ujar guru yang bertugas.

"Weh, Sir Adrian duh kat belakang kereta tu." Kata Zahirah yg membelakang kemudian menghadap ke arah Batrisya dan Asyiqah sambil menunjukkan ke arah kereta Hilux berwarna kelabu.

"Mana?"

"Kau tunggu kejap, kereta tu dah nak sampai." Lalu kereta Hilux berwarna kelabu itu pun berada di tepi mereka dengan kelajuan sederhana.

Batrisya melihat ke sebelah lalu tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Zahirah dan Asyiqah.

Kenapa waktu ni dia ada????!? Ok jk. Batrisya tak marah pun, dia suka lagi ada lah. Cuma perangai dia kalau nampak crush memang dia akan ignore. Tapi dalam hati, Tuhan saja lah yang tahu!

Dan kereta itu pun berlalu.

Nothing happened, seriously.

Batrisya tersenyum, nampak crush pun jadilah. Daripada tak nampak tak ke meroyan jadinya.

Teringat waktu dulu, sewaktu dia masih berada dalam kalangan kanak-kanak ribena. Entah bagaimana perasaan aneh itu muncul. Setahun setengah Adrian mengajar di kelas mereka, setahun setengah itu jugalah perasaan itu berkembang.

Hari demi hari tanpa dia sedari, dia makin sayang. Biarpun layanan Adrian kepada Batrisya itu sama seperti pelajar-pelajar yang lain, baginya itu sudah cukup.

Sir.... I am in love with YOU!  ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora