Bab 31

8.7K 238 7
                                    

Aduh matilah aku; getus Qian Lim dalam hati. Dia dah lambat untuk majlis perkahwinan kawan dia ni. Mungkin sebab flight lambat sangat kut semalam, tergesa-gesa. Tidurpun lambat, itulah pasal! Sikit lagi terlajak subuh nasib sempat. Lepastu dia sambung tidur balik, penat sangat. Ingat Australia dengan Malaysia ni dekat?

Sepanjang 3 tahun dia disana menjalankan tugas sebagai doktor bedah. Apabila ditanya kenapa tidak bekerja di negara sendiri? Jawapan Qian, Malaysia tak banyak cabaran, bila dah sampai waktu, dia pindah dekat Malaysia lah. Nak cari orang sana ke? Eh memang taklah, tapi kalau ada jodoh dekat sana apa boleh buat. Hahahaha

Qian membelek-belek tudung keknisnya, ah bolehlah ni. Eh, bukan Qian ni berbangsa Cina ke? Sebenarnya dia ni berketurunan cina, emaknya Melayu, ayah dia cina.

Ayah dia dah lama pergi meninggalkan dia dengan ibunya serta adiknya, hampir 18 tahun? Dia pun kurang pasti. Tapi walaupun begitu, ayah dia tetap jadi yang nombor 1 didalam hati dia meskipun masa mereka bersama hanya singkat.

Sungguh, dia kadang-kadang pun sedih juga bila teringat tentang arwah ayahnya. Tapi dia ingat bahawa yang hidup pasti akan pergi buat selama-lamanya. Kan? Tabahkan hati. Allah bagi ujian sebab dia sayang.

Qian tersenyum. Sudahlah Qian, jangan bersedih! Masa untuk pergi majlis kahwin Batrisya. Eh, semua orang dah kahwin. Dia bila lagi? Rasanya dalam....... entahlah. Mungkin jodoh belum sampai? Buat masa ini memang dia tiada sesiapa kecuali sahabat-sahabatnya yang berada disisi serta keluarga yang setia bersamanya. Itupun dah cukup buatnya.

Kan? Buat apa nak lebih-lebih kalau yang terbaik dah ada depan mata.

Tapi bila jodoh dah sampai nanti, tidak kira siapa pun dia. Qian terima.

*****

Majlis kahwin Batrisya yang diadakan di hotel Renaisme sungguh meriah, biarpun Qian datang sedikit lambat. Tetapi dia berjaya untuk sampai sebelum pengantin sampai! Hahaha

Eh sebenarnya pengantin dah sampai, cuma ada hal kata pengacara majlis. Amboi? Pengacara nampak.

Pengacara itu bukanlah orang ternama, tetapi pakcik Batrisya yang diberi mandat untuk menguruskan majlis buat masa ini.

Qian bergegas menuju ke meja yang disediakan, matanya melilau ke pelbagai arah untuk mencari sahabat-sahabatnya. Ya Allah, rindu!

Zahirah! Spotted. Depan mata bersama suami tercinta. Hmmmmmm!

Pinggang Zahirah dicuit, "Oh mak kau!", latahnya dan dia pun menoleh ke belakang. Siapalah yang cuit-cuit belakang aku ni.

"Omg Qian!" Jeritan Zahirah membuatkan segelintir manusia di dalam dewan memerhatikam mereka. Begitu juga dengan Azwanul, sedikit terkejut dan menoleh ke sisi isterinya. Tahu-tahu sahaja isterinya memeluk seorang wanita yang agak asing baginya. Tetapi dia berpaling, kalau perempuan jumpa dengan kawan lama? Korang rasa macam mana? Riuh.

Manakala Qian dan Zahirah pula saling berpeluk, lama juga. 30 saat, jeritan yang nyaring. Pedulilah apa orang nak kata. Rindu!!

Kemudian pelukan dileraikan, "Ya Allah lamanya tak jumpa kau!!" Kata Qian, memegang pipi Zahirah. "Dah makin tembam!"

Mereka saling ketawa. Zahirah mengangguk, "Itulah kau, siapa suruh tinggal jauh sangat!" Rungutnya.

"Bukan salah akulah.", Qian cuba menafikan, "Tapi rezeki Allah kasih."

Zahirah mengangguk, betul juga tu.

"Eh, btw mana Fifah dengan Syiqah?", tanya Qian apabila melihat dua ekor manusia itu tiada disekeliling.

"Oh diorang...." Kata Zahirah, jarinya diletakkan didagu. Berfikir sejenak.

"Diorang apa?"

"Diorang tengah cek macam mana keadaan pengantin."

Sir.... I am in love with YOU!  ✔Where stories live. Discover now