Bab 18

8.8K 281 3
                                    


Batrisya termenung jauh.

Sampai sekarang dia masih belum memberitahu tentang Adrian. Dia masih bingung, perlukah dia teruskan? Lelaki itu hanya perlu mengucapkan talak kepadanya, tapi sampai sekarang dia tidak pernah mendengar Adrian mengungkitkan hal cerai. Sekali pun tidak.

Nombor ibunya didail, "Assalamulaikum bu."

"Waalaikumusalam, Sya. Hah baru ingat nak telefon ibu, mimpi apa kamu ni? Awal pagi pulak tu."

Batrisya ketawa, "Ibu ni, malam tadi mimpi indah. Itulah pasal awal pagi telefon ibu."

Ibunya juga ketawa, haih anak dara seorang ni. Jarang sekali bertanyakan khabar, alasannya yang dia sibuk, sibuk dan sibuk. Entah apa mimpinya.

"Kamu ni, ada apa call ibu?"

"Sya nak bagitahu ni."

"Bagitahu apa?"

"Hm.. ada orang nak masuk meminang."

"Alhamdulillah, ada juga orang nak dekat kamu."

Ibu ni!

"Ibu.."

"Iya?"

"Hah, majlis tu nanti buat dekat rumah kakak sajalah eh."

"Aik, tarikhnya bila?"

"Entah, tak tahu. Bulan depan boleh?", tanya Batrisya ragu-ragu.

"Bincang dengan bapa kamu dulu. Suruh dia jumpa kami baru kita tahu macam mana."

"Hah, ok bu nanti Sya bagitahu dia eh."

------

Adrian hanya membatukan diri, mamanya yang sedang mundar-mandir sedang diperhatikan.

"I refused to give you a blessing."

Adrian membuntangkan matanya.

"But mom-"

"No buts, she is a muslim. You can't marry a muslim."

"I am already a muslim."

Puan Wong terkejut, "Ini soal agama Adrian, you can't make a joke with it."

"I am serious, I convert."

"Because of that girl?"

Adrian menggeleng. Salah jika mamanya berfikir demikian. Semua ini sebab dia percayakan apa yang dia inginkan.

"So? This is a rushed decision of you!"  Puan Wong menarik nafasnya.

"When is it? Who is that girl? Is this the reason why you and Jesselyn call it off?", soalan bertubi-tubi ditanyakan oleh mamanya tapi Adrian mendiamkan diri. Anaknya sudah besar tapi... kenapa dalam semua hal Adrian harus memeluk Islam?

Ingin sahaja dia menjerit disebabkan hal ini, tapi Adrian sudah besar. Semuanya bergantung kepada dirinya. Tapi apa kata keluarganya nanti? Selama ini, tiada ahli keluarganya yang pernah memeluk Islam. Bagus sangatkah Islam di mata Adrian sehinggakan dia berbuat begini?

"Mama takkan pinangkan budak tu untuk kamu. Pandai-pandailah kamu uruskan. Apa pun yang terjadi mama tetap takkan setuju.", Puan Wong berdiri.

"If you really want to marry that girl," dia menekankan perkataan really.

"You're no longer my child." Dia berlalu pergi meninggalkan Adrian seorang diri. Perasaan sayangnya ditolak tepi, kini cuma ada perasaan marah. Dia sekadar ingin memeras ugut Adrian tapi siapa sangka yang anak lelakinya itu hanya berlalu pergi tanpa memohon ampun?

Sir.... I am in love with YOU!  ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon