Bab 17

8.4K 329 12
                                    

Selama 3 hari Adrian tidak muncul disekolah, Batrisya sedikit khuatir tentang keadaannya. Apahal tak datang sekolah? Ada juga dia menghantar whatsapp, tapi hanya 1 tick. Dia juga menelefon Adrian, tapi hambar. Tidak disambut.

Ingin sahaja dia bertanyakan kepada pengetua tentang "Kenapa Adrian tak masuk?"

Lebih-lebih lagi apabila dia diberikan jadual untuk menggantikan Adrian. Sampai minggu hadapan pulak tu!

Dia mendail nombor Adrian sekali lagi. Kali ini berbunyi, selepas tutt keempat Adrian menjawab, yes!

"Hello?" Kata Batrisya di talian.

"Assa-lamua-laikum?"

"Waalaikumusalam." Jawab Batrisya sedikit terkejut tetapi suka. Ada kemajuan!

"Macam tu lah baru okay." Adrian memerli.

"Fine."

Suara ketawa Adrian ditalian kedengaran, "How's school?"

"Bad."

"Why?"

"Because you're nowhere to be found."

Batrisya memejamkan matanya. Mulut ni gatal sangat nak bagitahu kenapa?!

-----

Apabila ditanya mengapa, Adrian menjawab sepatah dan menyuruh Batrisya datang ke rumahnya. Batrisya menurut sebab topik "Isteri derhaka" sekali lagi dibangkitkan oleh Adrian apabila dia cuba melawan.

Dia mengalah. Alamat yang disms kan tadi diperhatikan, betul ke tidak rumah ni. Hanya 25 minit daripada rumahnya, siapa sangka rumah sir hanya sekejap?

Loceng pada pagar dibunyikan, namun tiada sahutan. Batrisya melihat ke arah telefon bimbitnya, satu sms masuk dibuka.

I leave the gates unlocked.

Batrisya membuka pagar, apabila tiba dipintu hadapan Batrisya mengetuk pintu.

Langsir dan sliding door dibuka perlahan, Adrian!

Batrisya memandang Adrian dari atas kebawah, kain pelikat?

"What are you looking at?", soal Adrian apabila Batrisya memandangnya terlalu lama.

"Nothing, what is up with the kain pelikat and you?"

"It's a long story, come in." , Adrian mengelak untuk menjawab.

Batrisya menuruti, pintu sliding dibuka seluas yang bolehnya.

Untuk mengelakkan fitnah.

Joshua sedang bermain. Ruang tamu pula bersepah dengan pelbagai jenis permainan dan tilam? Sofanya pula mempunyai bantal serta selimut. Botol susu dan tin susu berada di meja kecil, serta botol air panas. Beberapa cup mi segera pula kelihatan.

"Kenapa cuti?" Tanya Batrisya sambil memungut mainan yang berterabur dan duduk dilantai bersama Joshua yang sedang bermain.

Adrian baring di sofa sambil melonggarkan kain pelikatnya.

Adrian dah bagi petunjuk.

"Kenapa?" Soal Batrisya lagi.

Adrian menjeling.

Takkan tak dapat petunjuk lagi? Hish!

"Potong." Jawab Adrian sepatah.

"Potong? Apa?" Soal Batrisya. Curious.

Budak ni biar betul?

"Khatan......."

"Ah?" Suara Batrisya sedikit meninggi.

Sir.... I am in love with YOU!  ✔Where stories live. Discover now