Bab 6

9.6K 312 14
                                    

Bulan demi bulan pun berlalu, Batrisya kini seorang daripada pelajar lepasan SPM. Tidak dia menyangka bahawa dia akan melepasi satu peperiksaan terpenting di dalam hidupnya dan melepaskan sesuatu yang amat berharga baginya.

Batrisya mengeluh kecil, sesekali dia melihat ke arah bilik guru yang selalu di kunjunginya. Teringat dia sewaktu menjadi penolong ketua kelas, dia selalu mengunjungi tempat itu. Tidak ada sehari pun dia terlepas. Pernah sesekali, dia ternampak Adrian menuju ke arah bilik guru dan dengan pantasnya dia berlari ke arah bilik guru itu tanpa mempedulikan apa-apa.

Dia tersenyum kecil, lalu memandang ke arah perpustakaan. Batrisya teringat sewaktu dia ingin masuk ke perpustakaan, pintu yang dibukanya tidak terbuka. Apabila dia melihat ke belakang, Adrian sedang menuju ke arahnya.

Dalam keadaan yang cemas dia membuka pintu itu tetapi tidak dapat, lalu dia berikan laluan kepada Adrian. Adrian membuka pintu perpustakaan itu sambil ketawa dan memesan lain kali buka macam ni tau.

Pernah juga Adrian melemparkan senyuman kepadanya.

Pernah juga Adrian bercakap dengannya.

Tapi semua itu normal.

Normal baginya.

Batrisya tergelak kecil.

Teringat dia sewaktu Adrian mengajar dikelasnya, Adrian tidak tersenyum. Wajah serius dan dia diam.

Tapi....

Selepas sesi pembelajaran, Adrian bertanyakan sesuatu kepada Batrisya dibilik guru. Adrian juga tersenyum. Can you feel how relieved was Batrisya?

Hari demi hari, keputusan SPM bakal diterima. Sekali lagi, dia akan menjejakkan kakinya di sekolah itu. Sungguh dia rindu, dan teringat tentang hari-hari istimewa itu.

Ding. Good luck semuanya! -Hafifah

Ding. Semoga berjaya. *muka sedih* - Zahirah.

Ding. Jangan tinggal daku bila dapat straight A. ~T_T~ - Asyiqah.

Ding. Lepas ni boleh kahwin kan? - Fakree.

Ding. Gatal! - Hafifah.

Ding. Beb nak kasih bini makan apa nanti?- Asyiqah.

Ding. Awwwwwwww. -Zahirah.

Jumpa nanti :b Send - Batrisya.

Debaran yang selama ini ditunggu.

Akan diketahui ..... 

Semoga mendapat keputusan yang cemerlang wahai sahabat. (;

------------

5 tahun kemudian.

Alhamdulillah, syukur diucapkan atas kejayaan yang diterima. Sahabat-sahabat Batrisya kini berkerjaya dan ada yang berkahwin. Siapa? Kenalah tunggu.

Kad undangan dipandang dengan senyuman, kahwin juga kawan aku. Ujar Batrisya didalam hati.

Beriya-iya Hafifah mengajaknya untuk keluar makan bersama dengan yang lain agar dia dapat memberikan Batrisya kad jemputan kahwinnya. Alasan Batrisya semuanya sama, busy kalau bukan busy, ada hal. Macam Hafifah tak tahu yang Batrisya mengelak dari mereka semua.

Selepas mendapat keputusan SPM, mereka semua menuju ke haluan yang berbeza. Batrisya pergi melanjutkan pelajaran di Sarawak. Alhamdulillah rezeki masyuk, tu lah dapat jauh.

Yang lain ke Semenanjung, ada juga yang dapat di tempat sendiri.

Niat untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama kini hanya tinggal satu perancangan yang mungkin tidak akan terjadi.

Bukan taknak, tapi Batrisya memang telah mempunyai niat untuk belajar di tempat yang lebih jauh.

Dalam diam Batrisya memohon belajar di salah sebuah Universiti swasta di Sarawak.

Habis Batrisya kena palau sebulan apabila sahabat-sahabatnya tahu tentang perkara ini. Mesej Whatsapp kena seen. Bluetick. Call tidak diangkat.

Hafifah.

Sorry.... Send. Greytick.
Aku minta maaf.... Send. Greytick.

Bluetick.

Zahirah.

Beb, sorry ah. Aku minta maaf sangat. Send. Greytick.
Aku minta maaf. Send. Greytick.

Bluetick.

Asyiqah.

Aku minta maaf. Send. 1 tick.
Aku bukan taknak kasihtau korang. Tapi aku tak sampai hati. Send. 1 tick.

Double tick.
Bluetick.

Fakree.

Assalamualaikum, Fakree. Tolong. Send. Greytick. Bluetick.

Waalaikumusalam, nak apa?

Tolong bagitahu Fifah, Irah dengan Syiqah. Aku minta maaf sebab tak kasihtau pasal permohonan tu.

Oh pasal tu. Ada jga dorang cakap pasal ni, tu ah kau tak kasihtau.

Bukan taknak bagitahu, tapi ada lah. Tolong pls.

Ok2 nanti aku bagitahu.

Thanks tau.

Tapi dia faham. Dia faham perasaan mereka.

Sungguh berat hatinya meninggalkan kampung halaman tapi apakan daya, dia harus.

Sesekali apabila cuti semester, dia balik.

Sesekali dia pergi menjenguk. Menjenguk sekolah lama. Masih lagi tak sir  Adrian mengajar di sana?

Pernah beberapa tahun yang lalu sewaktu dia pulang dari Sarawak, dia ternampak Adrian hendak pulang. Dan itu merupakan kali terakhir dia ternampak Adrian. Hendak bertanyakan khabar, tapi bagaimana?

Rindu, memang rindu.

Ada juga dia terdengar sewaktu beberapa hari sebelum SPM bermula, sempat dia terdengar pelajar tingkatan 6 berkata "Sir Adrian dah kahwin tau."

Batrisya tersenyum sendirian, dia tahu yang dia harus move on. Teruskan hidupnya.

Tapi apakan daya bila nama itu sering datang ke mindanya.

Hilang sekejap, datang kemudian.

Nama yang sudah lama terpahat dihatinya.

Adrian Wong.

Sir.... I am in love with YOU!  ✔Where stories live. Discover now