Bab 8

9.4K 306 1
                                    

Percutian yang dirancang kini dilaksanakan oleh Hafifah dan sahabat-sahabatnya. Niat yang ingin dilakukan adalah selepas sebulan Hafifah dan Fakree berkahwin, tetapi kerana kesibukkan masa dan cuti yang belum diapprove,mereka menundakan cuti ini.

Dan masing-masing pun akur.

Tetapi kini mereka boleh berhuhuhuhu dengan gembiranya kerana cuti mereka telah di approve oleh pihak atasan.

Tapi bagi Batrisya yang bekerja sebagai guru di Bahasa Inggeris di sekolah rendah yang berstatus hak milik kerajaan, mereka telah menetapkan percutian ini tetap pada masanya. Iaitu pada cuti penggal akhir (?) hujung tahun.

Hafifah pula merupakan pemilik resort di kampungnya jadi, ianya tidak menjadi masalah. Manakala, Fakree merupakan pegawai polis.

Zahirah pula bekerja sebagai medical assistant di sebuah hospital swasta. Dan tunangnya, yang kini bergelar suaminya merupakan usahawan.

Asyiqah juga sama seperti Zahirah, tetapi berbeza tempat. Asyiqah merupakan medical assistant di salah sebuah hospital kerajaan. Dan pasangannya merupakan guru di salah sebuah sekolah bukan kerajaan.

------

KOTA KINABALU, AIRPORT.

Kawasan yang lenggang dengan manusia diperhatikan oleh beberapa mata. Mereka menyorong(?) Atau mengangkut beg bagasi mereka dengan troli yang disediakan oleh pihak airport.

Masing-masing mengambil troli untuk mengangkat beg. Batrisya melihat ke arah Zahirah, beg besar 1 dan diikuti oleh 2 beg sederhana besar.

Kemudian beralih ke arah Asyiqah, beg kecilnya 1, beg sederhana besarnya juga 1 tetapi diikuti dengan 2 beg besar.

Lalu, dilihatnya ke arah Hafifah. Beg besarnya 3.

"Banyaknya korang bawa beg." Aku bawa satu bagasi......... korang bawa banyak.....

"Memanglah banyak." Balas Asyiqah.

"Beg ni semua baju Biah. Anak aku, korang tak tahu betapa divanya dia." Sambil menggoyangkan Biah yang sedang tidur ke kiri dan kanan.

"Salahkan anak, padahal mama dia yang diva." Sampuk Zahirah sambil melihat ke arah suaminya yang sedang berdiri di depan kaunter.

Lalu, Zahirah melambai ke arah suaminya, Azwanul atau lebih mesra dipanggil Wan.

"Amboi pengantin baru." Usik Hafifah.

Zahirah tersengih.

"Fifah, kenapa beg kau besar sangat?" Tanya Batrisya lagi.

"Memanglah, nanti baju habis. Bukan dekat Malaysia ni dengan Bali."

"Ya tak ya juga. Saiz baju kau susah nak cari." Zahirah menyampuk.

"Amboi sedap mulut kau kata saiz aku susah cari.", marah Hafifah. Dia terfikir, aku bukannya gemuk sangat. Gendut pun tidak. Amboi amboi.

Memanglah kalau perempuan, bila dia kata dia gemuk. Dia gemuk. Bila orang kata dia gemuk, dia marah? Beb, kau nak apa sebenarnya? Hahahaha.

Batrisya memandang sekeliling airport, lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka notifikasi whatsapp.

Kak, dah nak terbang ni. Nanti sampai Bali, adik bagitahu. Send

Dik, kau biar betul? Pakai apa terbang? Sayap????

Batrisya tergelak.

Dah zaman milenia dah ni, tak payah loyar buruk sangatlah. Send.

Iyalah. Hati-hati tau. Nanti kena culik dengan mamat indon. AKAK TAKNAK ADA ADIK IPAR INDON!!!!

Batrisya menggelengkan kepalanya. Kalau dilayan perangai loyar buruk kakaknya ini, sampai bila-bila pun tidak habis.

Pemberitahuan tentang kapal terbang AirAsia 0345 yang bakal berlepas dari Kota Kinabalu ke Jakarta menyedarkan Batrisya dan rakan-rakannya, selepas menghantar beg untuk diperiksa. Mereka bergegas ke arah pintu berlepas.

Sampai sahaja di pintu tersebut, mereka semua mengeluarkan passport. Kemudian, selepas passport itu diserahkan kepada mereka kembali, yang lain menuju ke arah kapal terbang yang bakal dinaiki.

Apabila separuh daripada penumpang telah duduk di dalam pesawat, Batrisya memerhati disekeliling. Kemudian, telefon bimbitnya dimatikan dan disimpannya di dalam beg bimbit.

Batrisya juga menoleh ke kiri dan kanan, diperhatikannya disekeliling. Hanya dia yang bersendirian, yang lain masing-masing menghadap suami sendiri. Lalu, dia berfikir, bila agaknya dia nak kahwin?

"Bububu.." Omel si kecil, Biah yang berada dihadapan kerusinya. Si kecil itu berdiri dan meletakkan wajahnya di bahagian kepala kerusi itu.

"Sayang..."

"Bububububu......"

"Biah cakap apa?"

"Bubububububu....."

"Bubububu???" Batrisya meniru telatah si kecil itu.

"Biah, duduk.", Asyiqah memujuk anaknya.

"Lambai makcik Sya."

Biah menunjukkan 5 jarinya kepada Batrisya.

"Auntie Sya!" Batrisya membetulkan Asyiqah.

"Taknak lah 'makcik' aku masih muda."

"Biarlah, kau tu dah tua."

"Fine. Bila aku ada anak nanti, aku suruh panggil kau, nenek."

"Mengada. Dah jom Biah duduk, nanti auntie Sya belanja ice cream." Dan dengan segera Biah menuruti kata-kata mamanya.

Batrisya mencebik.

Asyiqah hanya menunjukkan buku limanya dan membuat pandangan belanja-biah-ice-cream-kalau-tak-kau-siap.

Batrisya hanya menggeleng. Dah jadi mak orang pun masih macam budak-budak.

Sir.... I am in love with YOU!  ✔Where stories live. Discover now