Bab 9

14.1K 117 25
                                    

Hari itu, Zahira membawa anak-anak tirinya membeli-belah barangan rumah dan juga untuk cuci mata di pasaraya. Lagipun, baru nampak dia tidak berkira dengan anak-anak tirinya itu walau hakikatnya adalah sikit. Sepanjang dua bulan usia perkahwinannya dengan Tuan Aiman, semua orang memandangnya sebagai ibu tiri paling sempurna dalam dunia yang fana ni. Tiada seorang pun yang tidak ingin menyunting Zahira sebagai isteri mahupun sebagai ibu.

Nona dan Naqiu juga sudah sangat manja dengan ibu tiri mereka itu. Setiap hari, ada sahaja perancangan yang dibuat oleh mereka bersama. Contohnya pada hari sebelum itu, mereka bertiga pergi menonton wayang. Malamnya pula, mereka bersama Tuan Aiman pergi berkaraoke tapi tidak pula Nina mengikut.

Namun pada hari itu, Nina dipaksa juga untuk mengikut mereka semua pergi membeli-belah. Alasannya, sudah lama gadis itu tidak mengikut kemana ibu tirinya itu pergi. Atau dalam kata lain, untuk mengelakkan Nina mereka cerita kepada Karmila. Pandai kan kepala hotak si Zahira ni dalam manipulate something.

"Nina kalau nak ambik apa-apa, ambik jelah ya."

Nina apabila mendengar Zahira berkata begitu, terlupa sekejap yang dia sedang membenci ibu tirinya itu. Well, siapa yang tak suka nak dapat duit banyak tuan puan sekalian?! Zahira semedang je bagi dia duit beratus masa dorang outing tu.

"Mana mama dapat banyak duit ni semua? Papa bagi?"

"Kenapa Nina tanya kat mama macam tu?" Zahira bertanya semula kepada anak tirinya itu dengan penuh licik.

"Takdelah. Sebab sebelum ni, papa tu jarang nak keluarkan duit even pada anak sendiri. Tu Nina pelik kalau mama kata papa yang bagi duit."

Zahira hanya memberi senyuman sinis kepada anak sulung suaminya dan bekas isterinya itu. Sungguh naif pemikiran anak Aiman, itu yang dia fikirkan.

"Nina Karina, lelaki ni hanya akan sayang sesuatu tu sekejap je. Maybe dia hadiahkan mama semua kemewahan ni sekejap je. Paling kurang, setahun. Lepas tu, maybe I just became a rags to him. To his family."

"Then what is the function kalau benda macam tu yang jadi? You guys lived with each other even know you guys hated each other."

"That's marriage!" Zahira menegaskan ayatnya sebelum menuju ke arah anak-anak tirinya yang baru sahaja memasuki sebuah butik pakaian remaja.

Nina masih kebingungan. Ayat ibu tirinya itu seakan dia seorang manusia yang hidup dengan pelbagai personaliti. Tiada sesiapa yang dapat mengagak apa yang sebenarnya difikirkan oleh Zahira. Zahira seseorang yang sangat misteri.

"Nona nak beli ke dress ni?" Zahira tunduk di sebelah anak tiri bongsunya itu.

Nona yang baru berusia tujuh tahun itu mengangguk. Zahira tersenyum sambil mengambil dress tersebut dan ditunjukkan kepada promoter.

"Ada saiz yang sesuai dengan budak ni tak?"

"Maaf! Tu je yang ada." Penuh angkuh promoter itu berkata.

Zahira panas hati. You make her mad, stupid female promoter.

"Nona, pergi try fit another dress dulu dalam fitting room okay..." Zahira mengambil sehelai dress lain dan menyuakannya kepada Nona. Kemudian matanya memandang promoter perempuan tadi yang sedang sibuk main handphone. Zahira pantas menarik kolarnya dan mencampaknya di dinding. "Listen here, stupid promoter! Is that is the way how you treat customer?!"

"Ugh, sakitlah!!!"

"Bitch, please. Kematian lagi sakit daripada apa yang aku buat kat kau ni. Now read my lips, slut. If you ever use that tone again to anyone, I'm not hesitate oh kau tak faham. Aku takkan teragak untuk kerat anak tekak sampai kau terpaksa eja perkataan 'maaf' untuk maksudkannya."

"Ya, puan... Saya takkan."

"Now apa patut kau buat?!"

"Saya mintak maaf..."

"Good." Dia melepaskan genggaman kemasnya tadi. Ketika itu jugalah, Nona keluar daripada bilik persalinan dan menunjukkan dress tadi.

"Mama, cantik..."

"I knew it. Bagi kat akak ni." Nada suara Zahira sudah bertukar normal. Nona menyerahkannya kepada promoter tersebut seperti diarahkan Zahira.

Promoter tadi takut-takut membawa dress tersebut ke kaunter pembayaran. Dress berharga RM 350 itu kemudian dimasukkan ke dalam plastik dan diberikan kepada Zahira.

"Jangan sangkut pakai hanger besi ya. Nanti jadi tak kemas." Sempat juruwang itu memberikan pesanan kepada Zahira. Zahira hanya mengangguk.

Ketika mereka pulang ke rumah, Zahira membuang semua hanger besi yang ada di dalam rumah itu. Sejujurnya dia sendiri tidak menggemari hanger besi berada di dalam rumah yang dia tinggal. Dia mempunyai kenangan yang tak ingin diingati bersama hanger besi.

Perkara ini mendatangkan kehairanan kepada Nina. Dalam senyap-senyap, dia menyimpan hanger besi di dalam bilik tidurnya. Dia ingin melihat, apa yang akan terjadi nanti.

Kenapa dengan hanger besi? Kalau betul pun baju itu tak boleh, mengapa semua hanger besi dibuang?

Misteri...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MamaWhere stories live. Discover now