Bab 2

34.3K 121 7
                                    

Tiga hari Tuan Aiman dan Zahira dinikahkan, keadaan kembali seperti biasa. Cuma di dalam banglo Tuan Aiman bertambah seorang lagi penghuninya iaitu Zahira. Dan hal ini merunsingkan kepala Nina dan adik-adiknya.

"Nina, tolong mama masak," arah Zahira kepada Nina yang ketika itu sedang menonton televisyen.

"Maid kan ada."

"Nina, tolong mama masak." Nada suara Zahira naik satu oktaf.

Nina masih buat bodoh sahaja.

"Nina!"

"Okey fine." Nina mengangkat punggungnya menuju ke dapur. Sempat dia menjeling tajam kepada Zahira yang masih berdiri di pintu dapur.

Sejujurnya, Nina taklah reti masak sangat. Tapi takdelah bodoh sangat sampai masak air pun hangus. Cuma dia tidak biasa masuk dan buat kerja dapur ni. Tapi boyfriend kemain handsome. Tak sesuai dengan kelayakan seorang isteri.

"Kita nak masak apa ni, aunty?"

"Aunty? Are you sure?" Zahira senyum bertanya kembali.

"Yeah. So what should I call you?"

"Panggillah mama. I'm your dad's wife, right."

Nina tersenyum kambing. "But we called our mom with that name."

"So I'm not?"

Nina mati kata. Minah depan dia ni psiko gila nak Nina panggil dia mama. Tapi Nina fikir apa salahnya jugak. Tak kerana itu isteri papanya, memang taklah dia nak panggil mama.

"Yeah. So, mama nak masak apa?"

"Hmm, papa suka makan apa ya, Nina?"

"Hmm, papa tu jenis tak memilih makanan, mama. Tapi dia suka sweet sour."

"Eloklah sebab mama ada nampak ikan kerapu dalam peti ais tu tadi. So kita buat sweet sour jelah ya?"

Nina sekadar mengangguk tanda bersetuju. Rasanya eloklah sekiranya dia melakukan bonding dengan ibu tirinya itu. Lagipun sampai bila dia nak membuat musuh. Baik ataupun tidak, wanita di hadapannya itu sudah menjadi isteri papanya.

"Mama takde anak? Maksud Nina, dengan suami sebelum ni?"

Zahira kelihatan serba salah hendak menjawab. Sejujurnya, soalan itu merupakan KUNCI TERBESAR rahsia dirinya.

"Takde." Dia menjawab ringkas.

"Really!? Berapa lama mama kahwin dengan husband mama yang dulu?"

Zahira memandang ke luar tingkap cubba mengingati sesuatu yang dah lama dia cuba lupakan. sesekali matanya cuba dipejamkan membuatkan Nina kehairanan.

"First husband dulu dalam setahun pun tak sampai kut. Second one tu tiga bulan."

"So, papa yang ketigalah?"

Zahira mengangguk. Nina agak terkejut juga mendengarnya tapi melihatkan body shape Zahira yang mampu menggoyahkan keimanan sesiapa sahaja yang melihatnya, keanehan itu seakan hilang.

"Second husband tu kejapnya, mama. Kenapa?"

"I guess it was my privacy. Respect, please."

Pergh! Minah ni sound direct doh! "Sorry..."

Zahira mengukir senyuman di bibirnya. Nina pun fikir dia tidak sepatutnya bertanya soalan demikian kepada mama tirinya itu. Ketika mereka sibuk memasak itulah, datang adiknya Nona mengacau mereka yang sedang memasak di dapur.

"Nona, janganlah kacau kakak dengan mama masak,"tutur Nina lembut kepada adiknya yang baru berusia enam tahun itu. Tapi masih tak lut. "Nona...!"

Zahira menjeling sedikit tajam kepada Nona lalu mengambil parang di tempat pisau. Diambilnya ayam dan diletakkan di atas papan pemotong. Laju dia membelah badan ayam itu dengan kuat. Nona yang sedang merengek langsung senyap dan berlari ke ruang tamu.

"Mujur cepat kau bertindak," gumam Zahira perlahan sehinggakan Nina tidak dapat mendengar biji butirnya.

"Apa dia, mama?"

Zahira tersenyum plastik. Tapi disebabkan Nina tidak belajar ilmu lakonan, dia tidak dapat mengesan betapa sintetiknya senyuman itu. "Nothing."

Mereka kembali memasak. Suasana tenang. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang...

  


MamaWhere stories live. Discover now