Prolog

70.1K 200 7
                                    

Dia mengoles lipstik merah ke bibirnya yang mongel. Ditambah pula dengan bedak yang menyerpu menambahkan seri pada wajah jelitanya. Rambutnya yang diikat tadi dileraikan ikatannya.

Dia keluar daripada kereta dan menuju ke receptionist di lobi bangunan itu. Hari ini, dia bakal memulakan kerjanya di situ.

"Excuse me, saya Puan Zahira Affendi. Saya nak daftar diri sebagai secretary Tuan Aiman Malik. Dia ada ke hari ni?"

Receptionist yang bernama Dania itu terpegun mendengar kelunakan dan kesopanan suara Zahira itu. Pantas dia menelefon kerani pejabat yang dimaksudkan.
"Hello, Farhana. Tuan Aiman Malik ada tak? Puan Zahira dah sampai."

"Oh ya, suruh dia naik sekarang."

"Baiklah." Dania mematikan talian. "Puan Zahira, Tuan Aiman ada di pejabatnya. Pejabat AMC Holdings di tingkat empat."

"Terima kasih, Cik Dania."

"Sama-sama."

Zahira melenggokkan tubuhnya berjalan menuju ke lif. Setiap lelaki yang terpandang akan dirinya pasti akan memandang tiga, empat kali (cause pandang dua kali is too mainstream).

MamaWhere stories live. Discover now