Bab 8

11.8K 93 18
                                    

Pintu diketuk berulangkali pada pagi Selasa itu. Zahira yang sedang berehat di dalam biliknya berlari ke pintu untuk membukanya. Apabila dibuka pintunya, berdiri seorang wanita hujung usia berdiri di muka pintu. Zahira kenal akan wajah itu.

"Mak!!!" Zahira bersalaman dengan Puan Aminah, ibu kepada Tuan Aiman. Dia sendiri terkejut melihat ketibaan wanita itu dibuatnya. "Aiman tak bagitau pun mak nak datang. Ke mak tak bagitau pun ni?"

Puan Aminah hanya tersenyum. "Nak kena buat appointment ke nak datang rumah anak sendiri? Mak tak bagitau dia pun. Biarlah kasi surprise sikit."

"Takdelah, kalau mak bagitau awal-awal, boleh Zahira masakkan makan tengah hari ke apa..."

"Habis kamu memang tak masak tengah hari ke apa?!" Puan Aminah terus menyembur mesingan tanpa sempat Zahira menghabiskan ayatnya.

"Biasanya budak-budak dah makan kat sekolah masing-masing so Zahira taklah masakkan makan tengah hari."

"Macamtu pulak? Zahira, kita ni perempuan. Suami kalau dia balik rumah dia nak makan air tangan bini dia. Anak-anak pun sama nak rasa air tangan mak dia walaupun tiri. Mana boleh biarkan macamtu. Dah, pergi masak sana!"

Zahira mengekalkan senyuman tetapi sampai sahaja di dapur, senyumannya sudah berubah menjadi garisan linear. Berani sungguh perempuan tua itu mencabar kesabarannya begitu sekali.

Zahira mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak. Cili dibasuh dan dipotong-potongnya kecil. Dia dapat membayangkan betapa amarahnya hampir menyamai merahnya cili itu. Tapi dia peduli apa!?

Ayam diambil dan diletakkan di dalam singki. Garam diambil dan dilumurnya ke tubuh ayam yang sudah siap disembelih itu. Diambilnya parang dan dibelah dua tubuh ayam itu. Sama seperti rasa dia ingin membelah seseorang.

Kacang panjang dibasuh dan diletakkan di dalam besin. Semahu-mahunya, dia mematah-matahkan sayur tersebut sama seperti raksasa Attack On Titan mematahkan badan manusia. Sedikit rasa simpati pun tiada.

"Macam mana rasa jadi isteri Aiman? Semua okey?" Puan Aminah masuk ke dapur melihat menantunya itu memasak.

"Okey je. Just fine."

"Tak payahlah nak speaking sangat. Kamu tu orang Melayu jugak kan? Makan nasi dengan sambal belacan jugak kan."

No wonderlah pemikiran orang Melayu sekarang tak berkembang. Sebab bertambahnya umat manusia macam kau nilah. Apapun, Zahira masih mengekalkan senyuman di wajah jelitanya. Sambil itu, dalam kepalanya asyik merangka perancangan yang sangat rapi dan tersusun.

___________________

Semasa makan tengahari, semua khusyuk menyantap hidangan masing-masing. Meskipun Tuan Aiman tiada, namun suasana makan tetap seperti biasa.

"Sedap makanan hari ni?" Zahira bertanya kepada anak-anak tirinya. Semuanya mengangguk-angguk pantas.

"Masin adalah." Puan Aminah memberi komentar yang jujur dan ikhlas yang datangnya dari hati nurani yang suci dan murni.

"Oh, Zahira memang sengaja masinkan sikit. Tak sedap pulak kalau tawar sangat, kan."

"Masalahnya masin kamu ni dah tahap nak bagi orang darah tinggi. Nak bagi orang mati cepat ke apa?!"

Zahira masih menyimpul senyuman namun senyuman itu sebenarnya merupakan sesuatu yang sangat berbahaya. 

"I'm sorry, then. Malam karang, Zahira akan kurangkan garam. Thanks!"

"Tengok, speaking lagi. Dah-dahlah tu."

Semasa membasuh pinggan, semahu-mahunya Zahira menyental pinggan tersebut. Hatinya cukup geram dengan wanita tua yang juga pangkat ibu mertuanya itu. Maid pun cuti membuatkan dia tiada siapa untuk disuruh membuat kerja rumah. Makin galaklah perempuan tua itu mengenakan dia. 

Dia mengambil sebilah pisau di almari. Ditatapnya permukaan bersinar pisau itu. Senyuman sedikit tergaris melengkung di wajahnya. Dia melihat Puan Aminah sedang duduk berseorangan di luar rumah yakni di halaman. Dia kemudian sambil membawa pisau itu ke luar rumah.








Wait... Korang fikir Zahira nak bunuh mak mertua dia ke? Nope! Dia nak ambik serai je...



MamaWhere stories live. Discover now