Bab 6

14.5K 87 5
                                    

"Nina Karina, just calm yourself. Mula-mula memanglah payah sikit. Lama-lama okeylah tu. Be positive, boleh kan?" Kekasih Nina, Zack cuba menenangkan dia yang baru sahaja mencurahkan segala kegeraman kepadanya.

"How can I? That woman is like dominating the whole house kut. Which part I should stand and see it happens?!"

"Nina, papa you tu kahwin tak sampai lagi sebulan. Inai Zahira tu pun tak hilang lagi. Sabarlah sikit. I pun ada mak tiri kan. I boleh je accept dia as mak tiri I eventhough masa tu arwah mama I baru meninggal empat bulan. Acceptinglah sikit. Dia dah jadi mama you dah pun."

"She'll never be my mama, okay. I tahu dia ada agenda lain dalam keluarga I tu. Come onlah, takkanlah dia sudi kahwin dengan papa I yang dah ada tiga orang anak kut. Dia tu lawa. Mana-mana Datuk mesti berkenanlah dengan dia."

Zack mengeluh berat. Inilah payahnya bercakap dengan perempuan terlebih bijak ni. Ada sahaja yang disangkalnya. Inilah punca ramainya lelaki yang menjadi gay. Lelaki yang sepatutnya menjadi pemimpin tetapi harus tunduk pada perempuan yang hanya mempunyai 1 akal. Sorry, feminist. This was just my two cents.

"Nina, kalau boleh I malas nak bother hal family you sebab I ni orang luar. Besides, you tu mana pernah nak kalah. I just boleh bagi advice je, Nina. Ada pepatah sebut, kita boleh bawa kuda ke air tapi tak boleh paksa dia minum. I think that idioms suits you so much, sayang. Be matured. Campak ego tu jauh-jauh."

Suasana senyap sehinggalah kereta Kia Spectra Zack tiba di hadapan rumah Nina. 

"Turun. I bawak you jumpa perempuan tu."

Zack hanya patuh. Dia pun teringin juga hendak berjumpa dengan wanita yang kononnya menjejaskan keharmonian keluarga Nina itu. Nina kata orangnya boleh tahan cantik juga. Lagilah makin tergelejat si Zacknya.

"Assalamualaikum." Mereka memberi salam serentak. Tidak lama masa diambil untuk pintu dibuka oleh Zahira.

"Waalaikumussalam. Lambat Nina balik? Siapa ni?" Zahira mempamerkan senyuman jelitanya.

"Saya Zack, aunty. Boyfriend Nina daripada zaman sekolah lagi."

Sangka Zack, Zahira akan menghalaunya keluar sebaliknya dijemput masuk ke dalam rumah lagi untuk minum teh.

"Nina, buatkan orange juice. Nanti kalau mama yang buat kau kata mama letak racun pulak kan," arah Zahira sebaik mereka masuk ke dalam rumah. Nina hanya mampu akur tanpa boleh menjawab sepatah pun. "Duduk, Zack. Apa nama sebenar kamu, ya?"

"Oh, kalau ikut dalam i/c Amir Zakwan. Tapi biasalah, kawan-kawan panggil Zack je."

"Yalah, Melayu memang mudah lupa diri." Zahira bernada sinis dalam tawanya. Senyuman Zack agak tawar. "Come on, aunty gurau jelah. Dah lama couple dengan Nina?"

Senyuman Zack tergaris semula. "Since form two lagi, aunty. Cuma masa tu saya form four. Nina ni kinda junior sayalah."

"You loved her?" Zahira mengubah sedikit riak wajahnya menjadi serius.

"Of course, yes." Zack sedikit cuak.

"Don't say. Prove it. Ayat cinta sekarang ni murah. Dalam Internet pun dah berlambak. You ruined her, I vow I ruined yours, Zack. Bear that in your cerebrum." Sedikit pun senyuman tidak tergaris di wajah jelita Zahira.

"Yes, aunty. I will."

Zahira tersenyum licik sebelum bingkas dan menuju ke dapur. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan Nina. Dia menarik sedikit Nina untuk berbisik.

"Love is not about how long you with someone. Love is about truth. And I trace lies in him. Beware!"

Nina sekadar masuk telinga kanan dan mengeluarkannya semula melalui telinga kanan juga. Tak sanggup dia hendak membenarkan ianya merentas otaknya ke telinga kiri (tak faham? Mampos korang).

"Apa dia cakap?"

Nina memandang kiri dan kanan. "Dia..."

"Guys, baru aunty sedar yang aunty ada buat banana cake tadi. Jemput makan dulu ya." Zahira kembali ke ruang tamu membawa sepinggan kek pisang. Senyuman jelitanya masih tergaris di wajah manisnya.

Nina dan Zack semakin curiga. Zack juga mulai ingin mempercayai kata-kata Nina. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Nina.

Zahira mengangkat gelas berisi gelas berisi jus oren tersebut dan berkata, "To your relationship." Dan mereka mendentingkan gelas tersebut. Namun di dalam benak Zack dan Nina, masih terdapat pergunungan curiga terhadap Zahira.


MamaWhere stories live. Discover now