Bab 7

13.1K 101 9
                                    

"Assalamualaikum..." Satu suara memberi salam daripada pintu depan. Zahira berlari mendapatkan pintu tersebut daripada dapur.

"Waalaikumussalam. Cari siapa ya?" Lembut dia menyapa semula.

"Oh, akak ni Kak Sidah. Jiran selang sebijik rumah. Ni Zahira kan?"

"Ya, saya Zahira. Isteri kedua Tuan Aiman. Jemput masuk dulu, kak."

Sidah masuk ke dalam banglo besar itu. Dulu semasa Karmila masih lagi isteri Tuan Aiman, boleh dikatakan  hampir setiap hari juga dia ke banglo itu. Lagipun Karmila juga seorang suri rumah tangga jadi kerap juga mereka berjumpa untuk saling bertukar resipi. Selain itu, ada juga untuk bertukar gosip-gosip tentang sesiapa sahaja yang dikenali mereka.

"Zahira tak kerja ke hari ni?"

"Oh, Zahira dah resign. Abang Aiman suruh Zahira duduk rumah je. Lagipun elok jugaklah. Boleh Zahira bonding dengan anak-anak."

"Kita ni perempuan memang kena rapat dengan anak-anak. Walaupun mak tiri. Jangan sampai dia lgi rapat dengan orang lain daripada mak sendiri."

Zahira hanya tersenyum menyorokkan kesinisan. Dia tahu yang Sidah memang bertujuan untuk menghentamnya. Tapi dia masih belum siapa Zahira di hadapannya ini. Yang terzahir itu belum tentu menjelaskan kesemuanya.

"Akak duduk kejap, Zahira buat air." Zahira membawa langkah ke dapur. Semasa membancuh teh, sesekali dia menjeling Sidah di ruang tamu. Wanita berusia lingkungan 30an itu sedang asyik membelek gambar perkahwinannya.

"Zahira takde anak?" tanya Sidah ketika Zahira membawa dulang berisi air dan roti ke ruang tamu.

"Takde. Dua suami sebelum ni, takde rezeki nak dapat anak. Who knows dengan Abang Aiman kan? Lagipun dah ada Nina, Naqiu dengan Nona, Zahira okey je."

"Umur kamu berapa?"

"38. Kenapa ya?"

"Takdelah. Akak sengaja tanya."

Zahira hanya tersenyum sebelum menghirup air teh yang dibancuhnya. Dia dapat mengenal bahawa Sidah datang ke rumahnya memang membawa niat lain.

"Akak rapat dengan Karmila dulu?"

"Rapat jugaklah. Sebab dia pun duduk rumah je macam akak ni. Kita pun bolehlah rapat ni."

Fikir Zahira nak? "Ya, mestilah. Nama pun berjiran. Perempuan pulak tu kan."

Mereka berdua ketawa mesra. Namun Zahira cekap mengesan nawaitu Sidah. Tapi tak mengapa, dia ada rancangannya juga...

__________

"Assalamualaikum, Mila..." sapa Sidah selepas panggilannya dijawab oleh penerima.

"Waalaikumussalam, Kak Sidah. Macam mana? Akak dah pergi rumah Aiman."

"Dah. Akak dah jumpa si Zahira tu. Betul cakap kau, perempuan tu memang mulut manis. Kalau bercakap, memang lembut. Akak rasa macam tak percayalah dengan apa yang kau dengan Nina kata tu."

"Mila dah kata. Entahlah, kak. Mila bukannya risaukan apa. Mila risaukan anak-anak tu. Zahira tu kita tak tahu lagi hati perut dia, kak."

"Takpe, akak ada kan. Pandailah akak tengokkan."

Kemudian Sidah menceritakan semua yang dia bualkan di rumah Tuan Aiman bersama Zahira tadi. Selepas itu, dia bercerita pula tentang gambar anak-anak Tuan Aiman bersama Karmila yang langsung sudah tiada di ruang tamu. Pendek kata, dia menjadi reporter tak berbayarlah kepada Karmila.

"Tulah yang Mila takutkan ni, kak. Dia macam nak bolot seorang anak-anak semua. Langsung tak bagi jumpa Mila."

"Kau jangan risaukan benda tu sekarang ni. Selagi akak ada, tahulah apa yang akak nak buat dengan dia tu."

"Siapa ada kat rumah tadi, kak?"

"Dia je. Maid dorang tu esok baru sampai katanya."

Karmila kaget. "Maid?! Kenapa pulak ada maid?"

"Entahlah, Mila. Dahlah, Mila. Nanti akak call lagi, okey. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Karmila hairan. Sejak Zahira masuk ke dalam keluarga bekas suaminya itu, satu demi satu nak dirombak. Tidak mengapalah, dia tidak berhak untuk menghalang apa-apa.

Dan di luar tingkap rumah Sidah, berdiri Zahira mencuri dengar perbualan mereka tadi. Zahira mengepal tangan menyorok dendam. Dia tidak boleh berbaik lagi dengan sesiapa sahaja. Sesiapa yang cuba menghalang, dia akan menghapuskannya.

Seperti yang pernah dia lakukan dahulu...


MamaWhere stories live. Discover now