Bab 51 : Hidup Dalam Mati

38.2K 972 57
                                    

If I risk it all,
Could you break my fall?
How do I live?
How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I wanted feel love
Run through my blood
Tell me is this where I give it all up

For You,I have to risk it all..

KAIRA POV

Dah hampir seminggu aku duduk di kampung. Genap seminggu jugalah selepas pertengkaran kami hari tu...tak ada lagi pergaduhan. Dia pun minta aku pergi kan? Ku tatap saja jauh ke luar. Hmm...tarik nafas dalam...cuba cari ketenangan semula. Tak hadap lah nak fikirkan pasal hal tu lagi.

Qhyrill mesti gembira sakan lagi dengan perempuan tu,kan? Mesti dia dah lupakan aku jauh-jauh. Yalah,masa aku ada pun,dia bukannya nak ambil peduli..sibuk bergayut dengan perempuan tu. Kali ni,aku tak ada dirumah tu,lagilah seronok dia keluar tiap malam ..tak payah risau orang asyik tanya 'nak pergi mana?' 'Awak dah makan?'

Ku peluk tubuh yang dah sejuk semacam ni...nak menangis lagi dah...ya allah...dah lah Kaira...kau jangan menangis lagi buat lelaki tu. Kau jangan ingatkan dia lagi. Anggap je lah dia dah-

" Kaira. " ku toleh belakang. Senyuman ku ukir..

" abah....duduk sini bah. " ku suruh abah duduk di sebelah,di kerusi kayu buatan abah di belakang halaman rumah. Abah turut je...tapi aku tau,muka abah macam ni,mesti ada nak tanya sesuatu.

Tak pelah...biar jelah abah tanya...

" Kaira tak kerja?"

Hmm. Ku paling muka dulu...

" tak bah..." memang,sehari lepas aku melangkah keluar dari rumah Qhyrill,paginya aku pergi kerja dengan segenggam notice. Resign . Aku memang bertekad nak meletak jawatan. Kalau boleh aku nak tinggalkan semua yang berkaitan kuala lumpur dengan aku.

Flashback...

"Hah?? Berhenti? Betulkah kau ni Kaira?" Ezah memerhati wajah kawannya itu. Macam tak ada apa-apa yang melanda dirinya.

" betul Zah...aku dah tak nak lah kerja lagi. Aku nak duduk kat kampung je. ." Boleh lagi Kaira melepas tawa...makin tersayat hati Ezah,tahu kawannya itu saja nak menyamankan hatinya. Kalau dia belum tahu,mungkinlah Ezah boleh terpedaya penafian palsu Kaira tu,tapi kini dia dah tau segala-galanya.

" kaira. .please. " dipegangnya tangan Kaira yang dah terkebil.

" aku tau...aku dah tau semuanya...Daniel bagitau aku. Selama ni kenapa kau tak bagitai aku? Sebab ni kah kau berhenti kerja ni? " digoncangnya tangan Kaira,serta-merta berubah riak Kaira. Senyum dan terus muram sekelip mata. Tak ada apa lagi nak disembunyikan.

" aku buat semua ni untuk aku..tak ada kena mengena dengan hal tu Ezah..dah lah. Kau lepas kan aku. Aku nak hilangkan diri aku sementara aku cari ketenangan. " ujar Kaira lemah. Ezah lepaskan tangannya...

" tapi kau nak pergi mana Kaira?"

" aku masa ni kat kampung..kau jangan bagitau sesiapa tau...tolong lah Zah ..aku nak tenangkan diri. "

Ezah tak ada apa lagi dah nak menahan Kaira,cukuplah dia terseksa kali ni.  Ezah mengiyakan saja apa kemahuan Kaira,dia tahu...kaira  akan fikirkan yang terbaik.

Flashback end...

" Kaira.." pecah lamunan. Ku pandang semula pada abah.

" kenapa tak kerja?" Abah perhati saja muka ku.

Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓Where stories live. Discover now