Bab 25 : she is mine....

44K 1K 9
                                    

QHYRILL POV

Maafkan aku Kaira...kerana masa lalu yang menghantui..aku tersakiti kau. Bila kau lari dari aku tanpa hiraukan aku...cakap dengan aku...buat aku panas. Ruang mata aku cuma tengok bayangan Syazana yang sama dibuatnya macam apa yang kau buat pada aku.

Bayangan Syazana melarikan diri...tak menghiraukan aku...tak berkata sepatah...semuanya sama macam kau buat. Dulu aku tak mampu buat apa-apa...kalaulah dulu aku mampu buat pada dia macam aku buat kat kau tadi...
Nama aku memang ucap nama engkau..tapi di mata aku nampak bayangan Syazana.

Hati aku berbicara...dalam kereta pun masih kami berdingin. Nak pulang dari rumah mama. Tapi perangai nya kali ni lebih elok dari tadi. Ni dah tak mengelak dah..cuma masih terkunci rapat mulutnya nak berkata apa-apa pada aku...sunyi juga. .

Apa nak mula eh?

Tik tok...tik tok...masa berjalan!

" kenapa mama menangis tadi?" Jadikan masalah mama yang aku perasan matanya merah sebagai alasan untuk memulakan bicara.

Dengar nafas ditarik.. dan lepas.

" tak ada apa...cakap pasal rezeki anak untuk saya yang tak timbul-timbul lagi. "

Aku memandang dia. Menelan liur juga bila dia jawab macam ni...yalah...biasanya dia ni sikit merapu...sikit menggugup bagai.. ni pula dah straight forward jer...

Aku diam diri sajalah.

" awak....saya minta maaf ya?" Katanya lepas beberapa saat menyembunyikan suara.

Tak kaira...bukan kau yang sepatutnya minta maaf...tapi aku! Aku yang bersalah...hati mahu saja mengatakan yang bukan sepatutnya dia...

" ya..." tapi itu saja yang terluah.

" urm...kalau saya tanya,tak kesah kan?"

Aku mengangguk sebagai balasan . Dah dia macam ni elok,biarlah...ni macam sebagai tanda maaf aku,lah kirakan?

"Kenapa awak tak pernah bagitau yang awak ada akak?"

Muka yang selamba membeku jadi bengis,serious..angin aku yang elok macam angin sepoi-sepoi kini ditelan puting beliung!

" tu awak memang kena minta maaflah sebab tanya! "

Soalan ni memang patut dia minta maaf! Dah lah aku benci sangat bahas pasal ni. Kalau Dani..mama...papa...yang dah tau semua pasal hal keluarga kami,aku tak bagi mereka bahas pasal syazana lagi...inikan pula Kaira,orang luar...yang tak tau menau pasal benda ni.

Muka dia tatap aku dengan pandangan 'tak percaya'nya. Yalah. Dah elok tadi aku berlembut dengan dia,kini jadi berbeza pula. Kalau ni pun jadikan punca kami berdingin lagi...aku tak kesah!

" macam mana awak tau?" Tanpa ku tengok dia,ku belok stereng ke kiri.

" mama..."

Mama?? Gulp!

" mama ada bagitau apa-apa tak?"
Saja korek rahsia.

Dia buat riak keliru. Tak faham? Maksudnya...dia tak tau lah?

" bagitau apa? Pasal awak ada akak lah. " balasnya lurus bendul. Dalam diam aku melepas syukur,lega!

" oh...pasal saya ada akak sajalah?"

Dia mengangguk. Masih keliru. Tapi agaknya makin keliru lah dia.

" kenapa? Awak ada sesuatu kah nak bagitau saya?" Pusingnya soalan pada aku.

Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓Where stories live. Discover now