bab 21 : tak keruan.

37.7K 982 4
                                    


ALAYSHA POV

Aku senang hati bila hari ni,dia menunaikan janji nya yang sudah lama aku tagih. Ceraikan isterinya yang tak berguna itulah..aku teman dia sekali pulang ke rumahnya.

" okay sayang. You tunggu sini dulu. I akan jumpa dia sendiri. Sebab she is crazy..you wouldn't except what she might do. " kata Dato shariff memandang aku. Tahu dia sangat care pada aku..

Aku ia kan saja. Malas lah aku nak berjumpa,bersemuka dengan perempuan itu. Buang masa.

Tak lama kemudiam,shariff keluar dari kereta,di bawa sekali envelop keluar.

( takkan menggunakan Shariff POV sebab author tak nak banyak2 POV . Heheh. Enjoy! Faham sajalah. )

Shariff menapak masuk ke dalam rumah yang sudah lama ia tak menjejak kaki ke sana. Nak bertanya khabar isterinya pun malas. Bukan setakat malas,dah tahap tak hingin!

" Ain!! " laungnya dingin .

Beberapa kali nama yang sama dipanggil barulah kelihatan kelibat perempuan yang sudah terkejut melihat suaminya pulang.

" abang! " kata Ain menuruni anak tangga,dicuba sedaya upaya melangkah laju dalam keadaannya yang tengah sarat berbadan dua.

Shariff merenung jelik pada perempuan itu. Dianggapnya anak dalam kandungannya itu bukan anak dari darahnya pun. 'bukan anak aku pun! ' bisiknya dalam hati. Kalau ikut hatinya yang benci pada Ain,dah tak nak dia memijak kaki disitu,apa lagi melihat muka Ain. Kalau boleh,nak pandang sebelah mata pun tak nak!

" abang dah balik? Dah hampir 3 bulan abang tak balik...Ain rindu-" serta merta kata-katanya terputus bila pelukannya ditolak oleh lelaki itu.

" dahlah! Aku datang ni sebab aku nak bagitau engkau,aku dah filekan perceraian kita. Kau tinggal sign saja. " dihumban envelop tadi tepat ke muka Ain. Hendak pitam saja Ain dibuatnya bila dengar lelaki itu ingin menceraikannya. 

Terus laju ia rebah,mencapai memeluk kaki si suami. " apa salah Ain abang? Ain minta maaf kalau Ain tak jaga keperluan abang selama ni...Ain minta ampun! " rayunya tersedak-sedak menangis. Namun tak meluluhkan kekerasan hati lelaki Shariff.

" eh. Dah lepas! Sekarang aku nak kau kemas barang kau dan keluar dari rumah ni . Kalau aku balik,tapi aku masih nampak muka kau kat sini,nahas kau ku kerjakan. " di terjangnya Ain yang sudah kelihatan tak berdaya. Di usung dirinya menggunakan sekerah tenaga yang ada,nak saja ia menahan lelaki itu untuk pergi.

"Abang! Kesiankan anak kita! " jeritnya. Shariff menoleh dan hinggap satu tamparan hebat di pipi Ain. Rebah perempuan itu di depan pintu utama. Kesakitan di pipinya memang terasa..tapi tak mengalahkan hati nya yang bagai di koyak bila menyedari ada seorang perempuan muda...lagi cantik dalam kereta milik Shariff.

Kini Shariff menuding jarinya pada muka Ain. " kau jangan pernah sebut pasal anak dalam kandungan kau ni pada aku! Kau jangan sebut yang dia tu anak aku,bodoh!! "

Kali ini Ain hanya membisu...ya allah...tak sanggup ia membayangkan keadaan anaknya yang bakal lahir dalam bulan saja lagi,akan lahir tanpa kasih sayang seorang ayah dan akan melahirkan tanpa dorongan seorang suami di sisinya..nak saja ia menahan lelaki itu...tapi apakan daya...kereta shariff sudah laju meninggalkannya dari situ.

QHYRILL POV

Sibuk aku menaip sesuatu di laptop,tiba-tiba pintu di kuak laju. Kali ni bukan Dani...tapi mata aku tertumpu pada lelaki yang rambutnya sedikit panjang mencecah ke kolar dan mata sepet,memakai pakaian ranggi berdiri tersenyum pada aku.

Aku senyum juga. " weih...Arsyad! "

Laju ku peluk dia,lagi kawan ku yang sudah lama aku tak ketemu. Duduk kami bersama di sofa.

" it's been a long time .." kata ku. Perhati dia...makin besar pula badan mamat ni.

" yalah...aku baru sampai KL...lepas dari Australia. How are you man? " katanya sambil bersilang kaki.

" fine...kau pula? Eh Dani tau tak kau dah balik? " dia mengangguk.

" bukan punya excited lagi dia jumpa aku semalam..senang juga hati aku bila aku dapat balik Malaysia bulan ni. " dia membuka cerita yang dia ada masa nak balik sini. Kalau diikutkan,memang jarang lah dia balik Malaysia..tu lah akibat  nak sangat kerja kat Australia.

" eh...karang malam nak hangouts tak? Dah lama lah tak spent time sama. "

"Pergi mana?" Aku saja tanya padahal aku tau..mestilah club.

" club ah..." dah ku agak!

Aku menggeleng kepala. " tak ada tempat lain lagi kah? "

" lagipun,isteri aku nak letak mana?"

Tiba-tiba matanya membulat bila ku sebut pasal isteri. Takkan lah Dani belum buka cerita? Atau dengar dari kawan yang lain kah?

Tapi tengok riak mukanya...sahlah belum sampai lagi berita itu pada nya.

" hah? Isteri? Kau dah kahwin ke ?"
Aku mengangguk.

Lagi lah dia membulatkan mata. " whaat? Unbelievable..tak sangka kan..sampai juga kau kahwin dengan Alaysha..."

Oh. Ni lah berita ke 2 dia belum dengar. Kesihan kau ,Arsyad.

Aku ketawa kecil. "No....not with her. " lagi matanya bulat. Takut silap hari bulan,tercabut pula mata nya dari bakul mata.

" habis? Siapa?"

" adalah. " aku malas nak bagitau semua.

" so...apa jadi dengan Alaysha?"

Aku memandang tempat lain. " her fault. Stupid fault. " malas nak buka cerita...ulang cerita sama...dia bla bla bla...heh.

" okaylah...as I know...kau tentu tak bersalah...dah tentu dia yang salah. Sebab apa? Aku tau kau sayang dia sangat. "

Belum sempat nak balas,di sambungnya semula.

" anyway...cantik tak wife kau ni? Sampai nak hangouts pun takut tinggalkan isteri. " perlinya. Aku jeling saja dia.

KAIRA POV

Malamnya...

Aku tengok dia dah siap bergaya ..bau harum lagi...dah nak kemana? Aku baru nak buka mulut tapi ku tutup rapat bila terkenang janji kami. -dia dia,aku aku.-

Aku batalkan hasrat. Kembali lagi mata melihat skrin tv.

" Kaira. Ni saya nak keluar. Awak kunci pintu tau. Kalau ada orang datang,tak usah lah buka pintu. Tak payah tunggu saya balik. Sebab saya keluar lama sikit. Kalau nak tidur,kat atas. Jangan kat sofa pula. Tak kuasa nak angkat awak. " pesannya yang sungguh baik hati pada awalnya dan sakit hati bila aku dengar yang  hujung. Eh...apasal dia ni. 

Selalu saja sakitkan hati aku...aku mencebik. Ku lihat saja dia yang dah keluar . Tak lama kemudian,ku dengar bunyi keretanya meninggalkan perkarangan rumah.

Sekarang tinggal aku sendiri. Kemana agaknya dia pergi eh? Rasa nak tau juga...tapi kalau aku tanya..pasti aku di pekakkkan telinga dengan pekikan dia yang sungguh merdu. Heh...

Aku letakkan kepala ke tangan sofa. Mata tengok tv..tapi fikiran aku melayang memikirkan,kemana agaknya dia pergi. Mungkin dia nak jumpa dengan girlfriend dia kah ...siapa taulah kan? Sebab aku kan isteri separuh tahun dia saja..hmmm

Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓Where stories live. Discover now