Bab 43 : Projek Memujuk Isteri.

49.6K 949 2
                                    

Dalam ruang tamu,masih lagi fikiran melayang pasal hal tadi. Mana taknya,tak sampai dua jam pun lagi. Marah aku pun masih belum reda..dalam dua jam tu pun juga belum kami bertembung.

" malas lah aku. Lagi baik...aku pun malas nak tengok muka dia. " dasar perempuan! Heii...nak ikut kepala baran aku,mahu pecah saja tingkap ni ku tumbuk..tapi,kalau ku tumbuk,pecah..mahu keluar lagi duit nak repair. Buat buang duit saja ,haihh. Useless..

" awak..." entah dari mana dia muncul. Ku paling belakang. Masam mencuka Tapi dia,lembut macam biasa.

" kenapa?!" Suara tenang tapi tegas. Paling dari dia. Bukan benci...tapi aku tak mampu menahan kalah pada dia.

" awak...saya....saya nak minta maaf..." ujarnya perlahan...teragak-agak. Aku masih menghisap rokok di jari.

" awak...saya tak sanggup. Saya...." dipegang nya lengan aku. Hmm. Tak sanggup apa? Tak sanggup bertengkar dengan aku kah? Kau ingat aku sanggup? Kau ingat aku sengaja menggempar gempur kan hal ni? Lagi-lagi dalam keadaan tadi. Hati aku membebel...tapi realitinya,mulut terkunci rapat. Cuma terbuka bila aku nak menghirup batang rokok saja. Masih menghadap ke permandangan luar melalui tingkap.

" kau pergilah. Aku malas nak cakap sekarang. " tarik nafas dalam-dalam. Aku malas nak meroyan lagi pada dia. Aku pun rasa sakit juga! Haihh.

Sepi...sunyi...

Ku toleh belakang. Dia dah naik agaknya,sebab tak ada lagi dah belakang aku.

I'm so sorry Kaira. I am really sorry. Aku sayang kau. Aku sayang kau.

Keesokkan nya pun macam tu jua. Tak bertegur,tak bertembung. Tak apa-apa dah. Harapkan lepas balik dari Krabi ni bertambah bunga-bunga hati malahan macam ni pula jadinya! Serabut..memang serabut.

Macam dijanjikan,aku baru saja habis berjumpa dengan encik Afreez. Nasib baiklah Natasya ada untuk menguruskan semuanya yang tertangguh. Gara-gara terkandas di Krabi 4 hari ,terpaksa cancel jumpa dia hari khamis.

Duduk di kerusi pandang kat luar..tengok Kaira yang tidur semalam di katil..buat aku kesian. Jujur,bukan aku tak kesihan..bukan aku tak  menyesal aku luah macam-macam pada dia . Tapi ...kenapa Arsyad?!!

" yo bro?"

Eh?? Ku paling belakang,menghadap depan. Siapa pula ni? Berani tak ketuk pintu ..

Muka aku mengejang. Ni lah dia! Orang yang hati aku menjerit nama nya tadi,dah muncul depan mata. Macam boleh dengar saja.

Lagak biasa. " hai...tak tahu nak ketuk pintu ke?" Perli..dia ketawa saja sambil membawa langkah ke dalam ofis dan duduk di kerusi depan ku.

" laa. .aku dah ketuk banyak kali,kau yang tak dengar. Apa khabar bro?" Sengih lagi. Bahagia nampak..tau ke aku bergaduh??

" oh..ya kah? Aku tak sedar kut. Busy kan..lagipun aku serabut sekarang. " balas ku laju tanpa pandang dia.

" kau ni busy manjang. "

" ya busy..sampaikan ada orang ambik kesempatan di saat aku tak ada kat Krabi. " sindirku,tau dia faham sindiranku.

" aku tau Rill...dan sebab tu aku datang. Aku dah datang masa tu,tapi kau masih kat Krabi. "

" habis tu pasal bab jaga tu apa pula? " aku geram.

" aku terpaksa tipu Kaira. Aku terpaksa guna kau untuk buat dia setuju bercakap dengan kau. Sebab kalau aku tak buat macam tu...dia memang tak nak. Bila dia tak nak...sampai bila pun aku masih mengharap dia . " luahnya kesal sebab menipu Kaira.

Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓Where stories live. Discover now