Bab 50 : Sesal Separuh Nyawa.

38.1K 979 131
                                    

Mana harus ku hamparkan rindu
Tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku tabah berjalan sembunyikan harapan
Separuh sayang mu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentukannya

_______________

Di bilik tamu. Semua orang berkumpul,macam dijanjikan Qhyrill tadi. ; semua.  Kecuali baby Raqeef dan suami kak Syazana. Sebab baby Raqeef menangis pula...macam tau saja ada perkara buruk nak jadi . Alahai.

Semua riak muka di depan aku ku teliti habis. Hairan semuanya. Mana taknya,tadi bukankah satu moment yang bahagia buat kami sekeluarga? Sekarang...

Mama diam. Berkerut dahi mama melihat kami berdua.

Papa,serius saja memandang.

Kak Syazana,gelisah,kejap matanya menumpu pada Qhyrill..kejap beralih pada aku.

Qhyrill pula? Tunduk,mendiamkan diri. Suasana sepi macam ni buat hati tak tenteram pula...please,say something!

Akhirnya,mama memulakan!

" kenapa ni Qhyrill? Panggil semua orang berkumpul kat sini...macam ada hal mustahak pula..." mestilah mama tak sangka,kan? .

Lama Qhyrill membiarkan pertanyaan mama tergantung.

"Memang ada ma. Memang mustahak. " luahnya selepas itu.

Makinlah naik hairan mama menatap anak lelakinya itu.

" apa yang mustahak sangat tu? Sampai muka tegang macan ni...kenapa ni Rill?" Macam tak senang duduk mama. Sekejap ke depan,sekejap belakang.

Qhyrill mengusap tengkuknya. Aku pun berdebar juga..apa yang dia nak bagitau ni? Hal mustahak yang mana satu?

Ku tatap dia di sebelah...sayu hati...takkan lah dia ...hmm. malas nak cakap.

" Qhyrill nak declare something,sesuatu yang  mama dan kak Syazana,papa tak tau. " tunduk dia...aduh. makin gusar pula hati aku ni. Apa dia?

" apa dia Qhyrill? " mama pun macam tak sabar nak menanti jawapan Qhyrill. Tapi kali ni,riak mama sedikit teruja..apa yang mama fikir?

Terus mama menepuk tangan.
" ha! Mama tau,mesti Kaira dah mengandung,kan?" Senyum lagi mama meleret. Ya allah...bersalahnya aku tengok kegembiraan mama. Tunduk sayu..tak sanggup aku tengok. Masih mama mengharap sesuatu yang mustahil.

Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓Where stories live. Discover now