prolog

132K 2.5K 21
                                    


"Haizul Reduan ! " tengking pegawai kanan itu pada pemuda yang hanya berlagak tak bersalah bila berhadapan dengan orang berpangkat disyarikat tersebut.
" awak tak rasa malu ke ?! Semua orang dah tau awak pecah masuk,bukan setakat tu saja,malah cubaan mencuri dokumen sulit syarikat Khyrir Holding.. dan sekarang awak tunjuk muka tak bersalah ?" Semakin meninggi suara lelaki itu,sambil ia mundar-mandir bercekak pinggang. Pening kepala memikirkan apa yang sudah terjadi bila seorang pekerja dari syarikat itu disabit kesalahan memecah masuk dan cubaan mencuri,dari syarikat pelabur paling besar pula tu !

"Fazri ! Haizul ! " suara lantang itu kedengaran saat pintu dikuak laju dan dihempas kuat. Teebuntang mata Fazri memandang tuan badan punya syarikat itu sudah berada depan mata ! Takut pula gara-gara Haizul,dirinya sebagai pegawai kanan syarikat ikut terjejas,dek takut lucut pangkat !

"T-Tuan David ?"

"Fazri ! Kenapa awak tak inform saya awal-awal lagi,kenapa saya kena dengar dari pihak polis pula ?! " geramnya bila ia kena menebalkan muka depan CEO khyrir Holding serta beberapa polis tadi.

"Eh awak Haizul,sekarang semua susah sebab awak tau tak ? Kenapa awak sanggup buat macam tu ?!" Katanya berpaling pada Haizul,mengejutkan Fazri dan Haizul atas ketinggian suaranya. Maklumlah bangsawan cina itu sesekalipun tak pernah meninggi suara pada staffnya. Kalau salah pun,ditegur dengan baik. Tapi nampaknya kesabarannya tercabar bila mendengar berita memalukan itu,lagi-lagi dari mulut pegawai polis.

Haizul yang dari tadi mungkin merasa lali dengan tengkingan ,kini ia berani mengangkat suara pada tuan David.

"Hei Mr David,kalau kau malu,kau pecat lah aku. Kalau kau nak sangat,kau hantar je aku kat lokap ! Bodoh. "
"Hei Haizul,jaga sikit.. ni bos kau. " giliran Fazri pula bertegang urat dengannya .
"Kau diam !" Ditunjuknya muka Fazri,tepat. Tergama Fazri dengan tindakan Haizul itu.

"Ya,tentulah saya akan pecat awak sebab awak dah melanggar beberapa prosedur syarikat. Sepatutnya awak bersyukur tau sebab Tuan syarikat Khyrir Holding tak heret awak pergi lokap. Siap dia bertolak-ansur lagi. " jelas Tuan David.

Haizul bingkas bangun dan melangkahkan kaki ke pintu lalu ditoleh,tersenyum sinis.
"Terima kasih lah ya pada kebaikan awak tuan David . " tahu Haizul sekadar memerlinya. Tak dibalas apa pun bila disedari lelaki itu melangkah keluar.

"Bodoh punya orang tua !" Meroyan Haizul sebaik saja ia keluar dari situ. Beberapa pasang mata menyedari tingkah Haizul dan berbisik antara satu sama lain .

"Apa kau tengok-tengok ?!!" Sergahnya bagai orang sakit jiwa pula ! Dahlah baju selekeh..tak terurus. Entahlah..
Dikutip kotak kosong,cepat-cepat ia mengemas barangannya sebelum meninggalkan syarikat itu.

Di kerling sekali lagi syarikat dibelakangnya buat kali terakhir,
"Kau pasti menyesal bila kau tahu siapa ular di syarikat kau ,David. Kau Fazri,kau tunggulah ! "

Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓Where stories live. Discover now