Bab 44 : Ugut Bunuh.

40.5K 856 23
                                    

" Lailahailallah...kenapa awak sembunyi-sembunyi tu. Cepatlah! kita dah lewat ni. " tipu ku,alaa. Lama sangat dia ni nak keluar. Dah sedia dah nak ketawa...nak tengok juga apa warna baju emergency apa dia bawa! Tiba-tiba kedengaran bunyi tombol di pulas. Tahan tawa!

Lihat dia dah menapak depan aku. Terlopong,lalat pun hampir-hampir nak masuk ke dalam mulut aku yang ternganga ni.

" laa...baju merah?"

" eh...saya bukan nak sembunyi okay? Saya pakai baju tadi. Kalau tak smart,mana lah kau nak tayang suami kau ni. " jeling lagi.

Handsomenya dia...dah lah putih melepak! Pakai baju Merah lagi ..complete lagi macam lelaki melayu terakhir! Dia dah menyampah dengan aku..

" dah kenapa awak ni? Bukannya first time kan tengok pakai baju melayu. " memang handsome sangat...mesti kecoh satu kampung lah hari ni...

" well...not bad. " puji sajalah...kang marah pula dia kat aku. Memang dia lari sangat dari tema hari ni. Entah,dalam 300 tetamu yang hadir ,mungkin dia sajalah yang serba merah. Haii,tengok dia dah berjalan ke depan tu pusing balik ke belakang kat aku.

" apasal awak tak bagitau yang awak pakai baju biru  hari ni?" Marah pula dia pada aku.

Aku pula dah lemah lembik dah. Awat aku lagi di persalahkan? Memang muka ni cop pesalah penyimpan maklumat jenayah sajakah? Haii...hadap sajalah.

" laa...awak kan yang datang last-minute..emergency pula tu. Mana saya tau awak nak datang..jangan tuduh-tuduh eh. Lagipun,awak kan konon-kononnya tak nak datang lah ...apalah..." suara ku lagi bunyi penuh menyakitkan hati. Kalau ikutkan hati dia,entah dah lunyai agaknya muka aku ni.

" eh awak ni kan-"

" eh...kaira,Qhyrill..kenapa tak gerak lagi?" Dua-dua kami terdiam beruk. Apa taknya,hampir saja ditangkap basah bergaduh depan abah. Nampak muka abah hairan ,turun naik kepala abah pandang. Bukan aku...siapa lagi? Orang sebelah ni lah.

" laa...kenapa merah ?"

" emergency punya pasal bah...takkan nak sembur cat biru pula bah..." aku saja nak menyakat. Alang-alang abah ada..masuk line lah sikit.

Dia dah marah dah pada aku.

" dah nak  pergi bah ..abah nak pergi ke?" Tau dia malas nak melayan aku merepek . Diketepikan terus kata-kata aku. Macam sampah serakah. Senget bibir...

Abah membetulkan songkoknya.
" ya...abah nak jalan lah ni..."

" eh...kenapa tak sekali bah..kan satu jalan je. " qhyrill segera protest. Abah pula mengeluh kecil saja macam 'ala...tak ada hal lah..' .

" tak apalah Qhyrill. Abah dan ibu pergi guna motor je. "

Lagi Qhyrill menunjukkan tak setuju. " abah...tak apalah...jomlah sekali dengan kita. "

Desak punya desak,akhirnya abah setuju dengan ajakan Qhyrill. Aku senyum saja. Ibu pun dah nampak di depan kami.

Sedih pula bila dah tinggalkan ibu dan abah di kampung. Lepas dari perkahwinan Amizah tadi,kami terus pergi nak balik tapi kereta masing-masing pakai kereta sendiri. Aku pula macam kura-kura,kecil je rasa ikut kereta mewah kat depan tadi.

Malam ni,seperti yang dijanjikan,betul dia bawa aku jalan-jalan. Dari makan malam kat restoran dulu then barulah kami gerak. Menuju ke mall besar ni..

Dah menapak di basement mall  . Dia lepas seatbelt," cepatlah..."
Aku masih terkial-kial depan cermin,baru sedar nak betulkan tudung.

Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓Where stories live. Discover now