Bab 38 : " Jangan Lawan Saya,Boleh?"

37.9K 1K 19
                                    

I put a spell on you
Because you're mine
You'd better stop the things you do
I tell you, I ain't lyin'
You know I can't stand it
You're runnin' around I can't stand it cause you put me down
And I don't care if you don't want me
I'm yours right now

___________________________

"Qhyrill,ni makan lagi buah ni. " mama memecah lamunan. Aku terima huluran mama. Kenyang juga. Dah lah. Ini yang terakhir. Malas nak memandang Kaira lagi,ku atur langkah ke luar. Nampak sepupu aku menghisap rokok di luar.

" weih...kau tak makan?" Ku sapa.

" tak lah...aku dah kenyang. Nak?" Kata nya sambil memberi sebatang. Aku terima,tu hidupkan light dan hirup perlahan.

Dah lama juga aku tak berjumpa dengan dia ni. Annuar. Walaupun semasa aku masih bujang,sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Dia dan aku pun dari aliran berbeza. Aku sibuk dengan bisnes,dia pula doktor. Kan tak sama?

" macam mana kahwin?" Katanya memula bicara.

" baguslah...ada teman tidur. Pagi-malam ada teman. " balas ku biasa saja. " kau bila pula nak kahwin?"

Annuar dah senyum dah. " dah ada,tapi belum decide lagi nak kahwin. Lagipun dia masih study,ni tunggu nak convocation dulu baru aku nak datang jumpa mak bapak dia. " luahnya bicara pasal hal dia dan kekasihnya.

" oh...tak baik lama-lama...nanti kena kebas pula. " huh. Kalau ada papa disini dengar,confirm di tempelaknya aku ni. Pandai nak mengajar orang...padahal aku dulu lagilah teruk! Tak payah lah ungkit kisah lama!

" ya...tu lah aku tak sabar ni tunggu dia graduate. Aku pun nak juga merasa hidup macam kau. "

Aku ketawa saja melayan dia. Banyak juga benda yang nak kami bualkan bersama ni...dah lama tak borak. Ikram pun join sekali.

Dah jam menginjak ke pukul 9.45 malam,barulah kami nak beredar balik,baru juga sanak saudara minta diri nak balik. Mama ku tengok dah mengantuk nampaknya...papa pun sama. Kaira masih lagi segar,bermain dengan si kecil.

" okay!" Ku awangkan tangan ke arah mereka,yang dah bergerak melepasi garaj. Papa dan mama pun menemani aku diluar.

Dah tinggal kami 5 anak beranak saja disini.

" papa nak balik?" Aku menegur papa yang dah terbuka mulutnya menguap. Perlahan anggukan sebagai balasan.

" yalah...dah lewat ni. Papa pun bukan boleh sangat lewat tidur."

Aku senyum saja. Mama pun setuju juga. Kesian juga tengok diorang ni...

" kenapa lah mama dan papa tak tidur sini semalam saja?" Aku bagi suggestion,akak Syazana mengambil dengar.

" yalah! Betul tu mama. Bukannya tak ada bilik untuk mama pun. " girang suara kak Syazana,mama fikir sejenak.

" boleh lah..." kami senyum.

Kali ni kak syazana paling pada aku. " hah! Qhyrill pun sama! " aik? Apasal aku pun terlibat sekali ni?

Aku menggeleng laju,tangan lagi ku layangkan depan kak syazana. " no...esok Qhyrill kena jumpa someone....tak boleh. "

Kaira kini menyampuk. Eh?? Kaira? Sejak bila pula dia ada disebelah aku ni?

" eh,idea bernas kak! Boleh...kalau awak tak boleh,biar saya tinggal sini saja dengan mama dan papa. Awak boleh balik!" Senyum lagi...

Aku dapat baca permainan kau kaira! Aku sepetkan mata pada dia...punca aku tak nak tidur sini sebab aku nak buat 'benda' pada Kaira dirumah nanti,tapi kalau Kaira disini,aku balik rumah...memang tak jalan lah plan! Saja kan dia ni...

Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora