♦ Jhope ♦

479 26 0
                                    


Request by ; @rina_yana ♥

_________________________

Name : Yoon Hara

Bias : Jhope

Genre : sad

Thanks for request ~!

_________________________

Terukir senyuman di bibir Jhope. Senyuman yang mempunyai seribu maksud yang tersembunyi mengenai perasaannya yang sedih bercampur baur dengan marah dan kesal. Kaca pasu yang berkecai di lantai dibiarkan sahaja.

Jhope bermain dengan kaca tersebut, air matanya semakin deras keluar dan lantas dia menyeka. Dia bangun dari duduknya. Melihat ke sekeliling kondo nya. Tidak ubah seperti rumah yang tiada penghuninya.

Hari sudahpun menjelang malam, tetapi lampu masih lagi belum dibuka. Ruang itu dibiarkan gelap dan hanya cahaya bulan sahaja yang menyinari ruang tersebut. " saya sayang awak Hara.. Sayang sangat.. Hara.. awak dengar tak? saya sayang awak.. " desis hati Jhope sambil memegang baju milik Hara.

Baju itu penuh dengan darah yang sudah pun kering, dicium bau baju itu, rasa rindunya membuak-buak terhadap Hara. Kehidupannya menjadi huru hara. Menyesal, menyesal teramat sangat.

Wajahnya di tatap di serpihan kaca yang berkecai dilantai tersebut. Dia ketawa namun ketawanya tiba-tiba sahaja mati.

Flashback

" Terima kasih sebab terima saya.. " Kata Jhope sambil menatap muka Hara yang putih kemerahan-merahan itu. Hara hanya mengangguk. " Berapa kali oppa nak cakap? setiap hari oppa cakap benda yang sama.. dah setahun kita jalinkan hubungan ni.. mestilah Hara terima oppa.. " Jawab Hara dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya.

Tubuh Hara ditarik keriba Jhope. Dagunya ditempatkan di bahu Hara. Terasa setiap nafas yang dihembuskan oleh Jhope. " Sebab oppa nak Hara tahu yang oppa sayang Hara seorang je.. tak ada sesiapa di hati oppa selain Hara.. " Kata Jhope sambil mengeratkan lagi pelukkannya.

Hara memejamkan matanya sambil tersenyum. " nae oppa.. Hara pun sama.. " Jawab Hara lagi sambil mengusap lembut pipi Jhope. " Kalau oppa tak sebut perkataan tu untuk sehari, tolong marah oppa.. pukul oppa kuat-kuat.. nae? " Kata Jhope lagi sambil meletakkan tangannya di tangan Hara.

" Kenapa nak tumbuk oppa pula? " tanya Hara. " Yer la.. sebab oppa tak sebut perkataan tu.. janji nae? Sehinggalah hati Hara berhenti berdegup untuk oppa.. " Jawab Jhope. Hara mengangguk tanda setuju. " Hara suka bentuk bulan harini.. Cantik.. " Kata Hara sambil menunding jarinya ke arah bulan yang jauh diangkasa.

" Nampak tak ada apa dekat sebelah bulan tu? " tanya Jhope. " Apa? ada apa? " Soal Hara. " Ada dua bintang.. bintang besar dengan bintang kecil.. dan itulah kita.. bila kita dah kahwin nanti bintang tu juga akan bersatu dan tidak akan berjauhan lagi.. " jawab Jhope.

Hara tertawa kecil mendengar kata-kata Jhope. " Kahwin? haha cepatnya oppa fikir sampai ke situ.. " Kata Hara. Jhope mencebik. " Tahu tak.. oppa dah rancang dah apa yang kita akan buat lepas kahwin tu.. dekat mana kita nak honeymoon andd.... " Jhope tersenyum.

" Oppa! " Hara mencubit lembut lengan Jhope. Muka Hara mula merona merah akibat malu. " Hahaha ni lah buatkan oppa suka Hara bila blushing.. comel.. " Jhope mencubit kedua belah pipi Hara. " aishhh sakitlah.. tahu lah pipi saya tembam.. " rengek Hara.

" sebab tu oppa geram.. ish comel lah budak ni.. " Jhope masih lagi mencubit pipi gebu milik Hara. " oh! oppa nak kena eh? " kali ini giliran Hara pula yang mencubit pipi Jhope. " Ahhhh... sakit sakit... " Kata Jhope. " Hah! tahu pun.. oppa ingat tadi Hara tak sakit ke oppa buat macam tu? " Hara tersenyum kemenangan. " ok ok.. mianhae sayang.. " pinta Jhope.

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now