♦ Taehyung ♦

1.3K 80 2
                                    


Request by : @Kim_Taehyunggie95 ♥
__________________________

Name : Park Min Soo

Bias : Kim Taehyung

Genre : Happy & bully

Thanks for request !

___________________________

" kyah! Bagi la balik buku tu!!! " MinSoo mengapai buku yang diambil oleh Taehyung atau lebih dikenali sebagai V. " kalau kau rasa kau tinggi cuba la ambik " V tersenyum sinis.

" aku tahu lah aku ni pendek! Tapi kerja tu!! Aku tak siap lagi lah!!! " MinSoo menghentak-hentak kakinya kelantai. " dah tahu pendek nak ambik juga? Berangan jer lah kau " V mengetawakan MinSoo.

"Pleasee la bagi!!! " Mata MinSoo mula berair. " boleh! Tapi dengan satu syarat.. " V mengangkat kening kirinya. " a..apa? " MinSoo menyoal. " kiss kat sini.. " V menunjuk bibirnya.

" ANDWAE! " MinSoo separuh menjerit. " tak nak eh? Ok ? Buku ni aku simpan" V beredar dari situ. " ya!!! Kim Taehyung!!!! " MinSoo menjerit memanggil V tetapi dia mengendahkannya.

"Apa nasib aku?! Kena buli dengan mamat ni jer.. Kat rumah kena buli.. Kat sekolah kena buli.. Dah lah jiran sebelah rumah ! Benci betul! " MinSoo mengomel seorang diri. Dia sempat menjeling ke arah V. V hanya menjelir lidah dan mengetawakannya.

MinSoo duduk di tempat duduknya sendiri. Dia memicit kepalanya yang sedikit pening. Penat. Dia penat dibuli. Kalau boleh dia mahu memusingkan masa dan tidak mahu kenal dengan manusia yang bernama Kim Taehyung.

Beberapa minit kemudian cikgu masuk ke dalam kelas. " aduhh.. Cikgu ni datang pula harini.. Macam mana aku nak jawab.. " MinSoo mengerutkan dahinya. Semua murid bangun dan mengucapkan salam kepada Cikgu.

" semua boleh duduk " Arah Cikgu. Semua murid akur. " dah siap tugasan yang saya beri tempoh hari ? " Cikgu menyoal kepada semua pelajar. " dah cikgu.. " semua murid menjawab. Tangannya tidak lepas memegang rotan. Kalau ada perkara yang tidak berkenan di hatinya terus dia akan merotan. Ini membuatkan MinSoo resah dan takut.

" baiklah.. Kalau semua dah siap.. Saya akan kutip sekarang.. " cikgu mula berjalan dan mengutip buku para pelajar. Kaki MinSoo terketar-ketar kerana takut. " Apa aku nak jawab dengan cikgu ni nanti? " MinSoo mengigit kukunya.

Cikgu semakin lama semakin dekat ke meja MinSoo. " MinSoo? Mana buku kamu? " Suara garau cikgu itu cukup menakutkan. " s..saya.. S..saya.. " MinSoo tergagap-gagap. " berdiri! Cakap! Mana buku awak!?" Cikgu itu mengetuk-ngetuk meja MinSoo.

MinSoo akur. Dia berdiri di tempatnya. Semua pelajar memandang tepat ke arahnya. " MinSoo ah.. " Taehyung mula simpati.

" jawab cikgu tanya ni!" Cikgu meninggikan suara ke telinga MinSoo. " s..saya.. " MinSoo terketar. " Saya apa?! " gertak cikgu. Mata MinSoo mula berkaca. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Beritahu perkara sebenar? Atau memilih untuk menipu?

Kalau dia menipu dia akan dihukum oleh cikgu. Kalau dia memberi tahu perkara yang sebenar tak pasal-pasal dia dibuli lagi oleh V. " Cikgu! " V mengangkat tangannya.

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now