♦ Suga ♦

693 36 3
                                    


Request by : JungYeon728

__________________________

Name : Jung Tae Yeon

Bias : Suga

Genre : Sad + happy

Thanks for request !.

__________________________

" Suga aku ada benda nak bagitahu kau ni.. " Kata Tae Yeon sambil mengigit kukunya. Rasa serba salah, takut sudah menyelimuti dirinya. Adakah dia patut memberi tahu Suga?

" kau nak beritahu apa? Cakap je lah.. " tanya Suga yang seakan tidak sabar mahu tahu. Suga merupakan kawan kepada Taeyeon. Tetapi Suga lagi tua dua tahun sahaja.

Mereka sudah berkawan hampir mencecah 4 tahun. " kau.. Errmm.. Kau ada suka seseorang tak? " Tanya Taeyeon dengan ragu-ragu. Suga mengalihkan pandangannya ke arah Taeyeon.

Wajah Taeyeon dipandang kosong. " tak.. " Jawab Suga dengan ringkas. Memang dia boleh menipu sekarang malah bukan hatinya. Taeyeon tertunduk ke bawah. Terasa sakit hatinya.

Air matanya diseka. " ohh.. " balas Taeyeon dengan ringkas. Suasana di dalam kereta menjadi sepi. Suga hanya menumpukan kepada pemanduannya dan langsung tidak menghiraukan Taeyeon.

" kau pula? Ada suka sesiapa ke? " Suga pula bersuara memecahi kesunyian. Taeyeon melepaskan keluhan yang berat. Dadanya digosok sedikit. " tak de juga.. " kata Taeyeon dengan suara yang agak serak seperti mahu menangis.

Selepas sahaja Suga mendengar kata-kata itu, dia juga terdiam seribu bahasa. " erm.. Dah sampai.. " Suga memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Taeyeon.

" gomawo.. " Taeyeon terus keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam rumah. Suga hanya memperhatikan gerak geri Taeyeon. " waeyo kau tanya soalan macam tu.. Tak kan sikit perasaan dekat aku kau tak de.. " Suga berkata perlahan.

_

" Taeyeon dah balik.. " kata Taeyeon sambil menutup pintu utama rumahnya. " hah.. Anak eomma dah balik pon.. " Puan Jung memeluk erat anaknya. " eomma dah masak? " tanya Taeyeon.

" dah.. Sebelum tu.. Kita duduk dulu eomma nak cakap sikit dengan kamu ni.. " Puan Jung menarik tangan anaknya menuju ke sofa. Mereka berdua melabuhkan punggungnya.

" balik dengan siapa tadi? " tanya Puan Jung. " err.. Kawan.. " Jawab Taeyeon acuh tak acuh. " siapa? Kamu ni.. Kamu tahu tak kamu akan berkahwin minggu depan? " Kata Puan Jung.

Taeyeon memejamkan matanya. Seolah-olah tidak dapat percaya bahawa dia akan berkahwin minggu depan. " ni kenapa senyap je.. Balik dengan siapa? Kenapa tak suruh Jimin hantar? " Kata Puan Jung.

" Suga hantar tadi.. Lagi pun Taeyeon mana lah kenal sangat dengan Jimin.. Tak kan lah nak suruh dia hantar balik.. " jawab Taeyeon. " ada-ada je kamu ni.. So.. Kamu setuju lah nak disatukan minggu depan? " puan Jung bertanya untuk mendapatkan kepastian.

Taeyeon terdiam. Jujurnya dia tidak mahu. Tetapi ini adalah pilihan keluarga. Dia tidak mahu menghampakan hati eomma dan appanya. Hatinya hanya diduduki oleh seseorang sahaja. Tidak lain tidak bukan namja itu adalah Suga.

" kau.. Errmm.. Kau ada suka seseorang tak? "

" tak.. "

Dia cuba mengingati kembali kata-kata Suga. Terasa pedih dihatinya. Mungkin berkahwin dengan Jimin adalah jalan penyelesaiannya untuk berhenti menaruh harapan kepada Suga yang langsung tiada perasaan kepadanya?

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now