chapter 14 <3

1.5K 121 2
                                    

Jihyo terkejut apabila melihat changmin yang berada di dapur, dia buntu ingin membuat apa supaya identitinya tidak ketahuan oleh changmin. Akhirnya jihyo teringat yang junho ada, dengan segera jihyo mengambil telefonnya dan menelefon junho.

Junho pelik melihat jihyo menelefonnya, setelah nampak kelibat changmin yang berada dimeja makan sedang meminum air sambil memakan sedikit snek junho dengan cepat menggesel skrin phonennya untuk menjawab panggilan daripada jihyo.

"hello seong im" junho berkata sambil matanya ligat melihat kearah changmin supaya tidak ketahuan.

"junho tolong aku alihkan perhatian changmin" jihyo berkata cemas.

"ok, nanti kau terus keluar selepas dengar aku kata jom dari luar tandas" junho memberi cadangan.

"ok" jihyo terus menutup panggilan itu dahulu. Jihyo mendekat kearah pintu tandas supaya dapat mendengar junho berkata.

Selepas mendengar junho berkata perkataan jom, jihyo dengan perlahan-lahan membuka pintu tandas dengan tangan yang sebelah lagi memegang beg, lagaknya seperti seorang pencuri yang takut ketahuan. Jihyo terus meluru ke dalam kereta junho, nasib baik junho tidak mengunci pintu keretanya kalau tidak dia pasti nanti ketahuan. Selepas masuk sahaja di dalam kereta, jihyo memesejkan junho yang dia telah sampai dikereta. Tak sampai beberapa minit kemudian junho telah datang duduk disebelah tempat duduk pemandu.

"huh... Sebaik tak ketahuan" jihyo mengeluh perlahan setelah mereka telah keluar dari halaman rumah changmin.

"asal tadi kau tak jaga betul-betul, sebaik tak ketahuan tadi" jihyo memarahi junho yang tidak mengawal situasi sekeliling tadi.

"sorrylah aku terleka tadi ada orang mesej" junho mula berasa bersalah, jihyo hanya mengeluh.

"yelah aku maafkan kau, nah ni alamat tempat yang aku nak pergi" jihyo menghulurkan sekeping kertas yang terdapat alamat tempat yang ingin dia tujui.

"ok, nanti kau balik dengan siapa?" junho bertanya apabila mereka telah senyap beberapa minit.

"aku balik dengan manager aku, sorrylah kalau menyusahkan kau" jihyo berkata dan memberikan junho senyuman manisnya, junho membalas balik senyuman jihyo dan berkata dia tidak kisah kerana mereka kan kawan baik dari dulu.

"bagitau jelah perkara sebenar kepada diorang, penat aku nak kena nyorokkan perkara sebenar" junho menukar topik, jihyo mengeluh mendengar kata-kata junho itu. Dia bukan tak nak, tapi dia tak nak yang lain ambik kesempatan dengannya dan berkawannya dengan tidak ikhlas, cukuplah dia pernah kena sekali dan dia tak nak terkena buat kali yang kedua. Junho yang melihat jihyo yang berdiam diri pun turut mendiamkam diri. Junho sengaja berkata seperti itu kerana dia tak nak jihyo selalu kena buli dengan orang-orang yang berada disekitarnya dia rasa bersalah bila melihat jihyo yang kena buli malah dia hanya berdiam diri dan melihat jihyo dengan simpati.

Sesampainya ditempat yang dituju, jihyo berterima kasih kepada junho kerana telah menghantarnya setelah kereta junho telah pergi dan hilang dari penglihatan jihyo, jihyo mulai masuk kedalam bangunan tersebut. Disanalah tempat yang dia akan bekerja sebagai seorang model.

Masuk sahaja ditempat pengambaraan tersebut, jihyo disambut baik oleh produser yang berada disana. Jihyo terus masuk kedalam bilik make-up untuk bermake-up dan menukar pakaian. Keluar sahaja dari bilik tersebut jihyo mendapat pelbagai pujian posotif daripada para produser disana yang mengatakan dirinya cantik jihyo hanya membalas dengan senyuman manis yang dia miliki dan terdapat sedikit kemerahan dipipinya kerana malu mendengar pujian itu.

Jihyo membuat penggambaran dahulu sebelum menunggu pasangannya datang. Pelbagai posing yang jihyo pamerkan dan setiap posingnya mendapat pujian daripada produser kerana setiap posing yang jihyo tunjuk mendapat hasil yang cantik. Setelah beberapa minit kemudian, jihyo disuruh menukar bajunya kerana pasangannya telah pun sampai. Keluar sahaja dari ruang ganti, jihyo terkejut melihat orang yang dikenalinya berada disitu.

"oh jihyo, kamu duduk dulu nanti kalau mereka dah siap, kamu pulak dengan pasangan kamu" jihyo tanpa membantah kata-kata produser itu terus menuju ke sebelah pasangannya.

"hai oppa, lama tak jumpa" jihyo berkata riang pada pasangannya itu iaitu baekhyun daripada kumpulan exo.

"oh jihyo, lama ke tak jumpa bukan baru beberapa hari lepas ke kita baru berjumpa?" baekhyun berkata dan jihyo memberi senyuman lebar yang menunjukan giginya yang putih, baekhyun yang melihat mencubit kedua-dua pipi jihyo. Comel bisik hati baekhyun.

"oppa sakitlah, habis merah pipi jihyo ni" jihyo memuncungkan bibirnya sambil tangannya ligat mengelus pipinya yang sedikit kemerahan itu.

"sakit ke, kesiannya adik oppa ni" baekhyun meletakan tangan jihyo yang mengusap pipi sendiri kebawah dan baekhyun pulak menggosok pipi jihyo itu.

"dah lah oppa nanti orang tengok salah faham pulak" jihyo meletakkan tangan baekhyun yang mengusap pipinya tadi dipeha baekhyun. "oppa tu siapa?" jihyo menujukkan kearah perempuan yang sedang berposing didepan kemera dengan pasangannya. Jihyo kenal orang tu siapa kerana orang tulah yang selalu membulinya iaitu hana.

"entahlah oppa pun tak kenal, tapi oppa ada dengar tadi yang diorang kata tu anak ceo bangunan ni" baekhyun berkata.

"ooo... Patutlah tak pernah nampak" jihyo berkata berpura-pura seperti tidak kenal hana. Jihyo yang sudah bosan melihat hana dan pasangannya berposing tiba-tiba jihyo mendapat satu idea sebelum giliran mereka pula dipanggil untuk mengambil gambar. "oppa jom selfie" jihyo mengajak baekhyun untuk berselfie dengannya.

"boleh jugak, oppa nak buat ahli exo yang lain jealous dengan oppa" jihyo tergelak mendengar kata-kata baekhyun.

"ok oppa satu dua tiga" pelbagai posing yang mereka buat, sehingga mereka tidak sedar yang gambar mereka selfie telah lebih daripada sepuluh tangkapan. Beberapa minit kemudian mereka pulak dipanggil untuk diambil gambar.

Mereka berdua iaitu baekhyun dan jihyo melakukannya dengan sekejap sahaja kerana mereka telah melakukan dengan baik. Jihyo sempat tangkap jelingan tajam yang diberikan oleh hana kepadanya dan jihyo hanya buat tidak tahu.

Tamat sahaja penggambaran tu, jihyo ingin pulang kerumah tapi dikejutkan dengan kejutan dari ahli bts yang datang di tempat itu.

"oppa mana tahu jihyo ada kat sini?" jihyo berkata dengan muka yang masih terkejut.

"adalah, jom kita pergi sekarang" sebelum jihyo berkata apa-apa badannya telah ditarik oleh jimin dan jungkook.

Bersambung...

-------------------------------------------------------------
Terima kasih kerana telah baca dan vote :-). Sorry kalau tak best

Who would I choose? √Where stories live. Discover now