chapter 11 <3

1.7K 114 0
                                    

Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya mereka sampai ketempat tujuan mereka. Jihyo bingung seketika apabila melihat mereka sekarang sedang berada didepan sebuah restoran mewah.

"oppa apa kita buat dekat sini?" jihyo menarik-narik hujung lengan baju jimin. Jimin melihat kearah jihyo yang membuat muka bingung. Comel.

"itu rahsia, jom kita masuk" v menjawab pertanyaan jihyo apabila jimin tidak memberi jawapan yang jihyo ingini malah hanya melihat kearah jihyo. "jom.." v menarik tangan jihyo memasuki hotel tersebut. Ahli yang lain hanya mampu mengejar mereka dari belakang.

Mata jihyo terbeliak melihat apa yang disediakan oleh oppa-oppa bts nya. Makan malam romantis yang sangat dia inginkan dulu dengan kelopak bunga mawar merah yang menunjukkan jalan ke meja mereka, ditengah meja pulak terdapat lilin lampu yang dikelilingi kelopak bunga mawar berwarna merah jugak, dengan alas meja yang sungguh cantik dan menampakkan lagi keromantikkan suasana.

"wah.. Oppa. Thanks, oppa ingat jer yang jihyo nak. Thanks again" jihyo memeluk semua ahli bts sambil mengucap terima kasih.

"apa-apa jer yang jihyo mintak oppa akan tunaikan" rapmon berkata. Semua ahli lain membuat muka menyampah dan meluat menyebabkan tawa jihyo bergema diseluruh ruang yang mereka berada. Sebaik tempat itu telah mereka tempah untuk mendapat priversi.

Makan malam mereka dipenuhi dengan gelak ketawa mereka berlapan. Jihyo sungguh merasa bertuah mendapat abang angkat seperti oppa bts ini.

Sesampainya dirumah jihyo menghempaskan badannya diatas katil tanpa menukar baju dan menanggalkan make-upnya. Jihyo tersenyum sendiri mengingati balik apa yang berlaku pada malam mereka berlapan, tidak kering gusi dia ketawa melihat pelbagai ragam oppa-oppanya itu.

Lamunan jihyo tentang makan malam tadi mulai terpadam apabila handphone-nya berbunyi menandakan ada seseorang telephone. Jihyo menganggkat panggilan dari seseorang itu tanpa melihat siapa yang telephone-nya.

"hello" jihyo berkata lemah, tiba-tiba merasa mengantuk.

"takpelah oppa tutuplah orang tu dah nak tidurkan" terdengar rasa bersalah dari talian seberang sana. Jihyo yang tadinya hampir terlelap terus matanya subur selepas mendengar suara seseorang dari sebelah sana.

"v oppa jihyo tak ngantuklah cuba dengar suara jihyo kan masih kuat lagi tak lemah" jihyo yang tadinya terbaring terus terduduk terus bangun dan bergerak ke balkoni dibiliknya.

"oo.. Oppa ingat jihyo dah nak tidur dah" terdengar jeritan dari sebelah sana menanyakan apa yang v buat, dan v membalas dengan berkata yang dia tengah cakap sorang-sorang. Jihyo kenal suara yang menjerit itu, itu adalah jimin oppa. Jihyo ketawa kecil mendengar jawapan v tadi. Itu memang kebiasaan v kalau sedang bosan iaitu cakap sorang-sorang, jihyo tau itu semua pun dari jin oppa yang pernah mengintip apa yang dilakukan v apabila sedang berseorangan.

"oppa mula rindu jihyo ke sebab tu telephone jihyo ni?" jihyo sengaja berkata seperti itu kepada v.

"haah... Oppa rindu..... Sangat kat jihyo" v berkata hampir menjerit. Tiba-tiba kedengaran suara disebelah sana. "haa... Curi-curi telephone jihyo ye? Bagitau yang lain.." jhope berkata kemudian melarikan diri. "yah.. Hyung janganlah!" v menjerit tapi tidak diendahkan oleh jhope. "jihyo oppa tutup dulu yer, nanti hyung marah oppa pulak sebab telepon jihyo senyap-senyap pulak. Bye" v tergesa-gesa menutup talian percakapannya dengan jihyo sebelum jihyo sempat berkata apa-apa. Jihyo tersenyum memikirkan apa yang akan berlaku disana setelah v ketahuan menelefonnya secara senyap-senyap.

Sebelum sempat jihyo meletakkan telefonnya di atas meja, telefonnya kembali berbunyi menandakan ada seseorang telefon. Jihyo bingung melihat nombor yang tidak dikenali itu, jihyo dengan was-was menjawab panggilan tersebut.

"hello" jihyo ragu ragu ingin memulakan dahulu, tapi dia mengambil keputusan untuk memulakan dahulu.

"hello ni jihyo ke?" kata seseorang disebelah sana. Jihyo mengerutkan dahi mengingatkan balik dimana dia pernah dengar suara tersebut.

"ye saya, siapa ni?" jihyo bertanya balik apabila dia tidak dapat memikirkan siapa yang menelefon ini.

"ni aku lah jihyo, junho"

"oh.. Kau junho, bila masa pulak kau tukar nombor ni, nape tak guna ni yang selalu guna?" jihyo bertanya pelik.

"ni bukan no aku, tapi nombor si changmin ni" junho menerangkan perkara sebenar.

"oo.. Asal kau telefon aku waktu malam-malam buta ni?" jihyo bertanya pelik, sebab baisanya junho akan menelefonnya pada pukul 9 kalau lebih lambat pun.

"sebenarnya aku terlupa nak bagitau kau tentang perjumpaan kita esok. Kau jangan lupa tak datang pulak kat rumah aku esok pukul 12 tengah hari. Kalau kau tak datang mengamuk pulak nanti si nenek hana tu" junho berkata dengan sempat lagi melawak, jihyo tergelak perlahan mendengar panggilan hana tu.p

"ok, tapi aku tak janjilah aku boleh lama-lama esokkan hari sabtu aku ada persembahan hari ni pun aku tak dapat nak pergi" jihyo berkata.

"ok, janji kau datang pun dah kira ok" junho berkata jujur.

"oklah bye aku nak tidur dulu, dah malam ni" jihyo menutup mulutnya yang menguap kerana mengantuk.

"bye" jihyo terus menamatkan panggilan apabila junho setelah telah berkata.

Keesokan harinya jihyo telah bersiap dengan penampilannya seperti pergi kesekolah cuma harini dia hanya memakai baju lengan lengan pendek yang dilapisi jaket yang berhoodie dan memakai seluar sukan dan kasut sukan. Jihyo membawa jugak beg yang dipenuhi dengan makeup dan bajunya supaya dia tidak akan kelam kabut dan hanya perlu terus pergi ke sana sahaja nanti.

Jihyo menekan loceng rumah junho setelah berada dihadapan rumah junho. Pintu junho tebuka dan nampak kelibat junho yang bersantai dengan memakai baju t- shirt putih bersama seluar sukan separas lutut.

"masuklah" junho mempersialakan jihyo masuk kedalam, jihyo tersenyum kepada junho dan masuk kedalam rumah yang dah lama dia tidak jejaki, kali terakhir dia jejaki rumah ini rasanya ketika dia berumur 11 tahun.

"mana yang lain?" jihyo bertanya kepada junho yang duduk disebelahnya.

"diorang belum sampai lagi, jap lagi sampailah" junho berkata sambil matanya tidak lepas memandang kearah televisyen. Jihyo melihat kearah jamnya, masih pukul 11.55.

" aku nak letak beg ni kat bilik kau dulu boleh tak?" jihyo menunjukkan begnya yang penuh dengan baju dan barang make-upnya. Junho menganggukkan kepalanya. Selepas jihyo telah selesai meletakkan barangnya dibilik junho, jihyo turun semula keruang tamu.

"ohh.. Budak nerd dah sampai" suara seseorang menegur jihyo sewaktu jihyo tekah turun dari tangga.

Bersambung.....

-------------------------------------------------------------
Sorry tak update :-(. Ni bab yang seterusnya..... Thanks sebab baca dan vote :-)



Who would I choose? √Where stories live. Discover now