httib chapter 12 <3

1.6K 120 0
                                    

"budak nerd dah sampai" hana berkata angkuh apabila nampak kelibat jihyo yang turun dari tangga.

"dah jom kita buat kerja nanti lambat pulak siap" junho berkata selepas menutup pintu rumah. Junho mengajak mereka membuat kerja di ruang bacaan yang terdapat didalam rumahnya, dan jihyo, changmin dan hana hanya bersetuju sahaja dengan cadangan mereka.

Sesampainya dibilik bacaan, hana dan changmin terpegun melihat tempat tersebut yang kemas dan penuh dengan pelbagai buku bacaan dari yang nipis sehinggalah yang tebal. Jihyo tersenyum apabila melihat gambar dia dan junho pada waktu kecik dahulu yang berada dimeja belajar itu.

"nerd asal kau senyum sorang-sorang ni tak betul ke? Mesti kau tak pernah tengok rumah yang besar dan cantik macam ni kan" hana berkata sinis, junho dan changmin hanya melihat apa yang berlaku.

"haah betul apa yang awak cakap tu hana" jihyo hanya mengiyakan sajer, walaupun ini bukan buat pertama kalinya dia menjejak ditempat yang sebesar seperti ini.

"dah jom kita buat kerja biar cepat siap" changmin berkata sambil mengalih-alihkan tugas kepada yang lain.

Setelah beberapa jam kemudian jihyo mendapat pesanan daripada managernya yang dia perlu siap sekarang kerana managernya ingin mengambilnya sekejap lagi. Jihyo mengalihkan matanya dari phonennya ke junho, hana dan changmin.

"kenapa seong im?" junho bertanya kepada jihyo kerana dia melihat yang jihyo seperti tidak boleh duduk diam. Jihyo menunjukkan mesejnya kepada junho, sebaik junho duduk disebelahnya senanglah jihyo nak tunjukkan mesejnya daripada managernya itu.

"oklah kita berhenti sampai sinilah, esok kita sambung balik" yang lain hanya mengangguk mengiyakan kata-kata junho.

"junho aku pergi bilik kau dulu" jihyo berbisik ditelinga jihyo, junho hanya mengangguk mengiyakan. Sebaik hana dan changmin telah pergi dahulu meninggalkan jihyo dan junho. Sebelum pergi, jihyo berbisik balik ditelinga jihyo. "aku pinjam bilik air dan bilik kau ok?" junho mengangguk, jihyo terus berlari ke bilik junho selepas mendapat persetujuan jihyo.

Masuk sahaja dibilik, jihyo mengambil tuala yang dibawanya dan membersihkan dirinya didalam bilik air didalam bilik junho, sebaik junho ada bilik airnya yang sendiri.

"seong im.." junho memanggil-manggil nama jihyo. Jihyo yang mendengar namanya dipanggil menjerit dari dalam bilik air.

"sekejap!!" jihyo keluar dari bilik air sambil menyikat-nyikatkan rambutnya. Sebaik sebelum masuk kedalam bilik air jihyo telah membawa masuk sekali baju dan hairdryer-nya. Jihyo segera mengeluarkan make-upnya dan duduk dimeja make-up yang dipenuhi dengan botol-botol minyak wangi lelaki dan gel rambut lelaki milik junho.

Jihyo memulakan pemakaian make-upnya, dan tidak perasan yang junho melihatnya daritadi. Setelah selesai memakai make-up, jihyo menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya jihyo mendapati junho berada dibelakangnya.

"hish.. Kau ni buat aku terkejut jer" jihyo memarahi junho yang kaku dibelakangnya dahlah pakai baju putih, sebaik tak tercabut jantung ni.

"sorry, aku nak cakap yang manager kau dah sampai" junho berkata sambil menggaru belakang batang lehernya yang tidak gatal itu.

"ooo.. Kalau camtu aku pergi dulu" sebelum melangkah keluar jihyo beranjak balik kedalam bilik untuk mengemas barang-barangnya dan memakai balik jaket berhoodienya. "diorang dah balik ke?" jihyo menanya kepada junho tentang hana dan changmin.

"belum, diorang ada kat dapur sedang makan, kau guna jalan depanlah" junho berkata selepas telah menimbang-nimbang apa yang akan berlaku.

"oklah kalau camtu aku pergi dulu bye" jihyo melambai kearah junho selepas memeluknya. Jihyo segera turun kebawah, mukanya ditutup dengan hoodienya. Lagi setapak jihyo  keluar dari pintu, dia disentuh oleh seseorang terus langkah jihyo menjadi kaku.

"awak ni siapa?" suara seseorang lelaki dibelakang jihyo, jihyo yang tahu siapa orang tersebut dengan kiraan tiga terus melarikan diri ke keretanya yang terdapat diluar rumah junho. Sewaktu berlari, jihyo ada terdengar seseorang menjerit memanggilnya tapi dia buat tidak endah sahaja dan terus masuk kedalam keretanya

"wei, siapa tu junho pencuri ke?" changmin menyoal junho yang telah berada disebelahnya didepan pintu.

"ohh.. Yang tu, tu sepupu aku" junho berkata sambil matanya menumpukan perhatian ke arah kereta jihyo yang telah pergi meninggalkan perkarangan rumahnya.

"oh.. Nanti kenalkanlah aku dengan dia" changmin tersenyum nakal. Junho memberi jelingan tajam kearah changmin.

"habis hana tu kau nak letak mana?" junho berkata sambil menudukkan dirinya disofa diruang tamu.

"hana tu buat stok jer nanti aku tukar lagi dengan orang lain dia tu" changmin berkata selamba junho hanya mampu gelengkan kepalanya sahaja kawannya ni memang playboy yang terkenal disekolah.

Manakala dikereta jihyo pula "asal tu? Terjerit-jerit kena histeria ke?" managernya yang sedang memandu  bertanya sambil matanya kadang-kadang melihat kearah jihyo.

"takde papelah noona cuma dia ingat jihyo pencuri tadi, dah jom jalan nanti lambat pulak nak sampai ke concert tu" jihyo berkata sambil tangannya ligat mengelap peluh dan mengemaskan balik make-upnya yang hampir luntur disebabkan peluh yang keluar.

Beberapa minit kemudian, mereka berdua sampai ditempat tujuan mereka. Jihyo dengan tergesa-gesa masuk kedalam untuk bersiap kebelakang pentas.

"sorry lambat" jihyo termegah-megah mengambil nafas sambil meminta maaf kepada semua orang.

"mana ada lambat jihyo, ada lagi beberapa minit lagi ni. Sekarang pun tak ramai lagi yang datang" kata produser yang menguruskan kehadiran idol yang lain.

"ooo.. Kalau macamtu saya nak pergi tempat lain dulu" produser itu hanya mengangguk memberi kebenaran kepada jihyo.

Jihyo pergi ke tempat ahli bts sementara menunggu acara bemula. Jihyi mengetuk pintu bilik yang bts duduki.

"kan aku dah cakap jangan datang lagi!" buka saja pintu jihyo dijerit-jerit dan dimarah oleh v.

"takpelah kalau macamtu jihyo pergilah, jihyo takkan jumpa oppa-oppa lagi" jihyo menundukkan kepalanya, sedih dia apabila v tiba-tiba jerit dan marah dia macamtu. Baru setapak jihyo keluar dari situ, badannya dipeluk dri belakang membuatkannya tiba-tiba.

"jihyo janganlah pergi, tadi oppa ingat seseorang yang oppa tak nak tengok rupanya tu jihyo. Oppa minta maaf ye?" v membalikkan badan jihyo supaya menghadapnya.

"betul ke apa yang oppa cakap tu?" jihyo bertanya meminta kepastian.

"betullah takkan oppa nak tipu adii oppa yang cantik dan comel ni" v memegang dagu jihyo dan memandang dimata jihyo, jihyo terus memeluk badan v dan v membalasnya. Tak boleh dibayangkan oleh jihyo apabila dia tidak dapat bersama oppa-oppa bts-nya.

"ehem..." pelukan jihyo dan v tadi terlerai apabila terdengar deheman seseorang. "amboi.. Tak ingat ke oppa-oppa yang kat sini?" jungkook menaikkan keningnya.

"mestilah jihyo ingat oppa-oppa yang lain jugak. Jealous ke tak dapat pelukan dari jihyo?" jihyo menaikkan sebelah keningnya.

"mestilah, oppa jealous" jimin berkata.

"sinilah jihyo berikan pelukan kepada yang lain" jihyo memeluk mereka satu-satu. Selepas itu mereka pergi kebelakang pentas kerana acara dah nak bermula.

-------------------------------------------------------------
Terima kasih dan vote. Sorry kalau tak best. :-)

Who would I choose? √Where stories live. Discover now