chapter 13 <3

1.6K 119 0
                                    

Balik sahaja ke rumahmya, jihyo terus merebahkan badannya di katil, bukan main penat lagi dia hari ni. Balik sahaja dari persembahan itu, dia terus menuju ke vatiety show yang dinamakan the show yang mer-interview para idol-idol oleh pengacara variety show tersebut dan juga pelbagai permainan yang akan dimainkan yang diutarakan oleh peminat kepada para idol yang mereka minati. Disebabkan jihyo keseorangan, para idol yang lain telah dijemput menjadi tetamu bersama, antara idol yang dijemput ialah twice dan gfriend.

Jihyo melihat mesej daripada managernya yang mengatakan jadual dia pada hari esok. Sewaktu jihyo ingin keluar dari aplikasi mesej, jihyo mendapati satu mesej yang tidak dibaca lagi, jihyo terus menekan mesej yang belum dibaca itu. Dari junho, tanpa membuang masa jihyo segera membuka mesej tersebut.

Dari: junho

Jihyo esok pukul 1 aku jemput kau kat rumah. Kita sambung buat kerja kat rumah changmin k?

Jihyo melihat balik jadualnya untuk esok. "bagus esok pukul 1 hingga tiga takde apa-apa jadual" jihyo berkata sendirian. Jihyo pun membalas ok kepada junho. Sebelum pergi tidur, jihyo membersihkan dirinya dahulu. Merasa tidak selesa apabila tidur dengan badan melekit ni. Selepas selesai mandi, jihyo pun merebahkan dirinya di katil. Tak sampai beberapa minit kemudian, jihyo telah tidur dibuai mimpi.

Bangun sahaja dari tidurnya yang lena, jihyo terkejut apabila melihat jam yang telah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Dengan tergesa-gesa jihyo bersiap-siap mandi dan bersiap seperti dia pakai di rumah junho haritu.l dan tidak dilupakan jugak make-upnya dan baju-baju.

Turun sahaja dibawah, jihyo melihat junho telah berada diruang tamu sambil menonton televisyen dan dimeja hadapannya telah disiapkan segelas jus oren. Sesampainya dibawah jihyo segera meminta maaf atas kelewatannya.

"sorry lambat aku sibuk sampai balik pun lewat. Dan bangun-bangun sahaja jam dah pukul 12.30, apa lagi aku kelam kabutlah lepastu..." belum sempat jihyo menyelesaikan ayatnya, junho telah pun menutup mulut jihyo sambil memberikan jihyo senyuman yang manis.

"kau ni aku fahamlah, kau kan artis lagipun aku yang datang awal sangat tadi. Dah jom pergi lambat pulak nanti sebab dengar kau mengomel macam mak cik-mak cik" jihyo menepis tangan junho yang menutup mulutnya tadi dengan geram.

"ish kau ni kan..... Dah lah cepat nanti lambat pulak" jihyo menghentakkan sedikit kakinya, junho yang melihat tergelak kecil melihat aksi kekanak-kanakan jihyo itu. Comel bisik hati junho. Sebelum pergi jihyo sempat merembat beberapa keping sandwish dan bersalaman dengan ommanya.

Didalam kereta jihyo dengan lahap memakan sandwishnya yang sempat diambilnya tadi. Junho yang melihat jihyo makan menggelengkan kepalanya dam tersenyum kecil.

"junho kau nanti tolong hantarkan aku ke sebuah tempat ni boleh tak?" jihyo bertanya selepas selesai makan sandwishnya tadi.

"kau nak pergi mana?" tanya junho sambil matanya kadang-kadang melihat kearah jihyo.

"aku nak pergi program ni pukul 3 nanti boleh?" jihyo memberi puppy eyes kepada junho. Junho tertawa melihat puppy eye jihyo.

"kau ingat comel ke buat macam tu?" junho mencubit pipi jihyo lembut.

"aku tak kata, tapi ramai yang kata aku comel" jihyo dah mula masuk lif tekan sendiri.

"kalau kau tak pakai macam badut ni mungkin nampak comel" junho ketawa melihat muka jihyo yang mula cemberut itu.

"kita dah sampai jom masuk" junho mengajak jihyo apabila dia sudah mempakirkan keretanya di halaman rumah changmin. Jihyo yang tadinya leka dengan handphone-nya terus memakai cermin matanya dan membawa beg yang terdapat peralatan tulisnya dan buku-buku.

Junho menekan loceng rumah changmin. Pintu terus terbuka oleh pembantu rumah changmin.

"tuan boleh pergi ke ruang bacaan, tuan muda dengan cik hana telah tunggu di sana" kata pembantu rumah itu, junho dan jihyo memberi senyuman kepada pembantu rumah tersebut dan mengucapkan terima kasih.

Buka sahaja pintu itu, terkejut jihyo dibuatnya apabila melihat hana dan changmin yang sedang berciuman, dengan cepat jihyo alihkan pandangan matanya kearah lain seperti tidak nampak apa yang berlaku.

Changmin dan hana terus membetulkan baju mereka sambil duduk dikerusi mereka dengan segera, malu mereka kerana mereka telah ketahuan.

"kau ni junho lain kali tolong ketuk pintu dulu" changmin berkata dengan nada marah sengaja cover line dengan memarahi junho. Junho mencebit mendengar ayat changmin itu.

"ceh.. Cover line pulak, dah cepat nanti lambat pulak nak siap kerja" junho mengambil tempat dihadapan changmin manakala jihyo di hadapan hana, sempat hana berikan jelingan yang tajam kepada jihyo dan jihyo hanya membuat tidak tahu.

Tiba-tiba waktu membuat kerja telephone jihyo berbunyi, jihyo ingin meminta izin untuk menjawabnya diluar tetapi hana tidak membenarkan, dia berkata yang jihyo nanti akan mencuri tulang. Jihyo hanya akur untuk menjawab disini. Berkerut kening jihyo melihat orang yang menelefonnya.

"hello oppa" jihyo ingin berdiri tetapi hana menghalangnya dari berdiri, akhirnya jihyo hanya mampu mengeluh membiarkan yang lain mendengar.

"jihyo oppa nak tanya ni, jihyo sibuk tak nanti malam?" jihyo mula pelik dengan pertanyaan jimin oppa.

"nanti malam mungkin tak sibuk kot. Kenapa?" jihyo berkata tertunda-tunda.

"kan haritu jihyo nak ajak kitorang date?" jihyo cuba mengingati balik janjinya haritu. Jihyo menepuk dahinya setelah mengingati janjinya itu.

"sorry lupa, nanti" jihyo berhenti seketika, dia tak tahu nak membahas dirinya apa. "nanti saya telepon balik" jimin yang berada di talian sana berasa pelik kerana pembahasan jihyo dengannya.

"jihyo asal guna saya ngan oppa ni?" jihyo mengeluh apabila jimin mula bertanya tentang pembahasannya.

"nanti saya ceritakan. Bye oppa kena pergi dulu" jihyo terus mematikan talian.

"tak tau pulak kau ada oppa, mesti oppa kau hodoh macam kau jugak kan" hana berkata sinis, jihyo hanya mampu memberi senyuman pahit kepada hana.

"dah jom sambung, pukul tiga nanti aku dah kena balik" junho berkata.

Selama sejam setengah mereka membuat kerja akhirnya mereka telah siap menyelesaikan tugasnya.

"saya pergi dahulu" jihyo meminta izin untuk pergi.

"pergilah, buat sakit mata aku jer kau tak pergi dari sini" hana berkata sinis jihyo hanya mampu mengeluh.

"sebelum tu saya tumpang bilik air dulu" changmin hanya mengangguk tak endah dengan pertanyaan jihyo. Sebelum pergi sempat jihyo memberi isyarat untuk junho meng-cover line-nya, junho yang mengerti mengangguk perlahan.

"aku nak pergi dapur kejap" junho berkata kepada hana dan changmin setelah jihyo beredar ke tandas untuk menukar penampilannya.

Keluar sahaja dari tandas terkejut jihyo apabila ada changmin sedang meminum air, dengan cepat jihyo memasuki semula kedalam tandas.

Bersambung........

------------------------------------------------------------- thanks ssebab telah membaca dan vote :-). Sorry kalau tak best

Who would I choose? √Where stories live. Discover now